web statsweb stats

Berita Terkini

17 jam yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 17 jam yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Apakah Park Bo Gum Akan Melebarkan Kerjaya Nyanyiannya Bersama Agensi Baharu?

Peminat Teruja Bila Park Bo Gum Kini Jadi Artis Terkini The Black Label bersama beberapa keping gambar profil baharu.

Selebriti Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 15 Feb 2023 8:00AM

Ramai peminat tertanya-tanya apakah Park akan mengambil lebih banyak projek nyanyian selepas bersama The Black Label. - Instagram The Black Label

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Apabila aktor popular Korea, Park Bo Gum mengesahkan berita bahawa dia telah meninggalkan agensi lamanya, Blossom Entertainment pada bulan lalu, pelbagai spekulasi timbul tentang agensi baharu yang bakal disertainya.

Namun akhirnya, spekulasi itu terjawab apabila The Black Label mengumumkan sendiri bahawa Park Bo Gum adalah artis terkini yang berada di bawah naungan agensi tersebut.

Pengumuman itu dibuat menerusi media sosial The Black Label dengan kapsyen yang bertulis: “Selamat Datang Ke TheBlackLabel, Park Bo Gum!”.

Tidak hanya itu, agensi itu juga turut menyelitkan beberapa keping foto profil baharu, Park Bo Gum yang cukup menarik.

“Selamat datang ke TheBlackLabel, Park Bo Gum!

“Kami teruja untuk mempamerkan pelakon Park Bo Gum melalui pelbagai aktiviti dan meminta minat dan sokongan anda yang berterusan!” kata agensi itu.

Diterajui penerbit YG Entertainment, Teddy Park, agensi The Black Label sebelum ini dipenuhi dengan pemuzik berbakat seperti Zion.T, Jeon Somi dan Taeyang dari Big Bang, manakala Park Bo Gum dijangka membawa gelombang baharu drama, filem dan projek sebagai pelakon berbakat.

Namun, Park Bo Gum juga sebenarnya turut terkenal dengan bakat nyanyiannya, jadi ramai peminat yang tidak sabar dan tertunggu-tunggu untuk melihat apakah dia akan mengambil lebih banyak projek nyanyian selepas bersama The Black Label atau tidak.

Peminat Park Bo Gum nampaknya turut mengalu-alukannya perjalanan kerjaya baharunya bersama The Black Label serta menyatakan sokongan mereka mereka yang tidak berbelah bahagi terhadap aktor tersebut. - 15 Februari 2023

Gambar: The Black Label IG

Sorotan

1

Diperdaya Sindiket Kerja Sambilan Dalam Talian, Suri Rumah Rugi Hampir RM100,000

2

Puteri Thailand Mangkat Selepas Komplikasi Kesihatan Berpanjangan

3

Mengapa Ramai Rasa Letih Walaupun Cukup Tidur? Jadual Tidur Mungkin Bukan Jawapan

4

PAS Sahkan Pertemuan Dengan RESET Dan Hamzah, Butiran Lanjut Diumum Esok 

5

PRN Johor 11 Julai, PRN Negeri Sembilan 1 Ogos - SPR

6

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

Disyorkan untuk anda

Selebriti 1 hari yang lalu

Aghniny Terima Tawaran Filem Khadam Sebagai Penghargaan Buat Ibu

Selebriti 11 jam yang lalu

M Nasir Fail Saman Lebih RM5 Juta Terhadap Grab Malaysia

Tindakan saman itu difailkan di Mahkamah Tinggi Shah Alam oleh M Nasir bersama syarikat miliknya, Luncai Emas Sdn Bhd.

oleh Rahayu MN