web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 5 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 7 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Warisan Serantau Di Ancasa Hotel Kuala Lumpur

Sudah letih masak untuk berbuka puasa? Apa kata cuba berbuka dengan rangkaian juadah dari hotel di tengah kota ini? Boleh minta makanan dihantar ke rumah ya!

Selera Dikemaskini 5 tahun yang lalu ยท Diterbitkan pada 03 May 2021 8:30AM

oleh

Rahayu MN

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Ramadan bulan yang mewah dengan aneka juadah menyelerakan. Selain bazar Ramadan, hotel-hotel juga menjadi tumpuan ramai untuk melayan nafsu makan setelah seharian berpuasa. 

Sama seperti kebanyakan hotel lain, tahun ini, Ancasa Hotel Kuala Lumpur juga tidak ketinggalan membawakan pelbagai pilihan menu berbuka puasa yang sukar dilepaskan.

Bertemakan ‘Warisan Serantau’, anda boleh memesan makanan secara pandu lalu atau penghantaran ke rumah.

Kali ini barisan cef profesional di Saffron Brasserie tampil dengan pelbagai masakan unik dan popular dari pelbagai negara serantau termasuk masakan Cina, Melayu, Baba-Nyonya, Arab, Thailand dan India. Pilihlah yang mana satu kena dengan selera anda! 

Antara menu yang sukar dilepaskan oleh kebanyakan tetamu hotel ini ialah Nasi Briyani Taj Mahal, ketam kam heong, Ayam Bumbu Bali, kambing rempah kerutuk, Rendang Ayam Maman Gemencheh, Ikan Stim Ala Beijing dan ikan patin masak tempoyak. 

Selain itu, terdapat juga menu popular sepanjang Ramadan iaitu bubur lambuk, dan kuih-muih Melayu seperti kuih ketayap, seri muka, kole kacang, dan talam.

Setiap hari ada pilihan menu yang berbeza untuk kedua-dua pilihan ini dan yang paling penting harganya cukup berbaloi iaitu hanya RM19 seorang dan RM17 untuk tempahan seterusnya. 

Set ini terdiri daripada satu pilihan nasi, tiga jenis lauk-pauk, pencuci mulut, buah kurma, bubur lambuk dan minuman. Jadi, ia sangatlah sesuai untuk anda yang tidak punya masa untuk menyediakan juadah berbuka puasa.

 

Bagi yang menggemari nasi beriani, terdapat tawaran yang cukup menarik daripada Ancasa Hotel Kuala Lumpur.

Pernah makan beriani dalam buluh? Pengunjung setia Saffron Brasserie, anda pasti tahu yang cef mereka tidak pernah gagal menyediakan hidangan kegemaran ramai ini. Tahun ini ada beriani kambing, ayam dan udang. 

Menu ini juga boleh ditempah untuk penghantaran ke rumah dengan harga bermula daripada RM32 untuk dua orang. Mahukan lagi tawaran yang lebih bernilai? Tempah beriani claypot yang berharga dari RM90. Anda bukan sahaja mendapat makanan yang lazat, malah anda juga boleh menyimpan claypot yang diberikan.  

Untuk maklumat tentang semua tawaran di atas, boleh layari laman sesawang hotel di sini. - Getaran, 3 Mei 2021

Semua gambar: Ihsan Ancasa Hotel Kuala Lumpur

Berita Berkaitan

1

Semasa 6 hari yang lalu

Malaysia Kekalkan Prinsip, Selesaikan Semua Konflik Dengan Diplomasi - PM

2

Semasa 2 bulan yang lalu

Anwar Ucap Tahniah Kepada Anutin, Sasar Perkukuh Hubungan Malaysia-Thailand

3

Luar Negara 2 bulan yang lalu

Suspek Kes Pornografi Kanak-Kanak Diekstradisi Ke AS

4

Rencana 3 bulan yang lalu

Ramadan: Waktu Menyemai Disiplin Jiwa, Pembebasan Hati

Sorotan

1

Perlombongan Emas Haram: Kelantan Rampas 45 Jentera Pengorek

2

Harga RON97, RON95 Tanpa Subsidi Dan Diesel Turun Bagi Tempoh 4 Hingga 10 Jun

3

Pemandu GTI Didakwa Sebabkan Kematian Remaja

4

Pertemuan Aminuddin-Tuanku Muhriz Cetus Teka Teki Tarikh PRN Negeri Sembilan

5

Kereta Langgar Paip Air, 5 Sekeluarga Termasuk Bayi Maut

6

Nahas Simpang Renggam: Reman Pemandu Punca Kejadian Dilanjut Sehari Lagi