Berita Terkini

1 minggu yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 1 minggu yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut 2 minggu yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 3 minggu yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 3 minggu yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok.

IKUTI KAMI


Berhenti Mempolitikkan Hiburan

Rencana Dikemaskini 3 minggu yang lalu · Diterbitkan pada 12 Apr 2024 8:41PM

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Seorang penganjur konsert terkemuka mendesak semua pihak untuk tidak mempolitikkan rancangan hiburan dan memastikan sebarang perbalahan mengenai kaum dan agama dikurangkan, kerana kontroversi di sebalik isu tersebut boleh merosakkan ekonomi negara.

Ketua Pegawai Eksekutif LOL Asia, Rizal Kamal, berkata industry hiburan kini terjejas teruk akibat perbuatan mempolitikkan bidang itu, menyebabkan ia kurang berkesan bersaing dengan negara lain di Rantau ini.

“Saya fikir, kita perlu mengasingkan politik daripada hiburan, terutama jika artis terbabit mematuhi asas kesopanan dan mempunyai moral yang kuat.

“Kita tidak sepatutnya bersikap terlebih konservatif di sebuah negara yang dibina atas kesederhanaan dan toleransi,” katanya dalam satu temubual.

Beliau berkata, usaha untuk memancing artis antarabangsa ke negara ini adalah sangat kompetitif.

Katanya, jika Malaysia berdepan halangan sebeguni, negara jiran seperti Singapura dan Thailand serta Indonesia akan melonjak ke hadapan untuk memenuhi permintaan untuk rancangan hiburan.

“Ia berikutan, pemegang taruh industri ini menyedari kesan bergandanya terhadap ekonomi. Ketika ini, kita berdepan dengan kerugian berjuta-juta sama ada daripada artis yang menarik diri atau mengelakkan publisiti buruk yang dikaitkan dengan mereka,” katanya.

Menurut data yang dikongsikan Rizal, pasaran industri persembahan secara langsung global bernilai USD$652.6 bilion pada 2022 dan ia diunjurkan mencecah USD$1.2 trilion menjelang 2032.

Ia membabitkan kadar pertumbuhan tahunan kompaun sebanyak 5.9 peratus dari tahun ini hingga 2032.

Beliau berkata, persembahan secara langsung dan konsert di Malaysia dianggarkan menjana sebanyak RM2.5 bilion setiap tahun, biarpun berdepan dengan sekatan yang dikenakan terhadap penganjur.

Jumlah sedemikian, katanya, mendorong Singapura untuk bersedia melaburkan jutaan dolar untuk meletakkan negara itu sebagai destinasi pilihan bagi persembahan artis ternama.

Penganjur tempatan berkemungkinan terpaksa melupakan perancangan mereka untuk membawa masuk artis ternama dunia, susulan perdebatan mengenai konsert Taylor Swift di Singapura serta desakan PAS untuk konsert artis luar diharamkan.

Rizal berkata, walaupun Malaysia pernah menjadi destinasi pilihan untuk persembahan artis antarabangsa sebelum ini, daya tarikan negara sebagai sebuah negara yang sederhana dan bertolak ansur semakin hilang akibat tindakan segelintir golongan radikal.

Katanya, beliau percaya bukan semua penduduk beragama Islam yang bersetuju dengan tindakan ekstrim untuk mengharamkan konsert, sebaliknya ia pendirian mereka yang senada dengan PAS.

“Namun mereka bersikap mementingkan diri. Bertekad untuk merosakkan ekonomi hanya untuk menarik undi. Jika ahli politik ini boleh memastikan rakyat mendapat pekerjaan yang bagus dan berupaya menangani peningkatan kos hidup, mungkin mereka boleh bertolak ansur,” katanya.

Bagaimanapun, beliau berkata, jika negara ini terpaksa menanggung kerugian akibat kehendak segelintir puak radikal, sudah tiba masanya untuk majoriti senyap termasuk penganjur konsert untuk bersuara.

Rizal yang juga Presiden Persatuan Penggiat Festival Antarabangsa (ALIFE), berkata beliau membesar di Johor, dalam komuniti umat Islam di negeri itu cenderung menghantar anak-anak mereka ke sekolah agama.

“Saya sendiri belajar di sekolah agama. Kami diajar dari awal lagi mengenai keharmonian dalam Islam dan bagaimana kitab oleh hidup bersama dengan orang lain kerana kita bersikap bertoleransi dan bersederhana.

“Pembabitan saya dalam konsert tidak bermakna iman saya cetek. Seharusnya tidak ada tekanan rakan sebaya dikenakan kepada mereka yang bercakap tentang kesederhanaan dan pluralisme,” katanya.

Beliau berkata, hanya ahli politik yang mahu mencetuskan permusuhan dengan mengorbankan hasrat majoriti, yang hanya mahu mencari rezeki yang halal.

Rizal pernah membawa pelawak Singapura, Kumar untuk beraksi di Malaysia dan mendapat sambutan baik.
Rizal pernah membawa pelawak Singapura, Kumar untuk beraksi di Malaysia dan mendapat sambutan baik.

Pada masa sama, beliau berkata, rakyat Malaysia kini lebih gemar melanggan rancangan komedi, berdasarkan kepada sambutan yang diterima oleh acara membabitkan Kumar (pelawak Singapura) dan Joanne Kam Poh Poh.

Ia mencerminkan selera rakyat Malaysia lebih halus dan bersedia meneroka pelbagai jenis hiburan asalkan ia berkualiti. – The Vibes, 12 April 2024

Sorotan

1

Mangsa Skim Pelaburan Penipuan Berisiko Hilang Hak Untuk Pulih Kerugian – JSJK

2

SPRM Terima Beribu-ribu Dokumen Semasa Siasatan Kes 1MDB – Pegawai Penyiasat

3

Malaysia Berdepan 30,000 Kekurangan Jurutera, Perlu Tampung Dengan TVET

4

Kerajaan Kelantan Ucap Terima Kasih Kepada PM

5

KESUMA Sambut Baik Penyediaan Dana Latihan RM30 Juta

6

Kerajaan Akan Terus Pantau Kadar Inflasi Susulan Kenaikan Gaji Penjawat Awam - PM

Disyorkan untuk anda

Rencana 1 hari yang lalu

Pencabulan Bahasa Dalam Iklan Jadi Norma Yang Sukar Dibetulkan