Berita Terkini

3 hari yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 4 hari yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut 1 minggu yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 2 minggu yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 2 minggu yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok.

IKUTI KAMI


10 Tip Puasa Untuk Ibu Hamil Dan Hukum Berpuasa

Berpuasa juga bermanfaat kepada ibu-ibu yang hamil, antaranya dapat menurunkan risiko serangan jantung dan penyakit pembuluh darah.

Rencana Dikemaskini 1 bulan yang lalu · Diterbitkan pada 10 Mar 2024 9:40AM

oleh

Rahayu MN

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Berpuasa ketika hamil antara perkara yang agak sukar untuk dilakukan oleh ibu hamil. Ini kerana ramai yang bimbang ia akan menjejaskan keselamatan dan kesihatan bayi di dalam kandungan.

Dek kerana itu ramai yang mengambil keputusan untuk tidak berpuasa dan menggantikan puasa itu di lain masa.

Sebenarnya berpuasa juga punya manfaat kepada ibu-ibu yang hamil. Antaranya ia dapat menurunkan risiko serangan jantung dan penyakit pembuluh darah.

Ini kerana ketika berpuasa, tubuh badan akan menambah sel darah putih. Paling penting, penurunan glukosa (gula) dalam darah boleh mencegah masalah obesiti dan diabetes yang sering dialami oleh ibu hamil.

Jom semak tip berpuasa untuk ibu hamil yang boleh dijadikan panduan.

1) Ketika berbuka, mulakan dengan makanan yang manis seperti buah kurma. Selain dapat mengembalikan tenaga yang telah hilang, makanan manis dapat menstabilkan kandungan gula di dalam darah.

Kurma adalah pilihan terbaik ketika berbuka puasa.
Kurma adalah pilihan terbaik ketika berbuka puasa.

2) Pilih karbohidrat kompleks. Contohnya beras perang, roti gandum, pasta gandum, oatmeal, dan kekacang.

3) Jangan makan dengan rakus biarpun nafsu makan membuak-buak. Lebih baik makan sedikit-sedikit dan Solat Maghrib terlebih dahulu. Selepas 30 minit barulah menikmati hidangan yang masih ingin dimakan.

4) Ketika sahur, elakkan makanan dan minuman manis. Ini bertujuan supaya anda tidak mudah haus dan lapar ketika berpuasa di siang hari.

Elakkan makan makanan manis ketika sahur.
Elakkan makan makanan manis ketika sahur.

5) Elakkan juga makanan pedas ketika bersahur. Ini kerana makanan ini memang tidak dianjurkan untuk ibu hamil kerana ia boleh memicu kontraksi.

 6) Banyakkan pengambilan buah-buahan segar dan sayuran untuk memastikan sistem pencernaan tidak bermasalah.

7) Ambil protein ketika berbuka puasa dan bersahur. Ini kerana protein mampu memberi rasa kenyang yang lebih lama.

8) Minum susu ketika sahur kerana susu dapat menambah energi.

9) Untuk mencegah janin kekurangan vitamin dan nutrisi penting selama ibu berpuasa, ambil vitamin tambahan. Ada beberapa zat penting yang diperlukan saat kehamilan, di antaranya asid folik, kalsium, dan zat besi.

10)  Hal terakhir yang paling penting adalah mengambil atau minum banyak air bagi memastikan saat berpuasa tidak dehidrasi dan kekal bertenaga sehingga berbuka.

Banyakkan minum air ketika sahur untuk mengelakkan dehidrasi sepanjang berpuasa.
Banyakkan minum air ketika sahur untuk mengelakkan dehidrasi sepanjang berpuasa.

Hukum berpuasa bagi ibu hamil

Berpuasa di bulan Ramadan adalah salah satu daripada rukun Islam yang diwajibkan kepada setiap umat Islam yang cukup segala syarat untuk berpuasa iaitu dia mestilah beragama Islam, baligh, berakal, sihat tubuh badan dan tidak bermusafir.

Bagaimanapun untuk ibu-ibu yang hamil, adalah diharuskan baginya berbuka puasa jika bimbang atau ia boleh memudaratkan diri sendiri atau anak dalam kandungan. Tetapi, ibu harus mengganti atau qada puasa jika apabila kembali sihat.

Firman Allah Taala dalam Surah al-Baqarah, ayat 184:

فَمَنْ كَانَ مِنْكُمْ مَرِيضًا أَوْ عَلَى سَفَرٍ فَعِدَّةٌ مِنْ أَيَّامٍ أُخَرَ

Ertinya: “Maka sesiapa di antara kamu yang sakit, atau dalam keadaan musafir (maka bolehlah ia berbuka), kemudian wajiblah dia berpuasa mengqadha (sebanyak hari yang dibuka) itu pada hari-hari yang lain.”

Dalam situasi berbeza, ibu juga wajib qada puasa dan mengeluarkan fidyah sebanyak satu cupak  bagi puasa yang ditinggalkan seandainya dia hanya bimbangkan keselamatan anak dalam kandungan.

Firman Allah Taala dalam surah Al-Baqarah, ayat 184:

وَعَلَى الَّذِينَ يُطِيقُونَهُ فِدْيَةٌ طَعَامُ مِسْكِين

Ertinya: “Dan wajib ke atas orang-orang yang tidak terdaya untuk berpuasa (kerana tua dan sebagainya) membayar fidyah iaitu member makan kepada orang miskin.”

Kesimpulannya, wanita hamil juga diwajibkan berpuasa. Namun hukum syarak memberi keizinan untuk berbuka sekiranya ia boleh mendatangkan masalah kepada ibu dan juga kandungan. – Getaran, 10 Mac 2024

Foto : Unsplash

Sorotan

1

Kempen PRK KKB: Semua Pihak Diingatkan Tidak Sentuh Isu 3R - Fahmi

2

Genting Malaysia Nafi Babit Bincang Mengenai Kasino Di Forest City

3

Akta Laut Wilayah Masih Sah, Terpakai Termasuk Di Terengganu - PMO

4

PM Akan Hadir Forum Ekonomi Dunia Di Riyadh Dalam Lawatan Kerja

5

Kemenangan Ke Atas Hong Kong Lonjak Keyakinan Kem Perseorangan - Jun Hao

6

Misi Gaza Freedom Flotilla Ditangguhkan, Peserta Dinasihat Pulang - Ann Wright

7

Kerajaan Tidak Bercadang Gantung Sementara Perkhidmatan Helikopter Jenis Fennec, HOM

Disyorkan untuk anda

Rencana 1 hari yang lalu

Haiwan Peliharaan Atau Terbiar Juga Boleh Diserang Strok Haba

Rencana 15 jam yang lalu

Harta Intelek: Ada Kesedaran Tapi Masih Ada Yang Suka Curi Dan Ciplak