Berita Terkini

2 hari yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 3 hari yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut 1 minggu yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 2 minggu yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 2 minggu yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok.

IKUTI KAMI


Gerobok Rezeki Bantu Golongan Asnaf

Rencana Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 20 Feb 2021 11:00AM

Antara penerima sumbangan Gerobok Rezeki di Masjid Al-Alami MITC di Ayer Keroh. - Gambar dari Facebook

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

MELAKA - Prihatin dengan kesukaran orang ramai meneruskan kelangsungan hidup ketika pandemik COVID-19, pengurusan Masjid Al-Alami MITC di Ayer Keroh di sini, tampil dengan Program Gerobok Rezeki yang menyediakan barangan makanan kepada individu yang memerlukan.

Penyelia Program Gerobok Rezeki yang juga bilal Masjid Al-Alami MITC, Muhammad Al-Azi Abd Ghani berkata program itu dimulakan sejak Disember lepas dengan orang ramai hanya perlu mengemukakan kad pengenalan kepada pengawal keselamatan bertugas untuk direkodkan sebagai penerima sumbangan.

"Ketika ini, kita menerima sumbangan berupa makanan dan keperluan asas seperti beras, minyak masak, gula, kicap dan sebagainya daripada pihak yang bermurah hati untuk menginfakkan sedekah.

"Mana-mana individu yang memerlukan bantuan boleh datang ke masjid ini dan mengambil barangan keperluan yang diperlukan mereka," katanya ketika ditemui Bernama.

Beliau berkata Program Gerobok Rezeki dibuka dari 8 pagi hingga 6 petang setiap hari dan pihaknya tidak menetapkan sebarang syarat memandangkan masjid berkenaan di bawah tanggungjawab kerajaan negeri.

"Program ini tidak tertumpu kepada kariah masjid atau anak mukim sekitar Ayer Keroh ini sahaja tetapi juga mana-mana individu yang mengalami masalah keperluan harian boleh datang berjumpa kami," katanya.

Orang ramai yang ingin menghulurkan bantuan dan juga sumbangan boleh menghubungi Muhammad Al-Azi di talian 017-630 8117 untuk maklumat lanjut. - Bernama

Sorotan

1

Anak MB Perlis, 4 Yang Lain Dilepas Dengan Jaminan SPRM

2

Pemilik Stesen Minyak Diminta Lapor KPDN Jika Diancam Sindiket

3

Najib Diberi Peluang Jelaskan Mengenai Dokumen 1MDB Ketika Disoal Siasat - Pegawai SPRM

4

Elak Ketirisan, Perkukuh Tatakelola, Boleh Beri Upah Lumayan Kepada Pekerja - PM

5

5 Laluan Ditutup Sementara Sempena Hari Penamaan Calon PRK KKB Esok

6

Misi Pelayaran Ke Gaza Ditangguhkan Berikutan Tekanan Rejim Zionis - FFC

7

Najib Tak Pernah Arah Pengurusan 1MDB Pindah US$1.03 Bilion Kepada Syarikat Jho Low – Saksi

Disyorkan untuk anda

Rencana 12 jam yang lalu

Haiwan Peliharaan Atau Terbiar Juga Boleh Diserang Strok Haba