web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 5 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 7 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


nasikandar2u.com Puaskan Selera Pencinta Nasi Kandar

Khas buat pencinta nasi kandar, ubati kerinduan nasi kandar 'Penang Mari' dengan nasikandar2u.com

Selera Dikemaskini 5 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 01 Mar 2021 10:00AM

oleh

Rahayu MN

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Berita baik untuk pencinta nasi kandar. Jika anda sudah mula merindui keenakan nasi kandar ‘Penang Mari’, apa kata anda singgah ke nasikandar2u.com untuk mengubat kerinduan yang sudah tersimpan lama itu. Tidak perlu ternanti-nanti kerana sehingga kini belum ada tanda-tanda merentas negeri akan dibenarkan dalam waktu terdekat.

Mai nak habaq. Banyak menu kami bawa dari Penang, special untuk semua nasi kandaq lovers. Sure terangkat. Yang power lagi nak habaq mai, rider kami dah standby untuk deliver direct kat rumah hangpa cuma RM5 saja. SEMPOI kan?” – itu ‘kata-kata aluan’ yang tertera di platform yang semakin mendapat perhatian ramai ini.

Menurut Pengasasnya, Azlan Mohammed Idris, platform pesanan makanan ini terhasil apabila pihaknya mendapati terdapat banyak permintaan ke atas menu-menu popular dari Pulau Pinang. Nasi kandar contohnya. Biarpun ia dijual di seluruh negara, namun yang ada di Pulau Pinang, tiada tandingannya.

“Idea untuk tampil dengan nasikandar2u.com tercetusnya apabila kami sekeluarga seringkali sukar menempah menu-menu ini daripada operator atau pengusaha online sedia ada. Stok mereka agak terhad dan kebiasaannya ia akan habis dalam masa yang singkat. Jadi, saya berpendapat lebih baik wujudkan satu lagi platform untuk memenuhi permintaan yang tinggi, terutama nasi kandar dan mi sotong.”

“Malah, saya percaya ini juga salah satu cara untuk pihak kami membantu mereka yang terkesan dengan pandemik COVID-19. Dengan adanya platform ini, sedikit sebanyak ia dapat memberi peluang pekerjaan serta dapat membantu mengatasi masalah yang dihadapi,” ulas Azlan.

Memandangkan kesemua menu dibawakan terus daripada Pulau Pinang, pasti ada yang tertanya-tanya bagaimana nasikandar2u.com memastikan setiap hidangan masih terpelihara kualiti dan rasanya bukan? Maklumlah, jika silap perhitungan tentang logistik, pasti ia menjejaskan segalanya. Paling merisaukan jika makanan yang sampai tidak boleh dimakan.

Mengulas tentang perkara ini, Pengurus Pemasaran nasikandar2u.com, Zurina Zulkifli memberitahu, untuk memastikan setiap menu yang dipesan sampai dalam keadaan terbaik kepada pelanggan, pihaknya dari awal lagi telah memilih sajian-sajian yang bersifat tahan lama.

“Sebab itu pemilihan makanan lebih tertumpu kepada jenis yang tahan lama dan tidak basi seperti nasi kandar. Seperti yang kita tahu, lauk atau kuah yang digunakan tidak dimasak dengan menggunakan santan kelapa. Jadi ia tidak mudah basi. Selain itu, kami juga gunakan kotak kedap udara untuk menyimpan bungkusan makanan dan seterusnya ia akan dilekatkan (seal) ketika dalam perjalanan dari Pulau Pinang ke Lembah Klang,” ujar Zurina.

Sebagai permulaan, nasikandar2u.com, menyenaraikan tiga restoran ternama dan menjadi pilihan ramai di Pulau Pinang iaitu Nasi Kampung Melayu, Deen Maju, dan Mee Sotong Pata. Senarai restoran ini akan ditambah pada masa ke masa, bukan sahaja dari Pulau Pinang, tetapi juga dari Kedah. Malah, mereka juga bersedia untuk membuka peluang kepada peniaga-peniaga kecil untuk berkerjasama.

Sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (Bersyarat, Pemulihan, Dipertingkat) anda boleh rebut promosi diskaun RM2 untuk penghantaran ke rumah. Jadi tunggu apa lagi, cepat-cepat buat tempahan untuk menjamu selera. Antara menu yang boleh ditempah ialah Set Nasi Ayam Goreng, Nasi Ayam Gulai, Set Ikan Gulai, Set Kambing Gulai, Set Nasi Ikan Goreng Sotong, Set Mee Sambal Sotong Asing dan Apom Telur Special.

Selain menawarkan servis penghantaran ke rumah, anda juga boleh ke pusat pengambilan yang terletak di lokasi berikut:

• East KL (berhampiran Dunkin Donut Desa Pandan)

• Central KL (Avenue K, Jln Ampang)

• Petaling Jaya ( berhampiran Balai Bomba SS2)

• Shah Alam (Aero Hitech, Seksyen 23)

• Putrajaya (Food Truck Putrajaya, berhampiran Masjid Besi)

- Getaran, 1 Mac 2021

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 tahun yang lalu

SPRM Lumpuhkan Sindiket 'Scam' Ubah Suai Meter Elektrik

2

Semasa 2 tahun yang lalu

Restoran Nasi Kandar Terbakar, Lelaki Melecur 80 Peratus

3

Selera 2 tahun yang lalu

Nasi Kandar Festival Di KL Tower 27 Dan 28 Januari Ini

4

TARA 2 tahun yang lalu

Nasi Kandar Terbaik KL? Mestilah Mohd Yaseem!

Sorotan

1

Perlombongan Emas Haram: Kelantan Rampas 45 Jentera Pengorek

2

Harga RON97, RON95 Tanpa Subsidi Dan Diesel Turun Bagi Tempoh 4 Hingga 10 Jun

3

Pemandu GTI Didakwa Sebabkan Kematian Remaja

4

Pertemuan Aminuddin-Tuanku Muhriz Cetus Teka Teki Tarikh PRN Negeri Sembilan

5

Kereta Langgar Paip Air, 5 Sekeluarga Termasuk Bayi Maut

6

Nahas Simpang Renggam: Reman Pemandu Punca Kejadian Dilanjut Sehari Lagi