web statsweb stats

Berita Terkini

4 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 4 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 7 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Kasihnya Ibu: Cik B Terima Hadiah Hari Lahir Lamborghini Urus Daripada DSV

Proses pembelian kereta mewah berwarna biru berharga lebih RM2 juta itu diuruskan adik lelaki Cik B, Kacak.

Selebriti Dikemaskini 1 bulan yang lalu · Diterbitkan pada 25 May 2026 7:45PM

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Tuah ayam nampak di kaki, tuah manusia siapa yang tahu.

Itu pepatah paling tepat untuk menggambarkan ‘rezeki terpijak’ dinikmati penyanyi dan pempengaruh, Cik B yang menerima sebuah kereta mewah Lamborghini Urus sebagai hadiah ulang tahun ke-21 daripada ibunya, Datuk Seri Vida atau lebih dikenali sebagai DSV. 

Menurut Cik B, kereta mewah berkenaan dianggarkan bernilai lebih RM2 juta. 

“Saya memang langsung tak menjangkakan perkara ini. Mama ada tanya saya apa yang saya mahukan untuk hari jadi kali ini, dan saya cakap saya nak Lamborghini Urus berwarna biru.

“Tetapi hari ini, tiba-tiba saya dikejutkan dengan satu kejutan apabila menerima Lamborghini Urus berwarna hitam. Alhamdulillah, mama tunaikan permintaan saya.

“Kadang-kadang saya rasa seperti tidak layak untuk menerima semua ini. Memang saya pernah beritahu mama bahawa itu ialah kereta impian saya, tetapi sebenarnya saya pun tidak begitu memerlukannya kerana sebelum ini mama sudah pun membelikan saya Mercedes Brabus G63,” katanya.

Cik B atau nama sebenarnya Nur Edlynn Zamileen Muhammad Amin mendedahkan, adiknya, Kacak, merupakan individu yang menguruskan keseluruhan proses pembelian kenderaan mewah tersebut.

Dalam masa sama, Cik B berkata dia mahu membanggakan ibunya, selain berhasrat untuk memudahkan urusan hidup wanita kental itu bagi membalas segala pengorbanan yang telah dilakukan selama ini.

“Apa yang saya paling mahu lakukan ialah membanggakan ibu saya. Saya mahu sampai ke satu tahap apabila ibu saya ingin pergi bercuti, saya mampu membelikan tiket untuknya, menyediakan apa sahaja yang diinginkannya, dan memenuhi segala keperluannya.

“Saya mahu membalas jasa ibu saya semula. Saya mahu dia berehat, duduk di rumah, pergi bercuti dan tidak lagi perlu memikirkan soal perniagaan; biar saya yang menguruskan semuanya,” katanya.

Bagaimanapun dia mengakui, perkara itu bukan sesuatu yang mudah. 

“Mama mempunyai lebih 200 orang pekerja, dan saya sendiri tertanya-tanya bagaimana seorang ibu tunggal mampu menguruskan semua itu,” katanya. – Getaran, 25 Mei 2026

Sorotan

1

PRN Johor: Dr Maszlee Dahului Perebutan DUN Puteri Wangsa (TAK RASMI) 

2

PRN Johor: Keputusan Tak Rasmi, BN Dahului Di 33 DUN, PH 7 DUN - Asyraf Wajdi 

3

PRN Johor: Proses Kiraan Undi Dimulakan 5 PM - SPR

4

PRN Johor: Tolak Politik Kebencian, Utamakan Keharmonian - Hishammuddin

5

PRN Johor: Polis Terima 90 Laporan, 25 Kertas Siasatan Dibuka

6

PRN Johor: 26.43 Peratus Keluar Mengundi Setakat 11 Pagi - SPR

Disyorkan untuk anda

Selebriti 1 hari yang lalu

Tisha Shamsir Nafi Terbabit Dadah, Mengaku Tak Bersalah Di Mahkamah

oleh Sophia Ahmad