web statsweb stats

Berita Terkini

1 bulan yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 bulan yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 7 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Pelakon 'Prebet Lapok', Tawil Meninggal Dunia Akibat Serangan Jantung

Belum sempat dibawa ke hospital, pelakon dan pelawak veteran ini telah pun menghembuskan nafas terakhirnya dan kemudian disemadikan di Tanah Perkuburan Orang Islam di Batu 5, Jalan Ipoh.

Selebriti Dikemaskini 5 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 23 Jul 2021 11:53AM

Gambar Seniman

oleh

Ellyna Ali

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Pelakon dan pelawak veteran, Tawil atau nama sebenarnya Abu Bakar Ahmad, 67, yang terkenal dengan filem Prebet Lapok menghembuskan nafas terakhir kira-kira jam 2.15 pagi tadi.

Beliau meninggal dunia akibat serangan sakit jantung di kediamannya di PPR Seri Aman, Kepong, Kuala Lumpur di sisi isteri dan anak-anak. 

Ketua Blok PPR Seri Aman yang dikenali sebagai Mohamed Nawaz Koya berkata, dia bergegas ke rumah Tawil apabila dimaklumkan pelakon itu kena serangan jantung. 

“Melihat keadaannya yang sukar bernafas, kami segera menghubungi ambulan dan tiba kira-kira 45 minit kemudian. Bagaimanapun, belum sempat dibawa ke hospital, Tawil disahkan meninggal dunia  

“Pengesahan telah dibuat pihak ambulan dan apabila pihak polis juga mengesahkannya, kami terus bawa jenazah ke Masjid Abu Hurairah Kg Batu, Batu 5, Jalan Ipoh. 

“Jenazah dimandikan dan dikapankan di sana. Alhamdulillah, jenazah selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Orang Islam di Batu 5 Jalan Ipoh, kira-kira jam 10.30 pagi,” katanya. 

Menurut Mohamed Nawaz, Tawil baru sahaja mendiami kediaman itu dan memiliki budi pekerja yang baik.  

“Tawil baik orangnya dan dijemput mengadap Ilahi pun pada hari Jumaat. Jika ada apa-apa, dia akan hantar mesej kepada saya melalui Whatsapp. Misalnya, waktu dia dapat bantuan kerusi roda daripada Menteri di Jabatan Perdana Menteri, dia beritahu saya. Kita buat program itu di surau,” katanya. 

Gambar peraktoday.com.my dan tangkapan layar YouTube.
Gambar peraktoday.com.my dan tangkapan layar YouTube.

Tawil adalah generasi kedua artis komedi tanah air pada era 70-an hingga 80-an sebaris dengan pelakon A. R. Badul, R. Jaafar, Hamid Gurkha, Mr. Os dan Param. 

Selain Prebet Lapok, beliau turut membintangi filem Setinggan, Darah Satria, Da Di Du, Seramoang Tiga Mata serta Penyamun Tarbus.

Beliau antara 25 penggiat seni veteran yang berjaya menerima surat tawaran unit PPR di bawah Inisiatif Perumahan Komuniti Seni Prihatin yang diusahakan FINAS dan KPKT pada September tahun lalu.

Namun, hanya pada Mac tahun ini beliau dapat merasa duduk di rumah PPR tersebut. Sebelum itu, beliau bersama keluarga menetap dan menyewa di Serendah. Beliau meninggalkan seorang balu dan dua anak. 

Semoga Allah SWT mengampunkan segala dosa-dosanya dan menempatkan beliau dalam kalangan orang yang beriman. Al-Fatihah. - Getaran, 23 Julai 2021.

Sorotan

1

Sultan Terengganu Dalam Keadaan Sihat, Teruskan Rawatan Susulan Di Luar Negara 

2

‘BN, PN, Sila Hentikan Retorik Perkauman; Tumpu Politik Berasaskan Isu’ - DAP

3

Kanak-Kanak Autistik Maut Terjatuh Dari Tingkat 13

4

PM Pertahan Subsidi RON 95, Kerajaan Tanggung Kenaikan Kos Bahan Api Global 

5

187 Jenis Ubat Berisiko Tinggi, Jumlah Stok Kurang 60 Hari - MOH

6

Kebakaran Pasar Borong Selangor Dipadam Sepenuhnya, Operasi Beralih Kepada Fasa Baik Pulih

Disyorkan untuk anda

Muzik 4 jam yang lalu

Tipe-X, Last Child Dan Ruffedge Bakal Gegar Latihan Pestapora Malaysia 2026

oleh Rahayu MN