web statsweb stats

Berita Terkini

1 hari yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 hari yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


'Gula Nise' Rahsia Jeruk Kak Ani Dapat Sambutan, Buat Pembeli Kecur Air liur

Jeruk hasil tangan Kak Ani menggunakan buah-buahan segar, gula putih selain gula Melaka sebagai bahan utama.

Selera Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 29 Dec 2022 2:09PM

Rohani mampu menghasilkan 12 tong jeruk buah-buahan yang setiap satunya seberat 10 kilogram sehari. - Gambar Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KOTA BHARU - Rasa jeruk buah-buahan yang masam, masin dan manis pasti membuatkan peminatnya kecur air liur.

Proses membuat jeruk buah-buahan hampir sama namun bagi pengusaha di Kelantan, mereka mempunyai rahsia tersendiri menggunakan gula melaka atau dikenali gula ‘nise’ sebagai ramuan utama.

Seorang pengusaha Rohani Hashim, 55, berkata jeruk hasil tangannya menggunakan buah-buahan segar, gula putih selain gula melaka sebagai bahan utama.

"Terdapat 12 jenis buah-buahan yang dijadikan jeruk antaranya asam jawa (celagi), sentul, belimbing buluh, jambu batu, kelubi, anggur, mangga, kedondong air, cermai, mata kucing dan rambutan.

"Saya memproses jeruk nise setiap hari. Saya mampu hasilkan 12 tong jeruk buah-buahan yang setiap satunya seberat 10 kilogram," katanya ketika ditemui Bernama di premisnya di Kampung Cherang, di sini baru-baru ini.

Rohani atau mesra disapa Kak Ani berkata dia membelanjakan RM2,000 sehari untuk membeli bahan-bahan mentah bagi menghasilkan jeruk buah-buahan itu.

"Tidak mudah menghasilkan jeruk nise yang enak, tidak berbuih dan tidak masam.

"Setelah kulit buah dikupas dan dipotong, ia akan direndam dengan air garam untuk proses membuang rasa masam, manakala kuah jeruk dimasak dengan air gula, gula melaka dan diletakkan cili kisar," katanya yang dibantu lapan pekerja untuk menghasilkan jeruk nise setiap hari.

Ibu kepada enam orang anak itu berkata jeruk nise buatannya itu dijual bermula serendah RM1, bergantung kepada jenis buah-buahan.

"Ada peminat jeruk buah-buahan nise yang sanggup membelanjakan ratusan ringgit setiap kali pembelian.

"Pernah ada pelanggan membelanjakan RM500 untuk satu pembelian. Ada juga rakyat Kelantan yang tinggal di China dan Mekah membawa jeruk nise ini untuk diperkenalkan kepada rakan-rakan mereka di sana," katanya. - Bernama

Sorotan

1

Malaysia Destinasi Akhir Pendatang Tanpa Izin Kerana Jaringan Keluarga

2

8 Rumah Musnah, Kebakaran Awal Pagi Di Kuala Perlis 

3

Cubaan Jatuhkan Tok Min, Kerajaan Negeri Tak Boleh Diterima - Anwar

4

SPRM ‘Mengganas’ Lagi, 3 Tokoh Politik Bakal Didakwa Minggu Depan?

5

Puteri Thailand Mangkat Selepas Komplikasi Kesihatan Berpanjangan

6

PAS Sahkan Pertemuan Dengan RESET Dan Hamzah, Butiran Lanjut Diumum Esok 

Disyorkan untuk anda

Gaya 1 hari yang lalu

Mengapa Ramai Rasa Letih Walaupun Cukup Tidur? Jadual Tidur Mungkin Bukan Jawapan

oleh Rahayu MN

Gaya 7 jam yang lalu

Piala Dunia 2026: Penginapan, Kembara Dan Peluang Mendapatkan Tiket Percuma

Piala Dunia adalah tentang impian, kenangan dan pengalaman yang sukar digantikan dengan apa jua acara sukan lain di dunia

oleh Rahayu MN