web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Shuib Sepahtu Kesal Kontrovesi Stoking Kalimah Allah, Tidak Boleh Ulas Lanjut

Pelawak dan usahawan terkenal, Shuib Sepahtu telah dilantik menjadi duta KK Mart sejak empat tahun lalu, malah baru sahaja memperbaharui kontraknya bersama kedai serbaneka itu.

Selebriti Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 21 Mar 2024 4:06PM

Shuib Sepahtu. - gambar Helmi Anuar

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Pelawak dan usahawan popular Shuib Sepahtu meluahkan rasa kesal dengan isu yang melanda jenama kedai serbaneka KK Mart yang telah menjual stoking yang tertera kalimah Allah.

Sebagai duta kepada kedai serbaneka itu, Shuib atau nama sebenarnya Shahmira Muhammad, 40, akui dia tidak boleh mengulas lebih lanjut kerana masih menunggu hasil siasatan kes yang turut mendapat perhatian Yang Dipertua Agong ini.

"Sebagai umat Islam, sudah tentu saya sangat terkesan dengan isu ini. Perkara ini tidak sepatutnya berlaku dalam apa sahaja perniagaan atau situasi. Isu ini boleh menimbulkan kemarahan. Kalimah Allah perkara yang terlalu besar.

"Jika benar mereka sengaja menjual stoking tersebut, sudah tentu saya tidak akan sokong. Ini adalah tanggungjawab saya sebagai umat Islam," katanya ketika ditemui di majlis berbuka puasa anjuran Indigital dan FYP media.

Sebagai duta KK Mart sejak empat tahun lalu, Shuib akui beliau mengikuti perkembangan kes itu dan menanti keputusan daripada pihak berkuasa untuk mengetahui bagaimana pengakhiran kes itu nanti.

"Saya nak komen lebih-lebih pun tak boleh. Kontrak saya sebagai duta masih berjalan. Malahan, saya baru sahaja perbaharui kontrak bersama mereka.

 “Saya tengok sahaja apa perkembagan yang akan berlaku. Tetapi mungkin sampai satu tahap nanti, mungkin saya boleh buat sesuatu," jelasnya.

Ditanya apakah perasaannya ketika mendapat perkhabaran tentang isu itu, kata Shuib beliau berasa marah.

"Saya marah. Apa yang berlaku ini sangat keji. Tetapi seperti yang saya katakana tadi, perkara ini masih belum selesai dan masih dalam siasatan. Saya nak komen lebih lanjut pun tak boleh. Perkara ini melibatkan sensitiviti orang ramai dan perniagaan," ujarnya.

Dalam masa yang sama, Shuib juga menegaskan bahawa beliau akur dan bersedia untuk melepaskan tanggungjawabnya sebagai duta, jika itu jalan yang terbaik.

"Kalau begitu jalan ceritanya, saya akur. Saya sentiasa percaya pada rezeki Allah. Kalau Allah kata ada rezeki saya, maknanya adalah rezeki, kalau tiada maknanya tiada," katanya.

@getaranmy Duta kedai serbaneka KK Mart, Shuib Sepahtu akui terkesan dan marah dengan isu penjualan stoking yang tertera kalimah Allah di beberapa cawangan kedai itu. Walaubagaimananapun kata Shuib dia tidak dapat untuk komen dengan lebih lanjut kerana proses siasatan masih berjalan dan hanya mampu memberi respon atas kapasiti sebagai seorang umat Islam. #GetaranMY #Semasa #terkini ♬ original sound - Getaran

Terdahulu pada 13 Mac lalu, tular di media sosial apabila netizen berkongsi tentang stoking yang tertera kalimah Allah yang dijual di KK Mart Bandar Sunway.

Susulan itu, Pengasas dan Pengerusi Eksekutif Kumpulan KK Supermart & Superstore Sdn Bhd (KK Super Mart), Datuk Seri Dr KK Chai telah tampil membuat permohonan maaf berhubung penjualan stoking berjenama Miranosock itu.

Isu ini menimbulkan kemarahan umat Islam di Malaysia sehingga mereka memulakan gerakan untuk memboikot kedai serbaneka itu. – Getaran, 21 Mac 2024

Sorotan

1

Lelaki Guna Pembesar Suara Cetus Kebimbangan, Dakwa Kononnya COVID-19 Kembali Menular

2

Kanak-Kanak Perempuan Maut, Abang Kritikal Jatuh Dari Pangsapuri

3

PM Puji Keberkesanan Kementerian Komunikasi Perjelas Pelaksanaan BUDI95

4

Gempa Bumi 8.2 Landa Mindanao, Pihak Berkuasa Keluarkan Amaran Tsunami

5

Dikurung Dalam Stor Beberapa Minggu, Polis Selamatkan Kanak-Kanak Mangsa Dera Ibu Angkat

6

Sebuah Kerajaan Bukan Hadiah Untuk Dirampas

Disyorkan untuk anda

Muzik 13 jam yang lalu

Dewa 19 Buktikan Keunggulan Katalog Lagu Dalam Konsert Cintaku Tertinggal Di Malaysia

oleh Rahayu MN

Muzik 1 hari yang lalu

SPOTLIGHT KLCC Tampil Pengalaman Showcase Premium, Himpunkan Barisan Artis Hebat Industri Muzik Tempatan

Menggabungkan elemen persembahan berkualiti tinggi, suasana premium dan lebih intim, SPOTLIGHT KLCC menawarkan harga tiket yang mampu dibeli oleh pelbagai golon...

oleh Rahayu MN