web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 5 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 7 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Buka Puasa Dengan Pemandangan Memukau Di Traders Hotel Kuala Lumpur

Makanan enak, seleksi menarik dan pemandangan indah. Apa lagi yang anda perlukan?

Selera Dikemaskini 5 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 03 May 2021 8:30AM

oleh

Rahayu MN

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Benarlah bagai yang dikata, pengalaman menjamu selera di Fuze @ Sky Bar yang terletak di Traders Hotel Kuala Lumpur cukup manis.

Menjanjikan pemandangan Menara Berkembar Petronas (KLCC) di hadapan mata, kunjungan anda ke sini mampu mencipta saat-saat indah yang mungkin tidak boleh dinikmati di tempat lain. Jika tidak, mana mungkin lokasi ini mampu meraih pelbagai anugerah sejak tahun 2007 lagi.

Bagi yang mengimpikan pengalaman berbuka puasa yang lain daripada yang lain, bolehlah buat tempahan di Fuze @ Sky Bar yang menawarkan set hidang – Citarasa Kampung sehingga 12 Mei hadapan. Sambil menjamu selera, bolehlah merakam memori indah dengan pemandangan malam yang cukup mempesona. 

Set istimewa ini hanya berharga RM90 bersih untuk dewasa dan RM45 bersih untuk kanak-kanak (12 tahun ke bawah) dan ia didatangkan dengan hidangan lengkap.

Daripada hidangan pembuka selera, sehinggalah ke hidangan pemanis mulut. Antara sajian menarik yang dijanjikan ialah beriani kambing, sup ayam kampung, rendang ayam kampung, aneka kuih Melayu, ketupat, lemang, teh tarik, air bandung dan tidak ketinggalan ialah hidangan panggang dan bakar. 

Ada udang harimau, ikan keli, pari, siakap, sotong, dan baby lobster! Dan yang buat kita semakin kecur liur ialah ia disajikan bersama sambal percik, air asam dan cili api kicap. Memang terangkat dibuatnya!

Sudahlah pemandangan indah, makanan yang tersedia juga tidak kurang lazatnya. Silap-silap, ada yang sanggup buat tempahan sekali lagi nanti.

Tak perlu tergesa-gesa menghabiskan makanan yang terhidang. Sebaliknya, ambil masa perlahan-lahan kerana setiap pengunjung diberikan masa sehingga jam 10 malam untuk menikmati set berbuka puasa ini. Dengan kata lain, makanlah secara santai dan hiburkan hati dengan alunan muzik yang menyegarkan. 

Jika anda seorang penggemar durian, boleh tambah sedikit bayaran lagi untuk menikmati buah kegilaan ramai ini. Untuk tempahan dan maklumat lanjut tentang set hidang ini, boleh lihat di sini! 

Hidangan bufet juga tersedia. Bukan di Fuze @ Sky Bar, tetapi ia boleh nikmatinya di Gobo Chit Chat yang terletak di aras 5.

Membawakan tema yang sama, di sini pilihan makanan lebih pelbagai, di mana anda boleh menjamu selera sehingga jam 10.00 malam pada setiap hari. Set bufet berharga RM148 bersih untuk dewasa dan RM74 bersih untuk kanak-kanak berusia 12 tahun ke bawah. 

Untuk hidangan utama, jangan lepaskan peluang menikmati lauk-pauk tradisional Melayu seperti, perut masak lemak rebung, daging masak hitam manis, gulai daging, kari ayam dan juga beriani kambing. Jangan lupa menjenguk ke kaunter kerabu. Ada kerabu kerang, ayam, daging, sotong, pucuk paku dan banyak lagi. 

Selain itu terdapat juga menu sampingan lain yang juga enak seperti sate ayam dan daging, pelbagai hidangan pasta, ketupat, lemang dan juga makanan laut yang dipanggang dan dibakar secara langsung.

Selesai menjamu selera, setiap pengunjung akan diberikan dengan sebekas durian sebagai ole-ole untuk dibawa pulang. 

Untuk sebarang pertanyaan dan tempahan, sila hubungi talian 03- 2332 9808, tinggalkan pesanan WhatsApp di talian 011 7039 3409 atau emailkan kepada [email protected]. - Getaran, 3 Mei 2021

Semua gambar: Ihsan Traders Hotel Kuala Lumpur

Berita Berkaitan

1

Semasa 6 hari yang lalu

Malaysia Kekalkan Prinsip, Selesaikan Semua Konflik Dengan Diplomasi - PM

2

Semasa 2 bulan yang lalu

Anwar Ucap Tahniah Kepada Anutin, Sasar Perkukuh Hubungan Malaysia-Thailand

3

Luar Negara 2 bulan yang lalu

Suspek Kes Pornografi Kanak-Kanak Diekstradisi Ke AS

4

Rencana 4 bulan yang lalu

Detik Malaysia Mendunia Telah Tiba, Kita Mampu Lakukan!

Sorotan

1

Perlombongan Emas Haram: Kelantan Rampas 45 Jentera Pengorek

2

Harga RON97, RON95 Tanpa Subsidi Dan Diesel Turun Bagi Tempoh 4 Hingga 10 Jun

3

Pemandu GTI Didakwa Sebabkan Kematian Remaja

4

Pertemuan Aminuddin-Tuanku Muhriz Cetus Teka Teki Tarikh PRN Negeri Sembilan

5

Kereta Langgar Paip Air, 5 Sekeluarga Termasuk Bayi Maut

6

Nahas Simpang Renggam: Reman Pemandu Punca Kejadian Dilanjut Sehari Lagi