Berita Terkini

2 hari yang lalu: Pengerusi Eksekutif Kumpulan KK Supermart & Superstore Sdn Bhd, Datuk Seri Dr Chai Kee Kan mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Shah Alam terhadap tuduhan sengaja melukakan perasaan orang Islam 5 hari yang lalu: KKM nasihatkan semua aktiviti di luar bilik darjah ditangguhkan sementara di semua lokasi yang merekodkan cuaca panas antara 35 hingga 37 darjah celsius 6 hari yang lalu: Pihak Ocean Infinity akan bentang kawasan pencarian baharu MH370 kepada MOT awal Mei - Loke 6 hari yang lalu: MAVCOM tambah 342 penerbangan domestik di seluruh negara untuk perjalanan antara 3 hingga 18 April - Loke 6 hari yang lalu: Tiket tambahan ETS dan perkhidmatan tren khas mula dijual hari ini bermula 5 petang - Loke

IKUTI KAMI


Stik Premium, Berjus Memikat Selera The Pacific Grill

Layan nafsu makan dengan hidangan stik menyelerakan dari The Pacific Grill. Penggemar daging mesti singgah ke sini.

Selera Dikemaskini 1 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 11 Sep 2022 10:00AM

Antara pilihan daging yang boleh dipesan oleh pelanggan The Pacific Grill.

oleh

Rahayu MN

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Siapa yang tidak tersenyum puas apabila dapat menikmati sepinggan stik premium yang lembut berjus? Lebih-lebih lagi jika ingin memujuk hati yang sedang bersedih atau meraikan hari istimewa seseorang. Hidangan ‘mat salleh’ ini memang sukar ditolak, lebih-lebih lagi jika anda penggemar daging.

Mencari lokasi selera yang menyediakan hidangan ini juga bukanlah sesuatu yang payah, ada banyak restoran atau kafe yang menyediakannya. Kini anda boleh panjangkan langkah ke The Pacific Grill (dahulu dikenali sebagai Zende Restaurant) yang terletak di Hotel Seri Pacific Kuala Lumpur.

Restoran yang diberi imej serba baharu ini dengan bangganya memperkenalkan pelbagai hidangan stik berkualiti yang disediakan oleh barisan chef berpengalaman. Setiap hidangan yang dipesan akan dimasak dengan sempurna bagi memastikan pelanggan berpuas hati dengan setiap sen yang dibelanjakan.

Tugas anda hanya pilih jenis daging yang ingin dinikmati. Ada wagyu sirloin, wagyu ribeye, black angus ribeye, black angus sirloin, australian lamb cutlet, angus BBQ short rib dan angus tomahawk. Kemudian beritahu bagaimana cara memasak daging yang paling anda gemari. Mahu yang mentah, sederhana mentah atau masak sempurna.

Untuk menyempurnakan pinggan stik anda, boleh juga pilih perisa sos yang digemari. Jika mahukan kelainan, boleh minta cadangan daripada chef. Jangan malu kerana restoran ini mahukan yang terbaik untuk setiap pelanggan. Mereka mahu memanjakan lidah pelanggan dengan hidangan yang sempurna dengan rasa. Agar pelanggan pulang dengan gembira, bukan dengan perasaan kecewa.

Bagi yang tertanya-tanya sama ada berbaloi atau tidak menjamu selera di The Pacific Grill?, Sejujurnya penulis berpendapat jika anda berkemampuan untuk membayar stik berharga ratusan ringgit, restoran ini tidak mengecewakan.

Kesemua daging yang dipersembahkan memang bukan yang ‘biasa-biasa’. Ia diimport dari Jepun dan Australia yang memang terkenal dengan teknologi ternakan haiwan yang menghasilkan daging berlemak, manis dan berjus.

Percayalah, setiap suapan memberikan rasa bahagia. Perkataan muak, liat, tidak sedap tidak wujud sepanjang tempoh anda berada di restoran ini. Sebaliknya bibir anda akan menuturkan kata-kata positif seperti, sedap puas, lembut, dan menyelerakan.

Jadi, hidangan yang mana satu mesti anda cuba? Secara peribadi, penulis jatuh cinta dengan wagyu sirloin yang dimasak sederhana mentah dan diperisakan garam dan ramuan rahsia chef. Dagingnya lembut, hampir cair di dalam mulut, menjadikan setiap gigitan paling enak dinikmati perlahan-lahan.

Begitu juga dengan hidangan tulang rusuk - angus short rib. Dagingnya cukup lembut. Hanya tarik sedikit menggunakan garpu dan dagingnya terlerai dari tulang. Ini bermakna, anda boleh menikmatinya tanpa berasa bimbang akan comot. Tidak dilupakan ialah, angus tomahawk.

Setiap hirisan bagaikan memanggil-manggil untuk disuap terus ke dalam mulut. Tidak dimakan bersama sos pun tidak mengapa kerana rasa semula jadi dagingnya sudah membangkitkan selera. 

Setiap pinggan stik hadir bersama hidangan sampingan yang terdiri daripada pilihan sayur-sayuran, asparagus panggang, tomato ceri dan juga  pelbagai jenis cendawan. Selain itu, anda juga boleh memilih kentang putar, hirisan kentang atau french fries.

Untuk maklumat lanjut dan tempahan meja anda boleh menghubungi talian 03 40425555 atau layari laman sesawang mereka di sini. Jika anda ke sini sehingga 16 September hadapan, nikmati diskaun 31% daripada jumlah bil.

Selamat menjamu selera!

Foto: Seri Pacific Hotel / Rahayu Mat Nah

Isu Pada

Swadaya Meerqeen

10 Sep 2022

Sorotan

1

PNB Umum Pengagihan Pendapatan 5.25 Sen Bagi ASB 2 Dan 4.75 Sen Bagi ASM 

2

Mohd Na'im Jalani Pembedahan Kecil Buang Kelenjar Air Liur

3

Polis Tahan Lelaki Disyaki Abai Kanak-kanak  

4

Padang Bukan Faktor Penentu Kekalahan Malaysia Kepada Oman - Darren

5

Dasar Buku Negara Diteliti Semula - Fadhlina

6

Perdana Menteri Dijangka Hadir Majlis Iftar MADANI Anjuran JAKIM Esok

Disyorkan untuk anda

Selera 20 jam yang lalu

Ketupat Mohd Zaim, Tak Perlu Tunggu Hari Raya

Jelajah 15 jam yang lalu

Lebih 10,000 Kad Raya Menghiasi Pusat Beli-Belah The Curve, Hidupkan Nostalgia Hari Raya

Kempen ‘Kiriman Raya’ bersama Pos Malaysia itu mencipta ‘Malaysia Book of Records’

oleh Wartawan Gaya Hidup Getaran

Refleksi 1 hari yang lalu

Wanita Hari Ini, Mydin Bergabung Salur Bantuan Kepada Anggota Barisan Hadapan

Selain acara rewang di PPR Lembah Subang 2, Mydin juga mengagihkan 150 set bantuan Kotak MYDIN Prihatin yang bernilai sehingga RM60

oleh Rahayu MN

Jelajah 11 jam yang lalu

Wau LED Hiasi Langit Malam Kampung Panchor 

oleh Rafisqi Radhi