web statsweb stats

Berita Terkini

15 jam yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 15 jam yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Bijak Mengelak Tentang Hubungannya Dengan YouTuber, Xooos - Park Seo Joon Mahu Fokus Dengan Filem ‘Concrete Utopia’

Sejak tanggal 20 Jun lagi, pelbagai media telah menyingkap tentang hubungan mereka sebaik sahaja sebuah media di Korea Selatan mula melaporkan tentang hubungan cinta mereka itu. 

Selebriti · Diterbitkan pada 23 Jun 2023 10:20AM

Park Seo Joon

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Desas-desus mengenai hubungan cinta yang terjalin di antara aktor Park Seo Joon dengan penyanyi yang juga YouTuber, xooos (Kim Soo Yeon) bukan menjadi suatu rahsia lagi. 

Sejak tanggal 20 Jun lagi, pelbagai media telah menyingkap tentang hubungan mereka sebaik sahaja sebuah media di Korea Selatan mula melaporkan tentang hubungan cinta mereka itu. 

Bahkan, di dalam laporan itu juga mengatakan, Park Seo Joon dan xooos telah pun diperkenalkan kepada rakan-rakan rapat masing-masing dan sering keluar dating bersama, seperti pasangan bercinta yang lain. 

Park Seo Joon enggan mengulas mengenai kisah cintanya itu sebaliknya meminta peminat memfokus kepada filem terbaharunya 'Concrete Utopia'. - Gambar dari Allypop
Park Seo Joon enggan mengulas mengenai kisah cintanya itu sebaliknya meminta peminat memfokus kepada filem terbaharunya 'Concrete Utopia'. - Gambar dari Allypop

Sebagai tindak balas kepada laporan itu, pihak agensi yang dinaungi Park Seo Joon iaitu Awesome ENT menyatakan:

“Sukar untuk mengesahkan fakta yang berkaitan dengan kehidupan peribadi artis kami. Kami minta maaf. Harap faham.

Maklum balas yang sama turut diberikan WAVY yang menjadi agensi naungan xooos: “Sukar untuk disahkan”. 

xooos
xooos

Namun, sewaktu menghadiri sidang media filem terbaharu, ‘Concrete Utopia’ dua hari lepas, Park Seo Joon telah diasak media dengan soalan berkaitan hubungannya dengan xooos.

Tetapi, aktor ini nampaknya cukup bijak mengelak untuk menjawab pertanyaan tersebut. 

Kata Park Seo Joon:

“Saya mendengar bahawa ada berita seperti itu secara terang-terangan, saat ada projek baru yang sedang saya jalankan sekarang. Perkara pertama yang saya fikirkan, ramai sungguh orang yang berminat dengan saya. 

"Saya berterima kasih atas segala perhatian yang diberikan, tetapi dalam kes ini, saya cenderung merasa sangat terbeban untuk mendedahkan kehidupan peribadi saya (kepada orang ramai), dan kerana ini adalah masalah peribadi, saya rasa sukar bagi saya untuk memberi komen.

"Memandangkan hari ini adalah hari acara rasmi pertama berkaitan filem ‘Concrete Utopia’, sila tunjukkan minat yang lebih mendalam terhadap filem ini. 

Berdasarkan Bahagian 2 siri webtoon hit ‘Joyful Outcast’ (Jiran Menyenangkan), ‘Concrete Utopia’ adalah thriller bencana baru tentang kejadian selepas berlakunya gempa bumi yang dahsyat. 

Filem ini akan memaparkan kisah yang bermula apabila mangsa yang terselamat berkumpul di Pangsapuri Hwang Goong, satu-satunya bangunan yang tinggal berdiri di Seoul yang dilanda gempa bumi.

Mengenai xooos, dikhabarkan selebriti ini dilahirkan pada tahun 1994 dan merupakan penyanyi dan YouTuber yang memiliki lebih 1.5 juta pelanggan.  Dia juga telah memulakan kerjaya lakonan dalam drama KBS2 2015 ‘The Producers’ dan juga mengambil bahagian dalam rancangan survival idola "MIXNINE" pada tahun 2017. – Getaran, 23 Jun 2023 

Sorotan

1

Diperdaya Sindiket Kerja Sambilan Dalam Talian, Suri Rumah Rugi Hampir RM100,000

2

Puteri Thailand Mangkat Selepas Komplikasi Kesihatan Berpanjangan

3

Mengapa Ramai Rasa Letih Walaupun Cukup Tidur? Jadual Tidur Mungkin Bukan Jawapan

4

PAS Sahkan Pertemuan Dengan RESET Dan Hamzah, Butiran Lanjut Diumum Esok 

5

PRN Johor 11 Julai, PRN Negeri Sembilan 1 Ogos - SPR

6

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

Disyorkan untuk anda

Selebriti 9 jam yang lalu

M Nasir Fail Saman Lebih RM5 Juta Terhadap Grab Malaysia

oleh Rahayu MN

Selebriti 1 hari yang lalu

Aghniny Terima Tawaran Filem Khadam Sebagai Penghargaan Buat Ibu

Aghniny yang membuat penampilan sulung dalam filem Malaysia menerusi watak Melor, berkata tema keibuan yang diangkat dalam filem itu mempunyai kaitan rapat deng...