web statsweb stats

Berita Terkini

1 bulan yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 bulan yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 7 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Tiga Selebriti Lelaki Tegur 'Influencer' Biadap

Datuk Aaron Aziz, Datuk Adi Putra dan Harith Iskander selar tindakan 'influencer' yang menghina serta memalukan seorang gelandangan tua atas alasan motivasi. Apa kata mereka?

Selebriti Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 29 Jul 2021 6:12PM

Gambar: Instagram @aarondwiaziz @adpadiputra @harithiskander

oleh

Ellyna Ali

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Isu video tular melibatkan seorang 'influencer' yang juga usahawan menghina dan memalukan seorang gelandangan tua atas alasan motivasi telah membangkitkan kemarahan ramai selebriti tempatan. 

Majoriti menyelar sikap dan tindakan 'influencer' tersebut serta menganggap ia tidak bermoral, tiada adab serta tidak wajar dilakukan. Apatah lagi ketika kejadian, gelandangan itu menerima bantuan kebajikan.  

Pelakon terkenal, Datuk Aaron Aziz dalam Facebooknya mengingatkan 'influencer' tersebut supaya sentiasa menjaga adab dan pertuturannya. 

Lu kalau nak tolong orang, jangan nak korek-korek kisah silam sesiapa. Dia orang gelandangan ke, penagih ke, pengemis ke, kalau nak buat kerja kebajikan, ini bukan caranya. 

“Jangan jatuhkan maruah orang, semangat orang, pendirian orang, nasib orang. Kalau lu rasa lu dihantar Tuhan untuk ‘tolong’ orang susah sekarang Allah juga boleh kasi lu susah. Kasi lu ingat sikit…,” katanya. 

Tegas Aaron lagi, andai gelandangan itu bapanya, dia tidak akan teragak-agak mengambil tindakan. Dia turut menyifatkan apa yang dilakukan 'influencer' itu sebagai tidak bermoral dan tiada integriti.

Pelawak Harith Iskander turut menzahirkan rasa kecewa terhadap insiden itu dan mempersoalkan adakah 'influencer' terbabit tahu apa yang berlaku dalam hidup gelandangan berkenaan. 

Awak tahu ke kehidupan Pakcik tu sebelum ini? Awak pernah berada di sisinya selama bertahun-tahun lepas? 

“Kalau pun ya, awak tidak ada hak untuk menegur manusia lain dengan cara begitu. Perbetulkan saya jika saya tidak memahami gambaran sebenar. Saya harap Tuhan menghantar mesej ini kepada anda,” katanya. 

Manakala Datuk Adi Putra pula dengan sinis menuis duit yang dihulur itu datang dari Tuhan.  

Kalau dah takde adab takpe. Andai belum berkhatan, saya boleh bantu khatankan,” katanya. 

Sementara itu, 'influencer' terbabit telah membuat permohonan maaf kepada rakyat Malaysia atas tindakan melampaunya menghina dan memalukan geladangan terbabit. Permohonan maaf itu dibuat menerusi akaun instagramnya hari ini. 

Katanya, dia tidak berniat untuk menghina sesiapa terutama individu berkenaan.  

“Jika video yang dirakam itu kelihatan seperti saya tidak beradab dengan pakcik itu, saya betul-betul mohon maaf di atas ketidak beradaban saya,” katanya. 

Susulan daripada video yang tular itu, ramai kecewa dan hilang hormat dengan 'influencer' itu malah menganggap mereka yang tiada adab tidak wajar dijadikan sumber inspirasi terutama dalam dunia perniagaan. - Getaran, 29 Julai 2021 

Sorotan

1

Sultan Terengganu Dalam Keadaan Sihat, Teruskan Rawatan Susulan Di Luar Negara 

2

‘BN, PN, Sila Hentikan Retorik Perkauman; Tumpu Politik Berasaskan Isu’ - DAP

3

Kanak-Kanak Autistik Maut Terjatuh Dari Tingkat 13

4

PM Pertahan Subsidi RON 95, Kerajaan Tanggung Kenaikan Kos Bahan Api Global 

5

187 Jenis Ubat Berisiko Tinggi, Jumlah Stok Kurang 60 Hari - MOH

6

Kebakaran Pasar Borong Selangor Dipadam Sepenuhnya, Operasi Beralih Kepada Fasa Baik Pulih

Disyorkan untuk anda

Muzik 4 jam yang lalu

Tipe-X, Last Child Dan Ruffedge Bakal Gegar Latihan Pestapora Malaysia 2026

oleh Rahayu MN