web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 7 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Dapur Selebriti Vs Dapur CEO Beri Peluang Jamu Selera Sambil Menderma

Selera Dikemaskini 5 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 31 May 2021 9:21AM

oleh

Rahayu MN

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

AEON CO. (M) BHD. (AEON) baru-baru ini melancarkan inisiatif Dapur Selebriti vs Dapur CEO dengan menawarkan pelbagai hidangan menu istimewa di semua cawangan AEON, AEON BiG dan MaxValu di seluruh negara. 

Menerusi inisiatif ini, orang ramai boleh berbelanja sambil menderma dalam usaha AEON bagi merapatkan jurang pembelajaran digital di kalangan pelajar yang kurang berkemampuan. 

“Sejak penularan wabak COVID-19, kita menyaksikan pelbagai dugaan dan cabaran di dalam kehidupan seharian kita. Dalam masa yang sama, kita juga melihat penyesuaian dalam penggunaan peralatan teknologi terutamanya di dalam sesi pembelajaran anak-anak sebagai norma baharu.”

Menerusi inisiatif Dapur Selebriti vs Dapur CEO, AEON mensasarkan pembelian 2,000 unit tablet untuk disumbangkan kepada pelajar Tingkatan 5 bagi sesi 2021 yang layak”, ujar Shafie Shamsuddin, Pengarah Urusan merangkap Ketua Pegawai Eksekutif, AEON Group Malaysia.

Objektif inisiatif ini dilaksanakan bertujuan untuk menyediakan kemudahan digital kepada pelajar yang mengikuti sesi pengajaran dan pembelajaran di rumah (PdPR). 

“Berdasarkan kepada kajian Kementerian Pendidikan Malaysia, sebanyak 37 peratus pelajar tidak mempunyai sebarang peranti elektronik untuk mengikuti sesi PdPR.

Oleh itu, AEON merasakan perlu untuk turut sama membantu pelajar yang bakal menghadapi peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) pada tahun ini dengan menyediakan keperluan digital untuk mereka belajar di rumah,” tambah beliau.

Inisiatif Dapur Selebriti vs Dapur CEO yang bermula sejak 12 April yang lalu, melibatkan selebriti terkenal tanah air di mana mereka bersaing untuk menjual hidangan menu masing-masing. Setiap RM10 produk yang terjual, sumbangan RM1 akan disalurkan ke Tabung Yayasan AEON Malaysia. 

Inisiatif yang berlangsung sehingga 31 Julai 2021 ini mensasarkan RM1 juta dana dapat dikumpulkan melalui inisiatif ini dalam memastikan pembelian tablet untuk pelajar yang memerlukan tercapai. 

Orang ramai boleh menikmati hidangan istimewa dari Dapur Selebriti seperti Rendang Tok Kat oleh Datuk Khadijah Ibrahim, Ayam Sambado oleh Alif Satar, Ayam Golek Percik Abe Joe oleh Fizo Omar, SR Seafood Berlado oleh Saharul Ridzwan dan Black Chicken Bread oleh Black Hanifah. 

Selain itu AEON turut menjual hidangan menu istimewa Nasi Berani The Warrior (ayam dan kambing) dari Dapur CEO dengan harga bermula dari RM8.33 setiap satu pek. 

AEON turut menawarkan pakej korporat kepada syarikat-syarikat yang berminat untuk memberikan sumbangan dengan membeli produk-produk Dapur Selebriti vs Dapur CEO dengan harga istimewa, termasuk kos penghantaran percuma sebagai tanda penghargaan terhadap sokongan yang telah diberikan. 

Pakej Korporat Dapur Selebriti vs Dapur CEO boleh ditempah melalui laman sesawang di https://dapurceo.myaeon.com.my/ atau hubungi talian AEON Careline di 1-300-80-AEON (2366). - Getaran, 31 Mei 2021

Semua gambar: AEON Group Malaysia

Sorotan

1

Bawa 'Kata Hati' Ke Layar Perak, Pengarah Mahu Cipta Semula Magis Romantik Komedi

2

Agong Zahir Nasihat Kepada KP SPRM, Laksana Amanah Penuh Integriti

3

JPJ Selangor Tahan Van, Sita Kenderaan Disyaki Terlibat Aktiviti Teksi Sapu Di KLIA

4

Ibu Muda Mangsa Kesalahan Seksual Perlu Kembali Sambung Pelajaran - Fadhlina

5

‘Keutamaan Kami Mentadbir Negara, Bukan Layan Spekulasi Tarikh PRU’ - Anwar

6

Perlombongan Emas Haram: Kelantan Rampas 45 Jentera Pengorek