Berita Terkini

4 hari yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 hari yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut 1 minggu yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 2 minggu yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 2 minggu yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok.

IKUTI KAMI


Produksi Pelangi Yang Hilang Keluar Kenyataan, Nabila Huda Bidas Suruh Belajar Adab

Produksi tegaskan pembayaran telah dibuat, Nabila bilang jangan putar belit.

Selebriti Dikemaskini 1 bulan yang lalu ยท Diterbitkan pada 25 Mar 2024 9:04PM

Hantaran produksi telefilem Pelangi Yang Hilang, dipercayai menjawab dakwaan Nabila Huda.

oleh

Rahayu MN

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Pihak produksi telefilem, Pelangi Yang Hilang pada Sabtu tampil membuat naik satu kenyataan menerusi akaun Instagram mereka dengan memberi penjelasan tentang urusan pembayaran yang membabitkan penghasilkan naskhah ini.

Biarpun kenyataan ini tidak menyebut nama atau pihak terbabit, namun ia dipercayai berkaitan dengan kenyataan yang dikeluarkan oleh pelakon Nabila Huda pada Jumaat lalu.

Tegas produksi ini, sepanjang proses penggambaran, pembayaran telah dijelaskan seperti yang telah dijanjikan mengikut perjanjian masing -masing, termasuklah segala tuntutan.

“Pelangi Yang hilang merupakan sebuah naskah yg memberikan banyak pengajaran kepada masyarakat. Ia menonjolkan sisi pengorbanan seorang anak yang baik dan tekun belajar walaupun dalam kesusahan.

“Kerjasama dari semua menterjermahkan naskah ni dalam bentuk yang sangat positif.

“Sehubungan dari itu pihak Wiranusa Corporation ingin menegaskan sepanjang proses penggambaran ini, pembayaran TELAH dijelaskan seperti yang telah dijanjikan dalam perjanjian masing -masing termasuklah claim2,” tulis mereka.

Malah, mereka juga mendakwa pihak syarikat telah berbincang dengan pihak berkenaan (Nabila Huda), namun tiada kata sepakat yang diraih.

Justeru, mereka mencadangkan pertemuan empat mata untuk menyelesaikan isu ini.

“Ada pun isu yang berbangkit, pihak syarikat pernah berbincang dgn pihak yang berkenaan sebelum ini seperti yg disebut2 dlm sosial media sekarang, namun tiada kata persepakatan yg dapat dibuat.

“OLEH itu, kami membuka ruang untuk pihak berkenaaan untuk bertemu empat mata dengan pihak syarikat bagi memperjelaskan isu tersebut,” jelas mereka.

Tidak mendiamkan diri, Nabila Huda atau panggilan mesranya, Abil membidas kenyataan Wiranusa Corporation itu.

Nabila mendakwa pihak produksi cuba menipu orang ramai dengan mengeluarkan kenyataan bahawa pembayaran sudah dibuat untuk telefilem itu.

Menerusi kenyataan yang dimuat naik di Instagram Story (IGS) Abil itu, pelakon ini turut menjelaskan bahawa dia sudah ‘move on’ dan tidak lagi memikirkan wang yang dituntut.

IG Story Nabila Huda.
IG Story Nabila Huda.

“Awak jangan cuba nak menipu masyarakat dengan kenyataan playsafe awak, Wiranusa corporation. Awak patut bersyukur yang saya ni dah halalkan semuanya dan move on. Tapi awak nak jugak menjawab, rasa bersalah pun takde.

“Macam kita pula yang menipu dan memburukkan syarikat dia. Bila masa pihak syarikat pernah berbincang dan pastu awak cakap tak ada kata sepakat yang dapat dibuat?

“Habis tu tak bayar lagi sepakat apo? Yang message bertanya tu pun datang dari pihak saya tau. Tak cukup relax lagi ke saya ni lepas sebulan habis penggambaran baru saya bertanya status pembayaran claim saya? Jangan lah buat kita yang bermasalah. Macam ni punya orang pun ada ke?

“Lepas tu awak pulak yang nak membuka ruang untuk saya bertemu awak bagi memperjelaskan isu ini? Eh apa punya cara ni..bukan ke awak yang sepatutnya kena sedar ruang sebab ada hutang yang belum diselesaikan? Macam mana awak bernafas setiap hari tapi awak masih berhutang dengan orang. Awak tak rasa bersalah ke?,” bidas Abil.

Tidak cukup dengan itu, Abil turut menasihatkan agar produksi yang baru berjinak-jinak dengan pembikinan drama dan telefilem agar belajar adab dan ilmu pengurusan sebuah produksi agar dapat menghasilkan karya yang baik pada masa hadapan.

“Saya ni wujud sebelum wujudnya company awak tau. Jadi awak jangan lah cuba nak putar belit untuk menegakkan benang yang basah. Untuk pengetahuan awak, saya dah tak heran lah dengan duit claim tu semua. Awak sedekah kan je lah dengan mereka yang memerlukan.

“Sementara tengah di bulan Ramadan ini, awak buat lah research, belajar dulu adab dan basic practice dalam production. InsyaAllah dipermudahkan urusan awak untuk terus menghasilkan karya yang lebih baik dimasa akan datang setanding dengan production hebat yang lain,” katanya.

Telefilem, Pelangi Yang Hilang yang diarahkan oleh Zul Huzaimy telah menemui penonton di TV3, pada Ahad, 24 Mac 2024, jam 10 malam. – Getaran, 25 Mac 2024

Sorotan

1

Kempen PRK KKB: Semua Pihak Diingatkan Tidak Sentuh Isu 3R - Fahmi

2

Genting Malaysia Nafi Babit Bincang Mengenai Kasino Di Forest City

3

Akta Laut Wilayah Masih Sah, Terpakai Termasuk Di Terengganu - PMO

4

PM Akan Hadir Forum Ekonomi Dunia Di Riyadh Dalam Lawatan Kerja

5

Kemenangan Ke Atas Hong Kong Lonjak Keyakinan Kem Perseorangan - Jun Hao

6

Misi Gaza Freedom Flotilla Ditangguhkan, Peserta Dinasihat Pulang - Ann Wright

7

Kerajaan Tidak Bercadang Gantung Sementara Perkhidmatan Helikopter Jenis Fennec, HOM

Disyorkan untuk anda

Selebriti 1 hari yang lalu

Meerqeen Ajak Peminat Ke Rumah Terbuka Raya Airbnb, Peluang Bercuti Bersama

oleh Rahayu MN

Selebriti 1 hari yang lalu

Intan Ladyana Selamat Lahirkan Anak Kedua

Bayi lelaki seberat 3.06 kilogram itu dilahirkan di sebuah hospital swasta di Kuala Lumpur

oleh Wartawan Hiburan Getaran