Berita Terkini

2 hari yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 1 minggu yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 1 minggu yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok. 1 minggu yang lalu: Koc wanita bagi MRT laluan Putrajaya akan dilaksanakan bermula Isnin ini - Ketua Pegawai Eksekutif Rapid Rail 2 minggu yang lalu: Pengerusi Spanco Sdn Bhd, Tan Sri Robert Tan Hua Choon mengaku tidak bersalah atas pertuduhan menipu hingga mendorong MOF menganugerahkan kontrak urus kenderaan kerajaan bernilai RM3.9b, pada 2019

IKUTI KAMI


Selepas Bersuara Tentang Isu Bayaran Belum Dilunaskan Awesome TV, Kini Jumlah Tunggakan, Dibekukan Pula - Atu Zero 

Saya bukan nak buka aibkan sesiapa, tapi ini adalah kebenaran, semua kawan-kawan sudah dapat bayaran mereka selepas saya viralkan benda ini, namun bayaran saya seorang sahaja dibekukan. Kenapa? - Atu Zero

Selebriti Dikemaskini 1 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 13 Apr 2023 5:06PM

Atu Zero - Gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Setelah meluahkan rasa kesal berhubung sikap Awesome TV yang masih belum melunaskan bayaran sehingga terpaksa menagih wang tersebut daripada pihak stesen televisyen tersebut, kini pelawak Atu Zero mendedahkan bayaran hutangnya sebanyak RM30,000 telah dibekukan.

Atu mendakwa hanya bayarannya seorang sahaja dibekukan stesen tv berkenaan selepas dia memviralkan isu mengenai bayaran tertunggak sebanyak RM30,000 yang masih belum dibayar sejak penghujung tahun lalu, di media sosial pada awal bulan ini.

“Saya bukan nak buka aibkan sesiapa, tapi ini adalah kebenaran, semua kawan-kawan sudah dapat bayaran mereka selepas saya viralkan benda ini, namun bayaran saya seorang sahaja dibekukan, kenapa?

“Mungkin selepas saya suarakan hak saya, hutang saya itu telah dibekukan rasanya. Kalau saya nak suarakan sekali lagi berkenaan duiti, saya fikir nanti apa bezanya saya dengan mereka (Awesome TV). 

“Apa yang penting sekarang adalah tunggakan kawan-kawan saya telah dilunaskan, kalau bukan rezeki saya, saya tidak dapat sekarang, yang pasti saya akan dapat juga tunggakan tersebut, tetapi lambat lagi rasanya,” kata Atu kepada Getaran.

Atu berkata demikian ketika majlis tayangan perdana filem ‘Sumpahan Malam Raya’ di Nu Sentral, ibu kota, semalam.

Atu mendedahkan dia masih belum menerima bayaran tertunggak sebanyak RM30,000.
Atu mendedahkan dia masih belum menerima bayaran tertunggak sebanyak RM30,000.

Jelas pemilik nama sebenar, Sharif Kunal Doli Sharif, 31, itu, selepas isu berkenaan disuarakan di media sosial, beberapa rakan sekerjanya telah menghubunginya bagi memaklumkan mereka juga mengalami keadaan yang sama,

“Kawan-kawan saya ada hubungi saya dan memaklumkan mereka mengalami masalah yang sama, termasuk pelakon-pelakon veteran. Namun, kini ada yang telah menerima bayaran tunggakan mereka, ada juga yang masih tidak menerima bayaran mereka lagi,” ujarnya.

Dalam pada itu, Atu mengakui kini dia lebih mendiamkan diri dan tidak mahu memanjangkan lagi isu tunggakan tersebut.

Bagaimanapun, Atu berterima kasih kepada pihak Awesome TV yang memberi peluang kepada dirinya untuk turut terlibat bersama dalam rancangan televisyennya.

“Bagi saya selepas mereka mengeluarkan kenyataan berkenaan ‘anjing makan tuannya’ itu, saya kecewa dan saya terus berfikir untuk tidak membesarkan lagi isu ini.

“Sekarang bagi saya, kalau saya dapat duit itu, Alhamdulillah, kalau tidak dapat takpe lah (tapi tidak halalkan). Saya tak nak situasi semakin tegang dan kedua-dua pihak bergaduh disebabkan duit. 

“Cuma saya ingin pesan kepada mereka (Awesome TV) terima kasih bagi saya peluang dalam televisyen mereka. Terima kasih kerana lunaskan hutang kawan-kawan saya lain. Untuk saya punya bahagian, kalau mereka ingin ‘hold’ lama-lama pun saya tidak kisah.

“Yang pentingnya, itu adalah hak saya, soal duit orang jangan bawa main. Masing-masing sudah matang, saya hanya berpendidikan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) sahaja, tetapi mereka berpendidikan lebih. Takkan mereka tidak boleh berfikir lebih,” ujarnya.

Pada masa sama, Atu turut mendedahkan Awesome TV telah meminta dia memohon maaf secara terbuka berkenaan insiden yang berlaku.

Jelas Atu, Awesome TV turut meminta dia hadir ke pejabat mereka bagi mengadakan perbincangan mengenai isu bayaran tunggakan itu.

“Kenapa saya perlu minta maaf. Saya sudah bagitau stesen tv itu, saya tidak mahu terikat dengan mereka lagi. Bayar semua duit saya, saya diam.

“Rezeki itu saya boleh cari tempat lain, saya tidak ingin memanjangkan lagi isu ini. Jadi bila mereka minta saya hadir ke pejabat mereka, saya tidak pergi, sebab sebelum-sebelum ini, tidak pernah ada syarat begitu. Selalunya bayaran secara atas talian sahaja. Kalau dia nak bayar, bayar itu sahaja,” tambahnya.

Mengulas mengenai Awesome TV yang menggunakan panggilan ‘anjing’ buat dirinya, Atu mengakui sebagai manusia dia berasa marah.

“Memang mengamuklah saya, cuma bila dia cakap macam itu, saya nak melenting juga, namun perkara itu nanti akan menunjukkan tiada perbezaan antara dia (AwesomeTV) dengan saya.

“Sebenarnya, yang saya marah adalah, saya tidak kisah fasal duit, tapi dia petik ‘anjing makan tuan’ itu, sesiapa pun marah,” katanya.

Terdahulu, Atu memuat naik hantaran di Instagram berkongsi mengenai isu pembayaran ini pada awal bulan April ini.

“Duit sendiri sudah guna untuk minyak, tol dan makan. Segalanya sudah saya korbankan. Takkan gaji saya sendiri, saya kena mengemis meminta.

“Hari itu, saya sudah pergi ke pejabat Awesome TV dengan muka gembira dan tersenyum. Pulang bersama janji, bukan gaji yang tertunggak dari tahun lepas.

“Saya ini hanya seorang bapa dan suami yang berjuang untuk keluarga saya. Gaji saya tertunggak itu tidak besar dan lumayan, tapi, jangan main-main dengan duit dan hak orang,” katanya menerusi hantaran tersebut. - Getaran, 13 April 2023

Sorotan

1

Lelaki Sindrom Down Melecur Disimbah Air Panas Dalam Lif

2

8 Aksi Pramusim Digunakan Untuk Uji Sistem VAR - Stuart

3

Misi Hantar Bantuan Kemanusiaan Ke Gaza Dengan Kapal Tetap Diteruskan - Ann Wright

4

PRK Kuala Kubu Baharu: Kerajaan Perpaduan Ada Kaedah Pastikan Calon Menang

5

Pemain Badminton Negara Pamer Kekuatan Mental Menjelang Piasa Thomas, Uber

6

Pelajar Sekolah Meninggal Dunia Ketika Acara Larian Rentas Desa

7

Lelaki Israel Miliki Senjata: 10 Individu Ditahan Bawah SOSMA

Disyorkan untuk anda

Filem & TV 1 hari yang lalu

'Sheriff' Karya Paling Jujur, Janjikan Kelainan Sisi Polis

Filem & TV 1 hari yang lalu

Reviu Filem: 'Sheriff' Filem Syafiq Yusof Paling Berani, Papar Sisi Gelap PDRM

‘Sheriff’ dianggap melawan arus apabila Syafiq berani menghasilkan filem yang membuka pekung dan mendedahkan sisi gelap pegawai polis 

oleh Helmi Anuar

Filem & TV 13 jam yang lalu

Maryam Pagi Ke Malam Raih 2 Anugerah Di Festival Filem Asia Ke-21

Selebriti 1 hari yang lalu

Aiman, Zahirah Bakal Timang Anak Perempuan

oleh Wartawan Getaran