Berita Terkini

2 hari yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 3 hari yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut 1 minggu yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 1 minggu yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 2 minggu yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok.

IKUTI KAMI


Deja Moss Akui Air Matanya Banyak Kali Tumpah Kerana 'Hidupku Takdirku '

Buku 'Hidupku Takdirku' yang ditulis sendiri Deja Moss menyingkap pelbagai kisah bermula daripada jatuh bangunnya sebagai anak seni, kegagalan rumahtangganya yang pertama, perniagaan kek lapis ditutup, penyakit misteri dan masalah depresi yang dihadapinya.

Refleksi Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 09 Jul 2021 2:42PM

oleh

Ellyna Ali

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Penyanyi yang juga usahawan kek lapis Sarawak, Deja Moss menyatakan bahawa pengalaman menulis buku autobiografinya 'Hidupku Takdirku' adalah suatu proses yang penuh mencabar buat dirinya. 

“Saya tidak tahu berapa banyak kali air mata saya tumpah. Lebih-lebih lagi apabila saya menulis tentang pengalaman hidup yang menyedihkan. 

“Sampaikan suami saya memberitahu saya bahawa dia tidak mahu membaca buku saya ini kerana saya terlalu banyak menangis,” katanya kepada portal Getaran. 

Deja Moss atau nama sebenarnya, Sharifah Hadijah Wan Mos, 47, telah pun mendirikan rumahtangga buat kali kedua dengan seorang ahli perniagaan berketurunan Amerika Syria, Maher Khani pada Jun 2010 di Chicago, Amerika Syarikat. 

Selepas berkahwin dengan ahli perniagaan tersebut, Deja Mos mengikuti suaminya untuk menetap di Chicago. 

“Rangka buku ini saya tulis waktu saya berada di sana dan suami saya melihat sendiri bagaimana proses saya menulis buku ini. 

“Kemudian saya kembali ke Malaysia sebelum bermulanya PKP yang pertama. Saya pulang selama sebulan dan belum sempat saya terbang ke Chicago semula, pihak kerajaan telah melaksanakan Perinah Kawalan Pergerakan (PKP) yang pertama pada Mac tahun lalu. 

“Sejak itu, saya terpisah dengan suami dan tidak dapat pulang. Namun, masa yang terluang berada di Malaysia ini saya gunakan untuk menyiapkan projek buku autobiografi ini termasuklah menguruskan hal-hal berkaitan dengan cetakan dan bekerjasama dengan pereka grafik untuk menyiapkan ilustrasi kulit buku ini,” katanya lagi. 

Deja Moss juga mengakui bersyukur kerana projek buku autobiografinya itu turut dibantu pasukan yang melakukan promosi dan pemasaran. 

'Hidupku Takdirku' yang ditulis sendiri Deja tanpa bantuan daripada mana-mana penulis upahan atau ghostwriter adalah sebuah buku autobiografi yang menyingkap perjalanannya sebagai anak seni dan jatuh bangunnya di dalam industri muzik tanah air. 

Termasuklah, catatan kejayaannya melakar sejarah sebagai anak Sarawak pertama mewakili negara dalam pertandingan Festival Muzik Asia 2005, sekali gus merangkul anugerah Penyanyi Terbaik Asia.

Buku autobiografinya ini juga turut memuatkan kisah mengenai kegagalan rumahtangganya yang pertama dan mengapa perniagaan kek lapis Sarawak yang diusahakannya selama 10 tahun terpaksa ditutup selepas ia berjaya menembusi pasaran Paris, Dubai, London Singapura dan Brunei Darrussalam. 

Malah, ia turut membongkar masalah depresi hingga dia terpaksa bergantung dengan ubat dan bagaimana dia bangkit daripada  sakit misteri yang  hampir meragut nyawa

Sambung Deja lagi, buku ini sebetulnya memiliki bahagian pertama dan bahagian kedua.  

“Buat masa ini kita menjual dulu 'Hidupku Takdirku' Bahagian Pertama. Harganya mampu beli. Cuma RM39.90 sahaja kerana saya tidak mahu bebankan pembeli. 

“Dalam Hidupku Takdirku Bahagian Pertama adalah singkapan terhadap kejadian-kejadian yang berlaku di dalam kehidupan peribadi dan sebagai anak seni. 

“Tapi dalam bahagian kedua, saya akan menyingkap dengan lebih mendalam lagi tentang segala perkara yang saya sentuh di bahagian pertama.

“Alhamdullilah sejak diluncurkan di pasaran menerusi cara dalam talian sejak 2 Jun lalu, buku ini telah terjual sebanyak 60 hingga 70 naskhah sehari. Saya pun tak sangka, “katanya. 

Jelas Deja lagi, dia menghasilkan buku itu sebagai suatu inspirasi untuk seseorang bangkit semula di dalam hidup kita dan bagaimana kita harus mencintai diri kita sendiri. 

“Waktu saya terumbang-ambing, ada di kalangan peminat yang cukup ambil berat. Mereka tahu apa yang saya lalui. Ada di antara mereka yang turut lalui perkara yang sama seperti saya. 

“Tapi, mereka juga terkejut bagaimana saya mampu bangkit semula dan apa yang perlu saya sentuh di sini ialah tiada siapa yang boleh mengubah nasib kita kecuali diri kita sendiri,” katanya yang bakal pulang semula ke Chicago dalam waktu terdekat untuk kembali bersama suaminya.

Buku fizikal 'Hidupku Takdirku' boleh didapati di Shopee atau boleh dibeli terus di pejabat DHL service point bersebelahan KLCC atau membelinya menerusi laman web www.dejamoss.com

Berita Berkaitan

1

Gaya 7 bulan yang lalu

Buku ‘Terokai Kejayaan Anak Tempatan’ Sempena Merdeka

2

Semasa 9 bulan yang lalu

Selepas Ular, 6,850 Kura-Kura Hidup Dirampas Dari Bagasi Penumpang AirAsia Ke India

3

TARA 10 bulan yang lalu

Hidup Ini Satu Pengorbanan, Jadi Jangan Mengeluh

4

Selebriti 10 bulan yang lalu

'Puteri Sarah: Terus Melangkah' Naskhah Kisah Hidup, Bukan Untuk Buka Aib Orang Lain – Puteri Sarah

Sorotan

1

Pemangku Ketua Bahagian BERSATU  Calon PN Untuk PRK KKB

2

Najib Tak Pernah Arah Pengurusan 1MDB Pindah US$1.03 Bilion Kepada Syarikat Jho Low – Saksi

3

Keperluan Teliti SOP Latihan Udara Bergantung Laporan Siasatan – Khaled

4

Norjuma Didakwa Cederakan 3 Individu, Berbuat Khianat

5

Pengebumian Joanna Diiringi Tangisan Anaknya

6

Tragedi Helikopter TLDM : Jasad Mendiang Joanna Felicia Dikebumikan Di Serian Pagi Ini