web statsweb stats

Berita Terkini

19 jam yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 19 jam yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Chef Riz Dilantik Semula Ke Group Executive Sous Chef De.Wan 1958 Dan Cafe CW, Chef Wan Jelaskan Ia Keputusan Pihak Pengurusan 

Menurut Chef Wan, Chef Riz mahukan jawatan yang lebih tinggi ketika dia mula-mula menyertai syarikat perniagaan makanan tersebut, namun dia tidak mahu anaknya itu mendapat segala yang diingini tanpa usaha dan kerja keras.

Selera Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 23 Jun 2023 4:17PM

Chef Riz kini bertanggungjawab membangunkan resipi baharu selain memantau kualiti makanan. - Gambar dari Instagram @chefwan58

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Cef selebriti, Datuk  Chef Wan berkongsi berita pelantikan semula anak lelakinya, Muhammad Nazri atau Riz ke Group Executive Sous Chef untuk De.Wan 1958 dan Cafe CW menerusi hantaran di Instagram, semalam.

Dalam hantaran itu, Chef Wan atau nama sebenarnya Redzuawan Ismail turut memaklumkan bahawa peranan baharu anaknya yang lebih dikenali sebagai Chef Riz adalah membangunkan resipi baharu selain memantau kualiti makanan dan persembahan serta penjajaran produk.

“Dia (Chef Riz) akan menyokong rapat kedua-dua jenama Chef Eksekutif, Chef Zabidi dan Chef Ariff untuk Kafe CW kami.

“Dia juga akan melaporkan diri kepada saya dan rakan kongsi saya, Andre berkenaan resepi-resepi baharu yang boleh dipersembahkan dalam restoran kami De.Wan 1958,” kongsinya di hantaran Instagram.

Menurut Chef Wan, anaknya Chef Riz atau nama sebenarnya Muhammad Nazri, mahukan jawatan yang lebih tinggi ketika menyertai syarikat berkenaan tiga tahun lalu.

Bagaimanapun, katanya sebagai bapa, dia mahukan anak bekerja keras dan membuktikan dirinya.

“Sebagai seorang bapa, saya teragak-agak untuk memberikannya kepadanya kerana saya mahu dia bekerja keras dan membuktikan dirinya.

“Dia fikir saya membayar gaji yang kurang. Saya katanya kepada jika dia beranggapan demikian maka dia perlu membuktikan bahawa dia layak untuk kedudukan berkenaan. Maka dia berkerja keras dan berjuang untuk melakukannya.

“Bagi saya anak atau tidak, dia harus dilayan seperti mana-mana kakitangan lain. Saya tidak kisah kerana dia perlu belajar dengan cara yang sukar dari bawah.

“Hanya kerana dia anak saya tidak bermakna saya boleh manja dia. Saya sendiri bekerja keras dari bawah untuk menjadi seperti hari ini. Itu adalah rezeki yang halal dunia dan akhirat,” tambahnya.

Dalam pada itu, Chef Wan menjelaskan pelantikan semula anaknya dalam syarikatnya itu bukan keputusannya sendiri, sebaliknya turut diakui oleh pihak pengurusan.

Jelasnya Chef Wan lagi, pihak pengurusan syarikatnya sendiri yang memutuskan untuk menawarkan kenaikan pangkat kepada Chef Riz.

“Sebagai lembaga pengarah saya hanya boleh bersetuju atau tidak bersetuju. Biar pun anak sendiri. Semua keputusan akan dilalui ahli-ahli lembaga syarikat saya ini juga.

“Lagipun satu hari apabila saya tiada, sebahagian syarikat ini akan menjadi miliknya dan juga adiknya Serina. Jadi lebih baik dia mengetahui pekerjaan itu dan meneruskan warisan itu. Itu sahaja,'' katanya.

Menurut Chef Wan, kini dia meletakkan kepercayaan ke atas mereka dengan jenama yang mana dia bekerja keras selama 34 tahun.

''Sudah tiba masa untuk mereka berjuang dan bekerja keras untuknya dan demi masa depan mereka.

''Tidak lama lagi saya akan bersara, Saya mahu duduk dan menikmati kehidupan yang berkualiti, daripada apa yang tinggal dalam hidup saya!,” kongsinya lagi. - Getaran, 23 Jun 2023.

Sorotan

1

Diperdaya Sindiket Kerja Sambilan Dalam Talian, Suri Rumah Rugi Hampir RM100,000

2

Puteri Thailand Mangkat Selepas Komplikasi Kesihatan Berpanjangan

3

Mengapa Ramai Rasa Letih Walaupun Cukup Tidur? Jadual Tidur Mungkin Bukan Jawapan

4

PAS Sahkan Pertemuan Dengan RESET Dan Hamzah, Butiran Lanjut Diumum Esok 

5

PRN Johor 11 Julai, PRN Negeri Sembilan 1 Ogos - SPR

6

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

Disyorkan untuk anda

Gaya 17 jam yang lalu

Mengapa Ramai Rasa Letih Walaupun Cukup Tidur? Jadual Tidur Mungkin Bukan Jawapan

oleh Rahayu MN