Berita Terkini

1 hari yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 1 minggu yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 1 minggu yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok. 1 minggu yang lalu: Koc wanita bagi MRT laluan Putrajaya akan dilaksanakan bermula Isnin ini - Ketua Pegawai Eksekutif Rapid Rail 2 minggu yang lalu: Pengerusi Spanco Sdn Bhd, Tan Sri Robert Tan Hua Choon mengaku tidak bersalah atas pertuduhan menipu hingga mendorong MOF menganugerahkan kontrak urus kenderaan kerajaan bernilai RM3.9b, pada 2019

IKUTI KAMI


Pertarungan Asam Pedas Di Selatan Tanah Air

Asam pedas ada bermacam jenis rupanya. Mari kenali perbezaan bahan dan penyediaannya.

Selera Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 15 Feb 2021 9:30AM

Gambar: Ana Johar

oleh

Ana Johar

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Siapa yang berpasangan dengan orang Melaka atau Johor Utara belah-belah Muar Segamat pasti akan dihidangkan lauk asam pedas sekurang-kurangnya satu kali seminggu. Kalau diikut hati orang Melaka, hari-hari jiwa ingin berlaukkan asam pedas. Rasa pedas masam hidangan ini memang sudah sebati dengan diet populasi selatan, dan walaupun terdapat variasi dalam cara memasaknya, namun rata-rata bahan yang digunakan untuk memasak asam pedas ini agak sama.

Di daerah Muar sahaja terdapat berpuluh gerai asam pedas sebagai pilihan, begitu juga di negeri Melaka. Umpama Seattle dengan Starbucknya. Jika berada di Melaka dan terpaksa memilih antara menempah steak tebal atau asam pedas, tentu sekali asam pedas pilihan hati bangsa Melaka. Asam pedas ini asasnya adalah kuah dan kuah asam pedas boleh dipadankan dengan pelbagai jenis ikan, pari, parang, kerisi, jenahak, ada yang suka telur ikan. Selain ikan, asam pedas daging tetel juga memang begitu popular sehinggakan ada yang menjadikannya perniagaan di bandaraya Kuala Lumpur ini. 

Puan Zalyza Hussain, pemilik gerai Zalyza Claypot Asam Pedas Original Melaka di kawasan Sri Petaling, Selangor, mengakui bahawa pelanggannya amat menggemari Asam Pedas Tetel adunannya. “Daging tetel ini ialah daging yang disaluti lemak kuning. Lemak tu buat pelanggan suka dan bila dah makan dengan kuah yang pedas dan masam, memang akan mengingatkan mereka kepada suasana di kampung dan ramai juga yang merindui air tangan ibu masing-masing,” katanya kepada Getaran. Beliau mula menyediakan asam pedas kepada penghuni kota bermula tahun 2013, dan nyata sekali kegemaran kepada lauk ini tidak pernah pudar.

Gambar: Ana Johar
Gambar: Ana Johar

Jadi apakah perbezaan dari segi penyediaan asam pedas di antara Melaka, Muo dan Johor? “Tak banyak beza dari segi bahan rasanya. Yang membuatkan asam pedas masing-masing berlainan rasa mungkin adalah perbezaan dari teknik masakan. Ada yang suka bawang banyak, ada yang suka pedas menyegat. Ada yang masuk kunyit lebih, asam lebih. Ada yang masuk asam dulu, ada yang kemudian, gitulah. Kita ni berniaga kena fikir tentang pelanggan, kalau nak letak lengkuas ke jintan ke lada hitam kena fikir perut pelanggan. Bagi saya yang asli itu lebih sempurna. Bila pelanggan mula menghirup kuah, saya gembira,” jelas Zalyza yang menghidangkan asam pedasnya dengan pedas tahap sederhana. “Kalau di Melaka, masakan pertama yang diajar ibu kami memanglah asam pedas. Kalau anak dara Melaka tak pandai masak asam pedas, baik pindah Terengganu,” katanya berseloroh.

“Selalu orang Melaka suka letak daun limau purut, orang Johor suka daun kesum. Tapi sekarang ada juga yang nak letak dua-dua. Tak perlulah sampai dua, pilih antara satu. Untuk yang pandai menggunakan halba, tak perlu masuk dah daun dua itu,” pesan Puan Nazrah Bidin, juga seorang penggemar asam pedas yang dulunya menetap di Johor Bahru. “Kadang-kadang orang suka masukkan jeruk sawi untuk menambah perisa kuah. Apabila jeruk dimasukkan, garam kenalah  pandai imbang,” sambungnya lagi. Beliau mengakui ada sedikit kelainan dari segi rasa bila makan asam pedas Melaka dan Johor Bahru, tetapi secara umumnya hanyalah persepsi. Pandangan beliau disokong oleh anak jati Johor, Puan Adriana Mohd Rizal yang tidak akan masak asam pedas jika tiada daun kesum. “Di Johor, wajib letak daun kesum dan kuahnya kena pekat. Bunga kantan hanyalah sunat. Lagi satu, kami tidak menggunakan serai seperti jiran kita di Melaka,” jelasnya.

Bahan-bahan yang digunakan untuk menyediakan asam pedas sememangnya bahan lazim di dapur semua rakyat Malaysia. Bawang merah, bawang putih, halia, kunyit, serai, cili kisar, asam jawa/asam keping merupakan asas kepada hidangan ini. Selebihnya seperti daun kesum, bunga kantan, daun limau purut, jeruk sawi masin, rempah-rempah, adalah mengikut kemahuan masing-masing. Jika tukang masaknya pandai mengimbang rasa pedas, masin, masam, tentu sekali hidangannya akan digemari.

“Asam pedas ni makanan orang kebanyakan. Makanan kita masa kecik-kecik dulu. Dengarnya dah ada yang buat asam pedas premium ya? Tak mustahil satu hari nanti akan ada asam pedas lobster (udang kara) atau asam pedas daging Wagyu kan?” kata Zalyza sambil ketawa.

Jadi akhirnya siapa punya asam pedas yang paling power? Melaka, Muo atau Johor? Akhirnya kesedapan itu bergantung kepada selera masing-masing, tepuk dada, tanya selera. - Getaran, 15 Februari 2021

Berita Berkaitan

1

Sukan 6 hari yang lalu

Pecahkan Dominasi JDT Musim Ini - Azman Adnan

2

Luar Negara 3 minggu yang lalu

Singapura Rampas 1.5 Tan Produk Segar, Makanan Proses Dari Malaysia

3

Semasa 3 minggu yang lalu

Anwar Terima Kunjungan Menteri Luar India

4

Sukan 3 minggu yang lalu

Beraksi Di Laman Sendiri Gagal Bantu Harimau Malaya Saingi Kehebatan Oman

Sorotan

1

Lelaki Israel Miliki Senjata: 10 Individu Ditahan Bawah SOSMA

2

PM, Kerajaan Enggan Terlibat Keputusan Lembaga Pengampunan Berhubung Kes Najib

3

AS Guna Veto Halang Usul Iktiraf Keahlian Palestin Dalam PBB

4

Jangan Abai Peruntukan Untuk Pembangunan Sukan - Hannah

5

Setiausaha Kerajaan Negeri Melaka Meninggal Dunia Akibat Serangan Jantung

6

32 Keluarga Dipindahkan Selepas Banjir Lahar Sejuk Landa Jawa Timur, Indonesia

Disyorkan untuk anda

Gaya 1 hari yang lalu

Jangan Buang Serbuk Kopi Terpakai, Boleh Buat Skrub DIY

Jelajah 8 jam yang lalu

Luna Lights Wonderland Hiasi Stadium Tertutup Gong Badak

Diiktiraf sebagai pertunjukan lampu hiasan terbesar di Malaysia, Luna Lights Wonderland meneruskan siri jelajah dan kini tiba di Terengganu 

oleh Wartawan Getaran