web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 5 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 7 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


‘Cendolah’ Melancarkan Cendol Sedia Minum Pertama Di Malaysia

Godaan cendol memang sukar ditolak, apa lagi pada bulan Ramadan. Kini ada solusi mudah untuk menikmati manisan kesukaan ramai ini.

Selera Dikemaskini 5 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 12 Apr 2021 8:40AM

Semua gambar: Cendolah.com

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Siapa yang mampu menolak semangkuk cendol apabila tekak terasa kering dan dahaga? Rata-rata rakyat Malaysia pasti menggemari minuman yang dipilih sebagai salah satu daripada 50 pencuci mulut terbaik dunia oleh CNN ini.

Kini, minuman kegemaran ramai ini boleh dinikmati pada bila-bila masa dan di mana-mana sahaja. Malah, anda tidak semestinya perlu bergegas ke gerai atau restoran pilihan semata-mata untuk memuaskan selera. Bancuh sahaja di rumah. Mudah bukan?

Syarikat tempatan berasaskan makanan dan minuman, Asia Innovative F&B Sdn Bhd, tampil dengan pelancaran produk baharu, 'Cendolah', yang merupakan minuman cendol sedia diminum pertama di negara ini.

‘Cendolah’, dengan rasa cendol yang menyegarkan diperkenalkan buat pertama kalinya dalam bentuk minuman sedia diminum dibuat menggunakan bahan-bahan utama seperti sirap karamel santan, kacang merah dan jeli tepung beras hijau untuk pengalaman yang menyamankan.

Pengasas Asia Innovative F&B Sdn Bhd, Vathumalaai Sooratanam @ Malai, mengabdikan lebih dari 30 tahun hidupnya dalam inovasi makanan, seperti menganalisis, meneliti dan mencari kaedah inovatif bagi menjadikan makanan dan minuman tempatan serta pencuci mulut kegemaran mendapat akses mudah di pasaran global.

“Idea di sebalik ‘Cendolah’ adalah untuk menjadikan cendol sebagai minuman yang mudah untuk dinikmati pada bila-bila masa. Boleh sahaja dapatkannya di atas rak pamer jual.

“Pengaplikasian teknologi makanan dan inovasi membolehkan kami mereplikasikan rasa cendol asli dan justeru itu saya yakin ‘Cendolah’ pasti akan membawa anda kepada pengalaman baru menikmati minuman popular sepanjang zaman ini,” ujar Malai.

Di samping mempunyai tarikh luput yang panjang (dua tahun), resipi ‘Cendolah’ dikembangkan menggunakan kandungan gula yang seimbang, karbohidrat dan protein yang bertepatan sekali gus menjadikannya lebih sihat.

Berucap di majlis pelancaran tersebut, Malai juga mengucapkan terima kasih kepada pihak kerajaan dan agensi-agensi lain atas sokongan padu yang diberikan kepadanya untuk mengembangkan produk ‘Cendolah’.

“Sebagai sebuah syarikat perusahaan kecil sederhana (PKS) dengan cita-cita untuk menerajui produk tempatan ke peringkat antarabangsa, impian ‘Cendolah’ hanya dapat dicapai dengan sokongan padu pelbagai agensi kerajaan termasuk MARDI, MATRADE, SMECorp, SIRIM, HDC, JAKIM, dan banyak lagi.

“Kami amat berbesar hati dengan kolaborasi bersama rakan kongsi ternama seperti Tateyama Japan Food Industries, yang mana kepakarannya terhadap produk membantu dalam konseptualisasi dan pengeluaran produk ‘Cendolah’.

“Kami juga amat berbangga kerana produk ‘Cendolah’ diiktiraf dengan pensijilan Halal, HACCP dan MeSTI. Impian besar kami adalah untuk meneraju produk buatan tempatan ini di pasaran global, dan kami telah pun mula mencorak langkah ke arah tersebut,” tambah Malai lagi.

‘Cendolah’ kini boleh dibeli secara dalam talian melalui Shopee dan juga di rangkaian pasar raya terkemuka, Mydin dengan harga runcit serendah RM4.90 sepaket.

Syarikat Asia Innovative F&B Sdn Bhd juga sedang giat mempelbagaikan saluran pengedaran produk ‘Cendolah’ menerusi kolaborasi bersama beberapa rangkaian pasar raya, kedai serbaneka dan peruncit terkemuka di tanah air.

Untuk maklumat lebih lanjut mengenai ‘Cendolah’, sila layari www.cendolah.com - Getaran, 12 April 2021

 
Cendolah

New ready to drink Cendolah

Posted by Cendolah on Tuesday, April 6, 2021

Berita Berkaitan

1

Semasa 6 hari yang lalu

Malaysia Kekalkan Prinsip, Selesaikan Semua Konflik Dengan Diplomasi - PM

2

Selera 2 bulan yang lalu

Menu Pizza Tropika Baharu Ceriakan Musim Perayaan

3

Selera 2 bulan yang lalu

Persiapan Akhir Raya: Hidangan Ringkas Jadi Pilihan Saat-Saat Terakhir

4

Semasa 2 bulan yang lalu

Anwar Ucap Tahniah Kepada Anutin, Sasar Perkukuh Hubungan Malaysia-Thailand

Sorotan

1

Perlombongan Emas Haram: Kelantan Rampas 45 Jentera Pengorek

2

Harga RON97, RON95 Tanpa Subsidi Dan Diesel Turun Bagi Tempoh 4 Hingga 10 Jun

3

Pemandu GTI Didakwa Sebabkan Kematian Remaja

4

Pertemuan Aminuddin-Tuanku Muhriz Cetus Teka Teki Tarikh PRN Negeri Sembilan

5

Kereta Langgar Paip Air, 5 Sekeluarga Termasuk Bayi Maut

6

Nahas Simpang Renggam: Reman Pemandu Punca Kejadian Dilanjut Sehari Lagi