web statsweb stats

Berita Terkini

1 hari yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 hari yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Bekas Kekasih Atau Tidak, Saya Tetap Sokong Niezam- Farisha Irish

Kehadiran penyanyi itu semasa majlis tayangan filem terbaru lakonan Niezam bertajuk Remp-It 2 semalam telah menyangkal spekulasi yang berlegar-legar dalam kalangan peminat. 

Selebriti Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 22 Nov 2022 5:02PM

Farisha Irish dan Niezam Zaidi - Gambar dari Instagram

oleh

Wafa Aula

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Gara-gara tampil di atas pentas dan mengaku putus cinta dengan jejaka bernama ‘N’ semasa konsert Raisa di Kuala Lumpur, penyanyi Farisha Irish terus dikatakan sedang mengalami fasa move on daripada pelakon Niezam Zaidi. 

Namun, kehadiran penyanyi itu semasa majlis tayangan filem terbaru lakonan Niezam bertajuk Remp-It 2 semalam telah menyangkal spekulasi yang berlegar-legar dalam kalangan peminat. 

“Sebenarnya alasan (putus cinta mahu bertaubat) itu tidak wujud pun. Ia alasan tiba-tiba yang saya berikan untuk bercakap dengan Raisa. Saya tak baca mesej Niezam, jadi Raisa ingat itu bekas kekasih saya dan tekan namanya untuk buat panggilan video,'' jelasnya kepada Getaran. 

Menjelaskan desas-desus yang berlegar, pelantun lagu Alasan Terindah itu menafikan dakwaan dia dan Niezam mempunyai hubungan istimewa. Setakat ini, masing-masing selesa bergelar teman rapat yang saling menyokong kerjaya satu sama lain. 

“Saya menafikan dakwaan mengatakan dia (Niezam) bekas kekasih saya. Dia bekas kekasih atau tidak, saya tetap sokong dia. Apa yang boleh saya katakan, Niezam adalah kawan saya yang paling rapat setakat ini, saya sentiasa ada di belakangnya. Alhamdulillah, saya sekarang sibuk dengan belajar. Kalau ada perkara baik saya akan kongsikan,” tambahnya.

Terdahulu, Farisha Iris membuat pengakuan terbuka menamatkan kisah cintanya dengan seorang jejaka bernama ‘N’ semasa konsert penyanyi Indonesia, Raisa.

Di atas pentas, Farisha membuat panggilan video kepada bekas kekasihnya yang bernama ‘N’ itu namun tidak diberangkat. 

Raisa kemudian meminta Farisha merakamkan video menyanyikan lagu 'Mantan Terindah' bersama-samanya untuk dikirimkan kepada bekas kekasihnya. - Getaran, 22 November 2022 

Sorotan

1

PRN Johor Dijangka Sengit, 10 Kerusi Panas Jadi Tumpuan

2

Malaysia Destinasi Akhir Pendatang Tanpa Izin Kerana Jaringan Keluarga

3

8 Rumah Musnah, Kebakaran Awal Pagi Di Kuala Perlis 

4

Cubaan Jatuhkan Tok Min, Kerajaan Negeri Tak Boleh Diterima - Anwar

5

SPRM ‘Mengganas’ Lagi, 3 Tokoh Politik Bakal Didakwa Minggu Depan?

6

PAS Sahkan Pertemuan Dengan RESET Dan Hamzah, Butiran Lanjut Diumum Esok 

Disyorkan untuk anda

Selebriti 1 hari yang lalu

M Nasir Fail Saman Lebih RM5 Juta Terhadap Grab Malaysia

oleh Rahayu MN