Berita Terkini

2 hari yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 3 hari yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut 1 minggu yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 2 minggu yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 2 minggu yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok.

IKUTI KAMI


Nasi Tak Salah, Asalkan Makan Dengan Betul

Nasi tidak pernah bersalah kerana ia merupakan sumber karbohidrat yang baik untuk memberi tenaga kepada tubuh badan. Ia boleh dimakan namun dengan kadar yang bersesuaian.

Selera Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 28 Jun 2021 11:01AM

Gambar: Kalyani Akella, Unsplash

oleh

Rahayu MN

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Setiap kali ingin turunkan berat badan, majoriti wanita akan mengelakkan diri daripada mengambil nasi dalam diet harian. Sebabnya, ramai yang percaya nasi adalah punca kepada kegemukkan. 

Hakikatnya, nasi tidak pernah bersalah kerana ia merupakan sumber karbohidrat yang baik untuk memberi tenaga kepada tubuh badan.

Nasi boleh dimakan sama ada sekali atau dua kali pada waktu makan utama, namun dengan kadar yang bersesuaian.

Ini kerana nasi adalah kanji. Kanji yang terlalu banyak lebih mudarat daripada lemak. Lebih-lebih lagi jika kanji yang dimakan telah diproses seperti nasi putih dan roti putih.

Jika kanji berada dalam keadaan asli seperti beras perang, ia bukan kalori kosong, jadi ia berzat yang manfaat. 

Apabila seseorang mengambil nasi putih tanpa serat, lemak dan protein yang secukupnya, ia memang boleh menyebabkan kegemukan kerana nafsu makan sukar dikawal. 

Dek itulah Kementerian Kesihatan Malaysia baru-baru ini melancarkan kempen ‘Suku Suku Separuh’ sebagai satu mesej pengukuhan budaya pemakanan sihat yang menerangkan Konsep Pinggan Sihat Malaysia.

‘Suku Suku Separuh’ membawa maksud suku bahagian pinggan diisi dengan sumber karbohidrat seperti nasi, mi, roti dan bijirin, suku lagi diisi dengan sumber protein seperti ikan, ayam atau daging manakala separuh pinggan lagi diisi dengan buah-buahan dan sayur-sayuran.

Pemakanan seimbang sangat penting untuk anda yang ingin mendapatkan berat badan ideal. 

Perunding Kesihatan terkenal, Kevin Zahri juga tidak setuju dengan diet tanpa nasi. Sebaliknya, Kevin menyarankan supaya mengurangkan pengambilan nasi jika ingin kurus. 

Caranya, makan nasi mengikut saiz segenggam penumbuk tangan sendiri. Selain itu, banyakkan minum air kosong iaitu sekurang-kurangnya 2 liter. 

Jika anda benar-benar serius ingin mengurangkan berat badan, lebih baik makan nasi beras perang daripada nasi putih. Ini sebabnya: 

1) Beras perang mengandungi minyak semula jadi yang boleh membantu badan mengurangkan LDL kolesterol (juga dikenali sebagai kolesterol jahat) serta 

2) Mampu mengurangkan berat badan kerana sifatnya yang kaya dengan gentian dan keupayaan untuk mengekalkan fungsi usus yang sihat. Beras perang menggalakkan penurunan berat badan dan meningkatkan fungsi metabolik. Selepas pengambilan satu mangkuk beras perang, anda akan berasa lebih kenyang walaupun makan dengan jumlah yang lebih sedikit.

3) Sangat tinggi kandungan serat (fiber) yang diperlukan untuk menstabilkan sistem penghadaman, mencegah dan melegakan sembelit serta menggalakkan fungsi usus yang baik.

4) Pelepas gula yang perlahan. Ini bermakna beras perang boleh membantu menstabilkan kandungan gula dalam darah dengan mengeluarkan gula secara perlahan-lahan. Ini menjadikan ia pilihan yang lebih baik untuk pesakit diabetes menikmati hidangan nasi.

 

Jom masak nasi goreng sihat!

Nikmati makanan kegemaran anda tanpa rasa bersalah dengan menyediakan nasi goreng versi sihat. Mungkin boleh cuba resipi yang dikongsikan oleh The Clean Eating Couple ini. Resipi ini mempunyai 427 kalori dan ideal untuk dimakan oleh empat orang.

Gambar: thecleaneatingcouple.com
Gambar: thecleaneatingcouple.com

Bahan-bahan

2 sudu besar minyak bijan bakar

1 paun (kira-kira 500 gram) dada ayam tanpa kulit dan tulang dipotong kiub 1 inci

1 cawan bawang merah dicincang halus

1 sudu besar bawang putih dicincang halus

1 cawan lada benggala dipotong dadu 

1 cawan lobak merah dicincang halus

1 sudu teh halia 

1/2 sudu teh serbuk lada hitam

1/2 cawan amino kelapa (coconut aminos)

1/4 sudu teh emping cili merah (chilli flakes) (jika suka)

2 biji telur

1 cawan kacang hijau sejuk beku

2 cawan nasi 

Penyediaan:

1. Dalam kuali, panaskan 1 sudu besar minyak bijan bakar. Tumiskan ayam selama 15 hingga 20 minit sehingga keperangan. Keluarkan ayam dari kuali dan ketepikan.

2. Dalam kuali yang sama, tambahkan satu sudu minyak bijan. Panaskan minyak dan tumis bawang, bawang putih, lada besar, lobak merah dan rempah sehingga sayur lembut, kira-kira 5 minit dan tolak sayur ke sisi kuali. 

3. Dalam mangkuk kecil, pukul telur hingga sebati. Masukkan telur ke bahagian kuali yang kosong dan kacau. Masukkan nasi dan gaulkan sekali bersama sayuran dan masak selama 1-2 minit sehingga telur masak.

4. Masukkan ayam yang telah digoreng, amino kelapa dan kacang hijau ke dalam periuk dan kacau hingga sebati.

5. Sediakan dihidangkan!

Selamat mencuba! - Getaran, 28 Jun 2021



 

Berita Berkaitan

1

Refleksi 1 bulan yang lalu

Jangan Tolak Rawatan Gigi Meskipun Berpuasa

2

TARA 4 bulan yang lalu

Wanita, Buatlah Ujian Saringan Kesihatan, Jangan Takut

3

Semasa 6 bulan yang lalu

Kesihatan, Pendidikan Terus Terima Peruntukan Terbesar Belanjawan 2024 - PM

4

Semasa 9 bulan yang lalu

Inisiatif 'Program MADANI Afiat' Bawa Khidmat KKM Kepada Komuniti - Dr Zaliha

Sorotan

1

Anak MB Perlis, 4 Yang Lain Dilepas Dengan Jaminan SPRM

2

Pemilik Stesen Minyak Diminta Lapor KPDN Jika Diancam Sindiket

3

Najib Diberi Peluang Jelaskan Mengenai Dokumen 1MDB Ketika Disoal Siasat - Pegawai SPRM

4

Elak Ketirisan, Perkukuh Tatakelola, Boleh Beri Upah Lumayan Kepada Pekerja - PM

5

5 Laluan Ditutup Sementara Sempena Hari Penamaan Calon PRK KKB Esok

6

Misi Pelayaran Ke Gaza Ditangguhkan Berikutan Tekanan Rejim Zionis - FFC

7

Najib Tak Pernah Arah Pengurusan 1MDB Pindah US$1.03 Bilion Kepada Syarikat Jho Low – Saksi