web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 7 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Kuih Peneram Sepi, Kuih 'Lima Seringgit' Popular Di Musim COVID-19

Ini kisah dua pengusaha wanita di kala pandemik. Kedua-duanya menjual kuih. Teruskan membaca untuk mengetahui apa impak COVID-19 kepada perniagaan mereka.

Selera Dikemaskini 5 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 24 May 2021 12:30PM

Pengusaha kuih tradisional bahulu dan kuih peneram Nor Azizah Amri, 49, menunjukkan dua produk yang dikeluarkan oleh syarikatnya Nab Food Industries Sdn Bhd. Gambar: fotoBERNAMA/Ani Awang

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Kuih peneram sepi, manakala kuih ‘lima seringgit’ pula menjadi popular sejak negara dilanda pandemik COVID-19 dan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Demikian dua kisah berbeza yang tertulis dalam rezeki dua wanita yang menjalankan perniagaan kuih tradisional dan kuih jualan harian, masing-masing di Kerian dan Taiping dalam usaha mendapatkan rezeki yang halal untuk kemandirian diri dan keluarga.

Pengusaha kuih tradisional bahulu dan kuih peneram yang terkenal di daerah Kerian, Nab Food Industries Sdn Bhd, turut terkesan apabila dua produk popular syarikat itu mengalami kemerosotan tempahan mencecah 50 peratus sekali gus terpaksa mengurangkan bekalan demi mengelakkan kerugian.

Pengurusnya Nor Azizah Amri, 49, berkata antara faktor penurunan jualannya adalah tidak boleh rentas negeri dan tiga trak makanannya juga tersadai kerana kekurangan program keusahawanan berunsurkan perniagaan.

“Saya takut untuk keluarkan lebih banyak produk bahulu dan kuih peneram kerana produk itu kini tidak boleh diniagakan berbanding sambutan sebelum ini, amat menggalakkan,” katanya ketika ditemui Bernama di pejabatnya baru-baru ini.

Tidak menyerah kalah, Nor Azizah yang mengusahakan bahulu dan kuih peneram sejak 2010 secara kecil-kecilan di pasar pagi dan malam, berkata PKP dan COVID-19 mengajarnya untuk menukar corak perniagaannya secara dalam talian bagi memasarkan produknya untuk mengelak terus dilanda kerugian.

Lain pula kisah seorang warga emas, Chek Nah Husain, 71, yang tidak menang tangan kerana kuih-muih ‘lima seringgit’ yang dijualnya di hadapan bangunan kedai di Jalan Kampung Pinang, Taiping mendapat sambutan di luar jangkaannya, sejak kebelakangan ini.

Jelasnya, sambutan menggalakkan hingga jualannya menjadi tular merupakan rezeki pada bulan Ramadan lalu serta Syawal dan berharap pelanggannya berpuas hati dengan aneka kuih-muih dijualnya seperti kuih lapis, karipap, seri muka hijau dan lepat liat.

“Ini semua kuasa Allah. Saya pun tidak menyangka ia tular. Hari-hari memang sentiasa laris macam pisang goreng. Ada beberapa lagi kuih-muih yang dijual dibuat oleh orang lain dan diletakkan di sini. Kita kongsi rezeki.

“Kadangkala, saya hanya mendapat komisen RM2 bagi penjualan RM10," katanya yang menjalani pembedahan kanser payu dara awal tahun ini.

Sementara itu, Pengerusi Pertubuhan Kebajikan Kampit Rezeki Perak, Qolbin Salim Sulaiman berkata kisah Chek Nah itu mendapat perhatian pihaknya yang telah menyampaikan sumbangan berupa barangan bahan keperluan untuk membuat kuih-muih dan wang tunai untuk membantu warga emas tersebut.

Menurutnya, orang ramai yang ingin membantu, boleh terus menghulurkan bantuan kewangan kepada akaun Chek Nah sendiri melalui akaun Bank Simpanan Nasional No. 08228-41-00010553-3. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Usahawan 2 bulan yang lalu

Capal Jago Kepala Batas: Warisan 6 Dekad Jadi Pilihan PM

2

Kolum 2 bulan yang lalu

Hari Raya Aidil Fitri: Melangkaui Toleransi — Seruan Untuk Penerimaan

3

Rencana 3 bulan yang lalu

Ramadan: Waktu Menyemai Disiplin Jiwa, Pembebasan Hati

4

Semasa 3 bulan yang lalu

Rakyat Manfaat SARA Untuk Persiapan Tahun Baharu Cina, Ramadan

Sorotan

1

Bawa 'Kata Hati' Ke Layar Perak, Pengarah Mahu Cipta Semula Magis Romantik Komedi

2

Agong Zahir Nasihat Kepada KP SPRM, Laksana Amanah Penuh Integriti

3

JPJ Selangor Tahan Van, Sita Kenderaan Disyaki Terlibat Aktiviti Teksi Sapu Di KLIA

4

Ibu Muda Mangsa Kesalahan Seksual Perlu Kembali Sambung Pelajaran - Fadhlina

5

‘Keutamaan Kami Mentadbir Negara, Bukan Layan Spekulasi Tarikh PRU’ - Anwar

6

Perlombongan Emas Haram: Kelantan Rampas 45 Jentera Pengorek