Berita Terkini

1 minggu yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 1 minggu yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut 2 minggu yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 3 minggu yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 3 minggu yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok.

IKUTI KAMI


Supamala Hotpot Restoran Szechuan Pertama Diiktiraf Halal Di Malaysia

Malaysia Book of Records turut mengiktiraf Supamala Hotpot sebagai restoran hotpot Szechuan pertama di Malaysia yang disahkan halal oleh JAKIM 

Selera Dikemaskini 1 bulan yang lalu · Diterbitkan pada 14 Mar 2024 8:32PM

gambar Supamala Hotpot, Rahayu MN

oleh

Rahayu MN

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Mencari makanan halal memang bukanlah satu perkara yang rumit di negara ini. Namun, tidak semua restoran dan kafe memiliki sijil halal yang diperakui oleh Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM).

Bagi penggemar hidangan hotpot Szechuan, anda perlu tahu bahawa satu-satunya restoran memperoleh sijil halal adalah Supamala Hotpot, yang terletak di pusat beli-belah Sunway Pyramid. 

Bagi meraikan pengiktirafannya sebagai restoran hotpot Szechuan pertama di Malaysia yang memiliki sijil halal, satu majlis pembukaan rasmi restoran tersebut telah diadakan minggu lalu.

Wakil Malaysia Book of Records, Edwin Yeoh (kiri) menyampaikan sijil  kepada Datuk Azmi Hassan (dua dari kanan) sambil disaksikan oleh Datuk Ramanan Ramakrishnan (tengah ) dan Dr Mohammad Fahmi Ngah (dua dari kiri).
Wakil Malaysia Book of Records, Edwin Yeoh (kiri) menyampaikan sijil kepada Datuk Azmi Hassan (dua dari kanan) sambil disaksikan oleh Datuk Ramanan Ramakrishnan (tengah ) dan Dr Mohammad Fahmi Ngah (dua dari kiri).

Majlis itu disempurnakan oleh Timbalan Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi, Datuk Ramanan Ramakrishnan. 

"Anugerah pensijilan halal yang dicapai oleh Supamala bukan hanya untuk melengkapkan sesuatu syarat dalam perniagaan makanan dan minuman (F&B) tetapi juga bukti komitmen kerajaan untuk mencipta persekitaran ekonomi yang memenuhi keperluan pelbagai masyarakat di Malaysia, terutamanya penduduk Muslim dan juga pelawat antarabangsa," ungkap Ramanan dalam ucapan perasmian beliau.

Inspirasi yang mendorong ke arah terhasilnya Supamala bermula apabila salah seorang pengasasnya sering ke Xinjiang, China dan menikmati sendiri keunikan masakan hotpot Szechuan mala di sana, lalu memutuskan untuk berkongsi pengalaman tersebut bersama warga tempatan di Malaysia.

Antara pilihan protein yang boleh dinikmati.
Antara pilihan protein yang boleh dinikmati.

Dengan berilhamkan budaya masyarakat Malaysia yang gemar berkumpul untuk menjamu selera, Supamala Hotpot direka sebagai ruang untuk berkongsi emosi dan mencipta kenangan bersama rakan dan keluarga. 

Proses mendapatkan sijil halal yang mengambil masa tiga bulan tercapai dengan mengatasi cabaran melalui penyelidikan, membina kerjasama dengan pembekal yang diiktiraf halal dan boleh dipercayai, serta melaksanakan protokol ketat dari segi kebersihan alatan, premis dan pekerja.

Pada majlis yang sama, restoran Supamala Hotpot turut menerima pengesahan daripada Malaysia Book of Records yang mengiktirafnya sebagai restoran hotpot Szechuan pertama di Malaysia yang disahkan halal. 

Kuih beras yang dihidangkan bersama sos manis.
Kuih beras yang dihidangkan bersama sos manis.

Dengan menu yang pelbagai merangkumi 70 hidangan dengan lapan jenis kuah, termasuk kuah Szechuan Mala yang terkenal dengan sensasi rasa pedas yang luar biasa, Supamala Hotpot menyediakan pengalaman gastronomi yang tiada tandingan. 

Sempena Ramadan, Supamala menawarkan pakej istimewa yang terdiri daripada Pakej Asas, Pakej Makanan Laut, dan Pakej Mewah yang harganya bermula serendah RM49.90. Tawaran istimewa ini boleh dinikmati dari 12 Mac hingga 12 April 2024.

Salah satu pemanis mulut yang disajikan di Supamala Hotpot.
Salah satu pemanis mulut yang disajikan di Supamala Hotpot.

Dalam perkembangan lain, Supamala Hotpot merancang untuk membuka tiga cawangan di Lembah Klang menjelang penghujung tahun ini, dengan visi jangka panjangnya untuk membuka 20 buah restoran Supamala di seluruh Malaysia. 

Penubuhan cawangan-cawangan itu bertujuan untuk mengukuhkan kedudukan Supamala dalam landskap F&B negara, menawarkan pengalaman makanan hotpot Szechuan halal yang unik dan inklusif kepada peminat makanan Malaysia. – Getaran, 14 Mac 2024

Sorotan

1

Tuan Rumah China Bertemu Indonesia Pada Final Piala Uber

2

Agong Berkenan Hadir Rumah Terbuka KM Melaka

3

TPM Ingatkan Sanusi Jangan Melalut Malam Ini

4

El Nino: Bekalan Lembu, Kambung Korban Mencukupi – Mohamad

5

Mangsa Skim Pelaburan Penipuan Berisiko Hilang Hak Untuk Pulih Kerugian – JSJK

6

SPRM Terima Beribu-ribu Dokumen Semasa Siasatan Kes 1MDB – Pegawai Penyiasat

Disyorkan untuk anda

Refleksi 1 hari yang lalu

5 Cara Takaful Menjamin Masa Depan Kewangan

oleh Rahayu MN

Gaya 6 jam yang lalu

Cuaca Panas, Lebih Baik Sarung Pakaian Fabrik Linen

Koleksi linen Marks & Spencer mementingkan keselesaan dan tak lapuk ditelan zaman

oleh Rahayu MN

Jelajah 1 hari yang lalu

Patung Lilin Elon Musk Yang Pertama Di Dunia Berada Di Hong Kong

Ambil swafoto yang sempurna atau berinteraksi dalam perbualan yang dibuat-buat untuk dikongsi ke akaun media sosial masing-masing

oleh Rahayu MN