web statsweb stats

Berita Terkini

1 bulan yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 bulan yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 7 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Jaafar Onn Meninggal Dunia Pagi Tadi

Pelakon ini dimasukkan ke hospital selepas mengesan darah ketika membuang air besar, pada malam Isnin.

Selebriti Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 03 Apr 2024 1:31PM

oleh

Rahayu MN

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Artis veteran, Jaafar Onn meninggal dunia kira-kira jam 11.30 pagi tadi ketika dirawat di Hospital Sultan Idris Shah, Serdang, di sini.

Khabar duka itu dikongsi oleh anak saudaranya, Fahmi Aziz menerusi satu hantaran di akaun Facebook miliknya.

Jaafar atau nama sebenarnya, Jaafar Onn Awang, yang berusia 73 tahun, dikatanya sedang dirawat di zon kritikal selepas mengesan darah ketika membuang air besar, pada malam Isnin.

“Pakcik saya Jaafar Onn telah kembali ke rahmatullah sebentar tadi. Doakan roh arwah ditempatkan di kalangan orang-orang yang beriman,” katanya.

Hantaran anak saudara Jaafar Onn memaklumkan mengenai pemergiannya. - gambar media sosial
Hantaran anak saudara Jaafar Onn memaklumkan mengenai pemergiannya. - gambar media sosial

Sementara itu, anak angkatnya Mohamad Hanif Hashim, memaklumkan bacaan hemoglobin dan tekanan darah artis veteran itu juga sangat rendah sebelum beliau dibawa ke hospital berkenaan, kelmarin.

Difahamkan, keluarga Jaafar masih berbincang mengenai urusan jenazah dan pengebumian Allahyarham.

Sebelum ini, media melaporkan Jaafar mengalami masalah injap jantung yang mengakibatkan kakinya membengkak sehingga perlu menggunakan kerusi roda sejak enam bulan lalu.

Beliau dilaporkan berkata, perlu menjalani beberapa prosedur rawatan di hospital untuk mengetahui lebih lanjut mengenai keadaan kesihatannya yang merosot, sejak tahun lalu.

Jaafar, yang sudah setahun tidak dapat bekerja, tetap berharap masih mampu menyumbang bakti kepada industri seni tanah air.

Biarpun berkerusi roda, Jaafar dikatakan masih menunggu tawaran kerja.

Allahyarham Jaafar yang dilahirkan pada 19 Oktober 1951 di Muar, Johor, anak bongsu daripada tiga beradik.

Beliau mendapat pendidikan awal di Sekolah Rendah Abdullah Sungai Mati, Muar sebelum meneruskan pengajian di Sekolah Lanjutan St. Andrew Jalan Saleh Muar.

Artis serba boleh yang juga dikenali sebagai pelakon dan pelawak ini, turut popular sebagai tukang masak, minat yang dipupuk sejak kecil lagi.

Kerjaya seni Jaafar bermula sekitar awal 1970an apabila Allahyarham berhijrah ke Kuala Lumpur dan menyertai sebuah kumpulan tarian yang terkenal membuat persembahan di stesen televisyen ketika itu.

Beliau juga menggunakan bakat memasak dan mengandamnya dengan mengajar ahli Persatuan Keluarga Polis (PERKEP) di Jalan Pekeliling, sehingga beliau kemudian ‘disunting’ RTM untuk menyertai rancangan memasak 'Dunia Wanita' yang dihoskan Datin Paduka Zaleha Ismail.

Bakat lakonannya terserlah sekitar 1980an apabila pelakon dan pengarah terkenal, Datin Rosnani Jamil membawanya ke dunia lakonan melalui telefilem pertama lakonannya yang berjudul Lagenda Lela Manja.

Jaafar juga pernah merakamkan album selain bergandingan dengan beberapa teman artis termasuk penyanyi Salwa Abd. Rahman, Rohana Jalil, Azie dan Lina Kamsan. – Getaran, 3 April 2024

Sorotan

1

Syed Saddiq Bebas, Mahkamah Persekutuan Kekal Keputusan Lepas Dan Bebas 

2

PRN Negeri Sembilan: Ada Perbincangan Positif Dengan BN - PAS

3

Misteri Bau Busuk Terbongkar, Mayat Wanita Reput Ditemui Dalam Apartment

4

Pub Popular Terbakar, 27 Maut, Puluhan Cedera Parah 

5

Keputusan Kes Syed Saddiq: Bella Astillah, Keluarga Hadir Di Mahkamah Persekutuan 

6

Menang 8 Kerusi, ADUN PH Sedia Jalankan Tugas Pembangkang Dengan Penuh Integriti - Amirudin