web statsweb stats

Berita Terkini

21 jam yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 21 jam yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Pengarah Berhentilah Memfitnah! – Ibu Wafariena Bakal Jumpa FDAM Esok

Pasukan krew stunt dan wardrobe juga hairan mengapa Wafariena dipaksa melakonkan aksi lagak ngeri yang berisiko itu.

Selebriti Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 19 Oct 2022 9:12PM

Wafariena Roslan - Gambar dari Instagram

oleh

Wafa Aula

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Ibu kepada pelakon Wafariena Roslan, Suzana Hamad amat kecewa dengan kenyataan yang diberikan pengarah Khairi Azm kononnya dia telah mendapat persetujuan anaknya untuk melakukan aksi lagak ngeri sewaktu menjayakan penggambaran supertele, Mata Tak Berhijab. 

Suzana yang juga pengurus Wafariena menjelasnya, anaknya memang pernah menyatakan persetujuan untuk melakukan dua babak aksi ringan seperti yang dibincang bersama ketua pelakon lagak ngeri. 

Namun babak aksi lagak ngeri yang diminta pengarah pada malam syuting berkenaan tidak ada dalam persetujuan dan perbincangan.

Suzana Hamad (kiri) dan anaknya, Wafariena Roslan.
Suzana Hamad (kiri) dan anaknya, Wafariena Roslan.

“Memang Wafariena ada menerima taklimat dan sudah membuat persetujuan untuk melakonkan dua babak aksi ringan. 

“Ketua stunt pun cakap dua babak itu tiada masalah untuk dilakukan pelakon.  Namun babak aksi yang dilakukan pada malam kejadian bukan atas persetujuan anak saya dan ia tiada dalam perbincangan dari awal pun. 

“Bayangkan semasa penggambaran, pihak wardrobe juga sudah dimaklumkan babak itu akan menggunakan khidmat stunt. 

“Sebab itu mereka sediakan dua baju iaitu satu untuk anak saya dan satu untuk stunt. Stunt juga sudah cakap yang artis tidak boleh buat babak itu kerana berbahaya dan memang perlukan kepakaran pihak stunt.

“Pada malam berkenaan pun pihak stunt sudah bersedia dan berada di set, mengapa pengarah tidak gunakan khidmat mereka?

“Jadi bila dia kata sudah maklumkan dan dapatkan persetujuan anak saya untuk buat aksi itu, ia fitnah. 

“Saya ada rakaman keadaan anak saya yang sudah lemah pada malam itu dan saksi-saksi yang boleh membantu saya. 

“Bayangkan seorang pelakon perempuan boleh dibiarkan buat babak tercampak seperti itu 13 kali?,” kata Suzana ketika dihubungi Getaran.  

Bukan itu sahaja, sehingga hari ini, pengarah supertele itu tidak pernah sekali pun bertanya khabar apalagi melawat keadaan Wafariena semasa di hospital. 

“Malam itu, pihak kru cakap keadaan anak saya sudah lemah. Mereka minta bawa ke klinik. Bila kereta sampai semua tolong papah dan angkat Wafariena tapi pengarah duduk sahaja. 

“Selepas anak saya dimasukkan ke hospital, satu set datang turun melawat dan bertanya khabar keadaan anak saya. Tapi mengapa dia, seorang pengarah tidak pernah sekali pun bertanya keadaan anak saya?” katanya lagi. 

Maklum dengan arahan Persatuan Pengarah Filem Malaysia (FDAM), Dr Ahmad Ibrahim yang meminta pihaknya bersua muka, Suzana dan Wafriena bakal bertemu mereka, esok untuk bercerita lanjut mengenai insiden yang berlaku dalam penggambaran aksi lagak ngeri tersebut.

“Saya  maklum dia mahu bertemu muka berbincang tentang isu ini. Esok saya akan bertemu pihak Persatuan Pengarah Filem Malaysia FDAM untuk bongkarkan apa yang terjadi.

“Saya sebenarnya sedang tunggu keadaan Wafariena sembuh sedikit asal sudah boleh bergerak. Saya mahu keadilan diberikan kepada anak saya dan kalau boleh pengarah ini juga harus diambil tindakan,” jelasnya lagi.

Terdahulu, Wafariena mengalami kecederaan pada bahagian punggung dan perut serta pendarahan selepas dipaksa melakonkan babak aksi lagak ngeri oleh seorang pengarah. Dia sempat dirawat di hospital selama lima hari sebelum dibenarkan keluar wad pada minggu lalu. - Getaran, 19 Oktober 2022

Sorotan

1

Diperdaya Sindiket Kerja Sambilan Dalam Talian, Suri Rumah Rugi Hampir RM100,000

2

Puteri Thailand Mangkat Selepas Komplikasi Kesihatan Berpanjangan

3

Mengapa Ramai Rasa Letih Walaupun Cukup Tidur? Jadual Tidur Mungkin Bukan Jawapan

4

PAS Sahkan Pertemuan Dengan RESET Dan Hamzah, Butiran Lanjut Diumum Esok 

5

PRN Johor 11 Julai, PRN Negeri Sembilan 1 Ogos - SPR

6

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

Disyorkan untuk anda

Selebriti 15 jam yang lalu

M Nasir Fail Saman Lebih RM5 Juta Terhadap Grab Malaysia

oleh Rahayu MN

Selebriti 1 hari yang lalu

Aghniny Terima Tawaran Filem Khadam Sebagai Penghargaan Buat Ibu

Aghniny yang membuat penampilan sulung dalam filem Malaysia menerusi watak Melor, berkata tema keibuan yang diangkat dalam filem itu mempunyai kaitan rapat deng...