web statsweb stats

Berita Terkini

5 jam yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 5 jam yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Bila Muka Suaminya Dikatakan Iras Wajah Faizal Tahir, Ini Jawapan Yang Diberikan Nana Mahazan 

Menerusi ruangan komen, ramai yang mengatakan bahawa wajah Brian memiliki iras wajah penerbit, komposer dan penyanyi lelaki tersohor itu.

Selebriti Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 27 Oct 2022 9:59AM

Faizal Tahir (kiri) dan Mohamed Raqeem Brian. - Gambar dari Instagram Nana Mahazan

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Pengacara dan penyanyi, Nana Mahazan telah memuat naik sebuah hantaran gambar suaminya Mohamed Raqeem Brian dengan Faizal Tahir di Facebook baru-baru ini. 

Menerusi ruangan komen, ramai yang mengatakan bahawa wajah Brian memiliki iras wajah penerbit, komposer dan penyanyi lelaki tersohor itu.

Nana turut berkongsi hantaran yang sama di IG miliknya. Sekali lagi, dia mendapat komen yang serupa daripada netizen. 

Wajah Brian seiras wajah Faizal Tahir sehingga ada yang mengakui bahawa mereka kadangkala keliru bila melihat Brian. 

Namun bagi Nana sendiri, dia berasakan suaminya Mohamad Raqeem Brian lebih handsome berbanding Faizal Tahir. 

“Suami saya Mohamed Raqeem Brian, lagi hensem di mata sayalah. Dan sudah tentu FT lebih kensem di mata isterinya,” kata Nana sambil tertawa. 

Nana juga bertanyakan bahagian mana yang dikatakan sama atau seiras wajah Brian dengan Faizal Tahir? 

Mohamed Raqeem Brian dan Nana Mahazan.
Mohamed Raqeem Brian dan Nana Mahazan.

“Lepas tuh, korang cakap muka Brian macam muka saya. Habis tuh, saya dan FT pun sama kan?,” soalnya berlawak lagi.  

Tapi, sejujurnya wajah Nana Mahazan memang lebih iras dengan wajah Brian. Orang kata, suami isteri kalau mempunyai wajah seiras, mereka adalah pasangan yang sejuk dan serasi sangat. 

Semoga Nana dan Brian akan terus kekal bahagia dalam hubungan rumah tangga mereka. – Getaran, 27 Oktober 2022 

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Selebriti 1 hari yang lalu

Aghniny Terima Tawaran Filem Khadam Sebagai Penghargaan Buat Ibu