web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 5 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 7 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Dapatkan Kurma Terbaik di Hab Buah-Buahan Terbesar Selayang

MBG Selayang bantu peruncit dan bekalkan pengguna dengan buah dan kurma segar pada harga mampu milik sempena Ramadan dan Raya.

Selera Dikemaskini 5 tahun yang lalu ยท Diterbitkan pada 10 May 2021 8:47AM

oleh

Zaidi Che

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Rasanya masih belum terlambat untuk anda membeli kurma dan buah-buahan segar pada minggu-minggu terakhir Ramadan ini. 

Hari Raya pun makin hampir menjelang tiba. Apa kata anda lawati MBG Selayang untuk membeli stok buah-buahan segar dan kurma-kurma perdana sebagai sajian pelengkap lebaran nanti?

Namun, anda mesti tertanya-tanya, mengapa anda perlu pergi lebih jauh sehingga ke Selayang, semata-mata untuk membeli kurma dan buah-buahan? Dengan lebih 30 rangkaian MBG di pusat beli-belah seluruh negara (yang mungkin berdekatan dengan lokasi anda), untuk apa bukan?

Nah, pertama sekali, permintaan penduduk negara ini bagi buah-buahan segar telah meningkat disebabkan wabak COVID-19. Orang ramai kini makin lebih banyak buah untuk meningkatkan sistem imun mereka. Jualan di pasar raya dan permintaan atas talian meningkat dengan ketara. 

Seraya itu, MBG FruitShop mengambil langkah proaktif dengan merasmikan MBG Selayang bagi memenuhi permintaan yang tinggi itu. Hab buah-buahan terbesar di Selayang ini meliputi kawasan sebesar 32,000 kaki persegi. Ia ‘syurga’ bagi si penggemar buah-buahan! 

MBG Selayang menjadi pusat sehenti bagi seleksi buah-buahan tersegar, baik buah-buahan tempatan, mahupun buah-buahan import yang diterbangkan dari luar negara. Kesegarannya terjamin kerana ia dibeli langsung dari peladang dan disimpan dengan sewajarnya di bilik dingin.

Istimewanya, anda boleh membeli buah dalam jumlah kecil atau secara pukal pada harga borong (30% - 50% diskaun). Inilah tempatnya untuk anda membeli buah dan kurma untuk majlis keramaian di bulan Ramadan dan Hari Raya nanti.

MBG Selayang juga turut mengimport pelbagai jenis kurma bermutu tinggi. Termasuk Kurma Ajwa, Mabroom, Safawi, Mariami, Palestin, Mesir, Tunisia, Mabroom, Zamri (Afrika Selatan), Barhi (Peru), Delima Hitam (Iran) dan banyak lagi. Semuanya ditawarkan dengan harga mampu.

Adnan Lee (paling kiri) bersama warga kerja MBG Selayang
Adnan Lee (paling kiri) bersama warga kerja MBG Selayang

Sempena bulan Ramadan dan Syawal yang mulia ini juga, hab buah-buahan ini turut membantu peniaga-peniaga kecil dalam menghadapi suasana wabak yang mencabar. Tatkala ramai yang terjejas dan kehilangan kerja, ramai juga yang mula berniaga buah-buahan secara kecil-kecilan.

Pengarah Urusan MBG, Adnan Lee berbesar hati memainkan peranannya untuk membantu peniaga-peniaga ini. Dia membenarkan mereka mengambil buah bernilai RM200 terlebih dahulu dan membuat bayaran selepas mendapat keuntungan.

“Kami percaya MBG dapat membantu peniaga-peniaga kecil ini memulakan perniagaan, supaya mereka boleh mendapatkan punca sara hidup yang baharu, sambil bersama-sama mengembangkan industri buah-buahan tempatan,” jelas Adnan.

Layari MBG Selayang untuk maklumat lanjut. – Getaran, 10 Mei 2021

Semua gambar: MBG FruitShop Malaysia

Sorotan

1

Perlombongan Emas Haram: Kelantan Rampas 45 Jentera Pengorek

2

Harga RON97, RON95 Tanpa Subsidi Dan Diesel Turun Bagi Tempoh 4 Hingga 10 Jun

3

Pemandu GTI Didakwa Sebabkan Kematian Remaja

4

Pertemuan Aminuddin-Tuanku Muhriz Cetus Teka Teki Tarikh PRN Negeri Sembilan

5

Kereta Langgar Paip Air, 5 Sekeluarga Termasuk Bayi Maut

6

Nahas Simpang Renggam: Reman Pemandu Punca Kejadian Dilanjut Sehari Lagi