web statsweb stats

Berita Terkini

1 hari yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 hari yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Nak Duduk Dalam Bidang Seni, Kita Tak Boleh Kosong - Nasihat Aqasha Kepada Anak

Pelantun lagu Embun itu juga mendedahkan, jika mahu bertahan dalam industri seni, seseorang itu perlu memiliki jati diri dan bersedia menghadapi apa pun kritikan.

Selebriti Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 23 Nov 2022 6:00PM

Gambar dari Instagram @baizura5

oleh

Wafa Aula

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Mana tumpahnya kuah jika tidak ke nasi, begitulah yang boleh dikatakan apabila pelakon Aqasha mendedahkan anak lelakinya sudah mula menunjukkan kecenderungan terhadap muzik.

Sudah menempuhi asam garam dunia hiburan tanah air, Aqasha tidak menggalakkan dan tidak pula menghalang andai suatu masa nanti anak-anaknya iaitu Alehandra Ahmad dan Alaena Ayesha mahu serius mengikuti jejak langkahnya sebagai anak seni.

“Saya tak galakkan atau halang mereka ikut jejak langkah saya. Cuma saya sudah siapkan susur galurnya dan mereka tidak boleh keluar daripada laluan itu. Sebagai bapa, saya sudah pun bentuk mereka tentang muzik, persembahan apa yang perlu mereka tonton dan dengar.

“Tapi apa yang mereka berkenan itu terpulang kepada selera masing-masing. Sebagai ayah itu antara benda yang saya suka buat,” katanya ketika ditemui Getaran di majlis tayangan perdana siri original Viu bertajuk Hilang.

Pelantun lagu Embun itu juga mendedahkan, jika mahu bertahan dalam industri seni, seseorang itu perlu memiliki jati diri dan bersedia menghadapi apa pun kritikan yang bakal dilemparkan kepada mereka.

“Pada saya, di mana pun kita berada, apa yang penting adalah bagaimana kita membawa diri kita. Memang ada yang meragui masa depan jika berkecimpung dalam dunia seni. Namun sebenarnya saya berpendapat yang kita sendiri mempunyai daya untuk membentuknya.

“Untuk berada dalam bidang ini kita tidak boleh kosong. Kita kena ada jati diri dan bersedia menerima pelbagai kritikan. Jika kita tidak tahan, kita akan tarik diri.

“Orang akan cakap macam-macam. Mungkin kita berlakon keras atau tak pandai bernyanyi. Saya dah lalui semua itu. Apa yang buat saya bertahan ialah semangat dan usaha untuk memperbaiki kelemahan.

“Mereka (anak-anak) kena hala tuju dan kapasiti mereka. Kalau kita tak tahu, susah kita nak meletakkan diri kita di mana kita patut berada,” tambahnya.

Terkini, Aqasha memegang watak sebagai seorang guru agama bernama Yusof membongkar misteri kematian dan kehilangan penduduk di kampung halamannya di dalam siri drama bertajuk Hilang. 

Dengan kelebihan indera keenam, Yusof percaya pelaku yang mencetuskan misteri di kampung itu bukanlah datang dari dunia ini. - Getaran, 23 November 2022

Hilang ditayangkan menerusi platform Viu pada setiap Khamis jam 9.00 malam. - Getaran, 23 November 2022

Sorotan

1

8 Rumah Musnah, Kebakaran Awal Pagi Di Kuala Perlis 

2

Cubaan Jatuhkan Tok Min, Kerajaan Negeri Tak Boleh Diterima - Anwar

3

SPRM ‘Mengganas’ Lagi, 3 Tokoh Politik Bakal Didakwa Minggu Depan?

4

Diperdaya Sindiket Kerja Sambilan Dalam Talian, Suri Rumah Rugi Hampir RM100,000

5

Puteri Thailand Mangkat Selepas Komplikasi Kesihatan Berpanjangan

6

PAS Sahkan Pertemuan Dengan RESET Dan Hamzah, Butiran Lanjut Diumum Esok 

Disyorkan untuk anda

Selebriti 23 jam yang lalu

M Nasir Fail Saman Lebih RM5 Juta Terhadap Grab Malaysia

oleh Rahayu MN