Berita Terkini

1 hari yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 2 hari yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut 1 minggu yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 1 minggu yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 2 minggu yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok.

IKUTI KAMI


Annyeonghaseyo! Rasai Ayam Gangjeong Pedas-Pedas Manis di Marrybrown

Sempena sambutan ulangtahun ke-40, Marrybrown Malaysia perkenalkan set ayam goreng inspirasi dari Korea!

Selera Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 31 May 2021 12:33PM

oleh

Zaidi Che

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Berita baik buat penggemar makanan Korea! Seiring dengan slogan ‘Sesuatu Yang Berbeza’, Marrybrown mempersembahkan Ayam Gangjeong, set hidangan ayam goreng khas inspirasi dari budaya Korea!

Meraikan 40 tahun penubuhan, Marrybrown ingin membawa rakyat Malaysia mengalami trend fenomena Korea dan memutuskan ‘menerbangkan’ mereka dalam siri pengembaraan gastronomi dunia dengan hanya memesan makanan di restoran Marrybrown. 

“Walaupun kita harus menjalani norma baharu, kami tahu ramai rakyat Malaysia sedang ‘rindu’ untuk melancong ke luar negara bagi menikmati makanan-makanan negara lain. Oleh itu, wahai rakyat Malaysia, jangan *Gangjeong ! Kita pasti berpeluang untuk melancong di masa hadapan.

“Oleh itu, biarlah kami yang membawa kegembiraan kepada anda dengan memperkenalkan makanan-makanan daripada pelbagai pelosok dunia yang anda rindukan itu tadi!” kata Dato' Joshua Liew, Ketua Pegawai Eksekutif Marrybrown.

Kombo Ayam Gangjeong
Kombo Ayam Gangjeong

Marrybrown mulakan dengan budaya Korea yang kini mendapat tempat di hari rakyat Malaysia dengan mempersembahkan Ayam Gangjeong Korea. Disaluti dengan gabungan mantap sos pedas-pedas kemanisan, rasanya pasti bakal menambat hari anda.

Anda boleh memilih untuk menikmati sama ada dua atau tiga ketul ayam dari Kombo Ayam Gangjeong yang bermula dengan harga RM17.90. Cuba juga Kombo Burger Gangjeong (RM15.90), set burger yang dihidangkan bersama roti arang (charcoal bun) yang sangat terkenal di Korea. 

Bagi mereka yang mahu menikmati kedua-dua Ayam Gangjeong dan Burger Gangjeong, pilihlah Gangjeong Box. Set ini dilengkapi dengan burger, dua ketul ayam, potato wedges dan Coca-Cola® yang berharga RM25.80. 

Bagi penggemar nasi, tawaran set Marrybrown Rice Bowl sangat sesuai untuk anda. Berharga RM11.90, Kombo Rice Bowl Gangjeong didatangkan dengan nasi kukus dan potongan ayam. Semua set kombo ini disajikan dengan potato wedges dan segelas Coca-Cola® Rasa Asli.

Kombo Burger Gangjeong
Kombo Burger Gangjeong

Bagi menambahkan lebih tarikan, Marrybrown turut menawarkan peluang eksklusif kepada pelanggan yang bersemangat melalui prapesanan di Shopee. 

“Dengan konsep mengelilingi dunia, harapan kami agar anda dapat menikmati hidangan ayam goreng Korea di perhentian pertama kami ini. Akan ada lebih banyak lagi tawaran hidangan dari seluruh dunia yang pastinya bakal kami sajikan kepada anda sepanjang tahun ini,” kata Joshua.

Marrybrown kini mempunyai jutaan pengikut di laman sosial dan memiliki lebih dari 500 restoran yang terdapat di 16 negara dengan objektif perkhidmatan, kebersihan dan pengalaman menu makanan yang sempurna. 

Layari Marrybrown Malaysia untuk maklumat lanjut. – Getaran, 31 Mei 2021

(Dalam konteks ini, mainan perkataan *Gangjeong digunakan bagi menggantikan perkataan ‘Kancheong’ iaitu perkataan Kantonis dan Hokien yang bermaksud risau, tegang dan tergesa-gesa)

Kombo Rice Bowl Gangjeong
Kombo Rice Bowl Gangjeong

Semua gambar: Marrybrown Malaysia

Sorotan

1

“Tiada Kasino Berlesen, Tipu” – PM

2

Najib Tak Pernah Arah Pengurusan 1MDB Pindah US$1.03 Bilion Kepada Syarikat Jho Low – Saksi

3

Keperluan Teliti SOP Latihan Udara Bergantung Laporan Siasatan – Khaled

4

Norjuma Didakwa Cederakan 3 Individu, Berbuat Khianat

5

Pengebumian Joanna Diiringi Tangisan Anaknya

6

Tragedi Helikopter TLDM : Jasad Mendiang Joanna Felicia Dikebumikan Di Serian Pagi Ini