web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 5 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 7 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Penggemar Kopi Jangan Alpa, Jika Berlebihan Boleh Mudaratkan Jantung

Penggemar kopi, anda mungkin mahu sentiasa menikmati minuman kegemaran anda. Tetapi anda perlu tahu, ada risiko yang menanti jika mengambil kopi secara berlebihan.

Selera Dikemaskini 5 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 08 Mar 2021 10:00AM

Gambar: ilona titova/ Getty Images©

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Penggemar kopi, anda mungkin mahu sentiasa menikmati minuman kegemaran anda. Tetapi anda perlu tahu, ada risiko yang menanti, di mana pengambilan berlebihan boleh membahayakan kesihatan jantung. Kajian terbaru di Australia membahaskan tentang pengambilan berlebihan minuman paling popular di dunia ini.

Bukan sedikit kajian saintifik telah dilakukan untuk melihat kesan pengambilan kopi terhadap kesihatan. Sebagaimana banyaknya laporan yang mengatakan kopi mempunyai banyak manfaat, begitu jugalah sebaliknya.  Sama seperti makanan lain, ia harus diambil secara sederhana untuk mendapat pelbagai manfaat.

Itulah penemuan yang diperolehi daripada kajian genetik pertama di dunia yang dijalankan oleh penyelidik di University of South Australia.

Mereka menggunakan data daripada 362,571 peserta dari UK Biobank, semuanya berusia di antara 37 dan 73 tahun, berdasarkan pendekatan triangulasi fenotipik dan genetik untuk melakukan analisis komprehensif.

"Tentunya terdapat banyak perbahasan saintifik mengenai kebaikan dan keburukan kopi, tetapi walaupun nampaknya kita akan mengambil masa yang panjang, adalah sangat penting untuk memahami sepenuhnya bagaimana salah satu minuman paling banyak diminum di dunia ini boleh mempengaruhi kesihatan kita," ujar penggerak utama kajian ini, Profesor Elina Hyppönen.

Gambar: Burst, Pexels
Gambar: Burst, Pexels

Elak berlebihan

Penemuan terbabit nampaknya meyakinkan. Ini kerana para saintis mendapati pengambilan enam cawan atau lebih dalam sehari adalah berlebihan dan ia dikaitkan dengan peningkatan kadar lipid darah, yang dipercayai dapat meningkatkan risiko penyakit kardiovaskular secara signifikan.

Bagaimanapun, yang penting, para penyelidik menegaskan bahawa kesan ini berdasarkan kepada pengambilan berlebihan dalam jangka masa panjang. 

Selain itu, adalah penting terutamanya mereka yang berisiko untuk memilih kopi dengan berhati-hati. Ini kerana para penyelidik menjelaskan bahawa ‘cafestol’, yang terdapat dalam biji kopi, adalah ejen yang sangat kuat untuk meningkatkan kolesterol. 

"Tidak ada, atau sangat sedikit ‘cafestol’ yang ditemui dalam kopi segera atau bertapis, jadi ia adalah pilihan kopi yang baik kerana ia tidak memberi kesan kepada lipid darah," tambah penyelidik lagi.

Perkara ini memang tidak mudah dibahas memandangkan terdapat lebih dari 2.5 bilion cawan kopi diminum setiap hari di seluruh dunia. Bagaimanapun, para penyelidik pada dasarnya menganjurkan agar pengambilannya tidak berlebihan, terutamanya jika anda mempunyai sejarah penyakit.

"Implikasi kajian ini berpotensi luas. Saya berpendapat, adalah sangat penting kepada mereka yang mempunyai kolesterol tinggi atau yang bimbang mendapat penyakit jantung memilih dengan teliti jenis kopi yang ingin diminum."

"Yang penting, kaitan kopi-lipid adalah bergantung kepada jumlah pengambilan, semakin banyak anda minum kopi yang tidak bertapis, semakin tinggi lipid darah anda. Ini boleh membuatkan anda lebih berisiko tinggi terkena penyakit jantung," ujar Profesor Hyppönen. - ETX Studio, 8 Mac 2021

Berita Berkaitan

1

Gaya 1 tahun yang lalu

Kopi Dan Fesyen Terus Bersatu Di KLFW 2024

2

Refleksi 2 tahun yang lalu

Jangan Tolak Rawatan Gigi Meskipun Berpuasa

3

Luar Negara 2 tahun yang lalu

Makanan Di Gaza Tidak Mencukupi - Agensi PBB

4

TARA 2 tahun yang lalu

Wanita, Buatlah Ujian Saringan Kesihatan, Jangan Takut

Sorotan

1

Perlombongan Emas Haram: Kelantan Rampas 45 Jentera Pengorek

2

Harga RON97, RON95 Tanpa Subsidi Dan Diesel Turun Bagi Tempoh 4 Hingga 10 Jun

3

Pemandu GTI Didakwa Sebabkan Kematian Remaja

4

Pertemuan Aminuddin-Tuanku Muhriz Cetus Teka Teki Tarikh PRN Negeri Sembilan

5

Kereta Langgar Paip Air, 5 Sekeluarga Termasuk Bayi Maut

6

Nahas Simpang Renggam: Reman Pemandu Punca Kejadian Dilanjut Sehari Lagi