Berita Terkini

7 jam yang lalu: Mangsa banjir di Batu Pahat tinggal 444 orang setakat 4 petang 7 jam yang lalu: Sesi libat urus perluas sistem pembayaran terbuka lebuh raya - Salahuddin 7 jam yang lalu: Polis tahan dua lelaki, rampas dadah bernilai RM3.22 juta 7 jam yang lalu: Pemohon Skim SRP masih boleh dapat pembiayaan di bawah Skim Jaminan Kredit Perumahan 7 jam yang lalu: 20,041 kes hilang wang daripada institusi perbankan di Malaysia pada 2022

IKUTI KAMI


Bukan Bercerai Talak 3, Tapi Talak 1 - Cat Farish Sangkal Khabar Angin Di Media Sosial 

Ahli kumpulan Ruffedge ini mengakui mempunyai tabiat suka cakap berulang kali menyebabkan dia telah melafazkan cerai lebih daripada sekali. 

Selebriti Dikemaskini 1 bulan yang lalu · Diterbitkan pada 08 Feb 2023 2:36PM

Cat Farish telah bercerai secara rasmi di Mahkamah Syariah Senawang, Negeri Sembilan pada 16 Januari lalu. - Gambar oleh Helmi Anuar

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Penyanyi dan komposer terkenal, Cat Farish menyangkal dakwaan bahawa dia telah bercerai talak tiga bersama bekas isterinya iaitu Suriani Hassan.

Sebelum ini timbul cerita mengenai Cat atau nama sebenarnya Farish Ramli ,49, yang telah melafazkan cerai secara berkali-kali sehingga dikatakan telah jatuh talak tiga.

Cat sewaktu ditemui pada sidang media Jelajah Suria FM berkata, dia juga terkejut tatkala membaca berita mengenai perceraiannya di media sosial. 

"Memang betul kami telah bercerai, tetapi talak satu bukannya talak tiga. Saya sebenarnya mempunyai sikap selalu cakap berulang kali. Kami telah bercerai secara rasmi di Mahkamah Syariah Senawang, Negeri Sembilan pada 16 Januari lalu. 

"Kejadian yang berlaku ini memang pantas. Tetapi masalah yang berlaku dalam rumah tangga kami memang telah lama berlaku. Nak berbincang agak susah kerana masing-masing sedang dalam emosi. 

"Saya pun tak sangka berita mengenai kononnya saya bercerai talak tiga ini boleh tersebar. Sepatutnya perkara ini boleh diselesaikan dengan cara baik andai pihak perempuan tidak keluar dari rumah. 

Dua kali rumah tangga yang dibina runtuh di pertengahan jalan, Cat akui perkenalan yang singkat sebelum berkahwin menjadi antara sebab kenapa rumah tangganya tidak menggapai bahagia. 

"Saya terlalu gopoh ketika membuat keputusan untuk berkahwin dulu. Media pun terkejut bila mengetahui saya telah berkahwin kali kedua.  

"Apa yang penting anak-anak perlu tahu dulu. Dalam hubungan ini, adalah adalah nombor satu. Kalau orang boleh terima anak-anak kiita dengan seadanya. 

"Saya tak kata bekas isteri tak terima anak-anak saya. Tetapi adalah masalah-masalah yang timbul. Bila anda berkahwin dengan duda yang mempunyai anak, perlu ingat bahawa anak-anak adalah keutamaannya. Tak perlu timbul soal siapa cinta pertama. Ini saya beritahu secara umum. 

"Hubungan saya dengan bekas isteri yang pertama sangat baik. Kami masih berkawan baik sehingga kini. Mungkin orang pun tak akan percaya. Kami terlalu akrab.

“Kadang-kadang perkara ini juga boleh mengganggu hubungan suami isteri. Tetapi bekas isteri saya yang pertama telah pun berkahwin lain dan mempunyai dua anak bersama suaminya," kongsinya. 

Kata Cat lagi, dia tidak menyimpan perasaan marah dalam hatinya dan menganggap semua yang berlaku adalah ketentuan ilahi. 

"Bekas isteri saya juga masih muda. Dan dia patut kecapi apa yang dia inginkan dalam hidup," katanya mengakhiri perbualan. - Getaran, 8 Februari 2023. 

Sorotan

1

Jangan Salahkan Media, Isu Perkauman Ini Ahli Politik Yang Mulakan!

2

Tambang Bas Sekolah: Jangan ‘Cekik Darah’, Ikut Tempoh Perkhidmatan, Adakan Perbincangan

3

Perkhidmatan Kesihatan Umum ‘Diketepikan’ Demi Perumahan Mewah? NGO Saran Adu Pihak Berkuasa

Disyorkan untuk anda

Muzik 1 hari yang lalu

Jay Jay Dan Ernie Zakri Jadi Pilihan Siti Nurhaliza Untuk Konsert Satu Suara Vol.3 

oleh Helmi Anuar

Filem & TV 1 hari yang lalu

Filem P. Ramlee Bawa Pengajaran Rentas Zaman

Selebriti 1 hari yang lalu

'Kami Bincang Elok-Elok' - Anna Jobling Nafi Dia Dan Meerqeen Bergaduh 

Anna Jobling juga mendedahkan dia bakal melebarkan kerjaya lakonannya di Indonesia selepas lebaran nanti. 

oleh Wafa Aula

Filem & TV 1 hari yang lalu

Pengkarya Harus Jaga Sensitiviti Dalam Karya Seni, Jangan Terlalu Ghairah Menyuntik Elemen Komersil – Fahmi Fadzil 

oleh Rubini Nagarajah