Berita Terkini

3 jam yang lalu: PDRM terima laporan dakwaan PM sebagai ejen Israel 3 jam yang lalu: PM tuntut ahli parlimen Baling mohon maaf 5 jam yang lalu: Lebih 200 aduan terhadap penilai insurans kemuka tuntuan palsu 6 jam yang lalu: Syarikat penerbangan digesa tawar tambang berpatutan ke Sarawak menjelang sambutan perayaan 6 jam yang lalu: Lagi perutusan tahniah untuk Anwar, termasuk daripada diplomat Arab di Kuala Lumpur

IKUTI KAMI


Cara Rasulullah SAW Mengurus Masyarakat Majmuk Di Madinah

Peristiwa penghijrahan Nabi Muhammad SAW dari Mekah ke Madinah telah membuka lembaran baru dan cara hidup kepada masyarakat Madinah. Piagam Madinah telah digubal untuk mengurus dan membina hubungan baik dalam masyarakat majmuk.

Refleksi Dikemaskini 1 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 09 Jul 2021 8:57AM

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Sejarah Madinah membuktikan bahawa Islam berjaya mengurus masyarakat majmuk sehingga membawa kekuatan kepada Madinah. Perbezaan agama, kepercayaan, warna kulit, suku kaum, adab resam dan budaya ditangani dengan berhikmah oleh Baginda SAW. 

Peristiwa penghijrahan Nabi Muhammad SAW dari Mekah ke Madinah telah membuka lembaran baru dan cara hidup kepada masyarakat Madinah. Nabi Muhammad SAW selaku ketua negara telah mengubal Piagam Madinah yang bertujuan mengurus dan membina hubungan baik dalam masyarakat majmuk. 

Penduduk Madinah ketika itu terdiri daripada pelbagai kaum, suku dan puak seperti kaum Arab terdiri daripada suku Aus dan Khazraj yang merupakan imigran dari Arab Selatan serta suku Arab lain pula menetap di Madinah. 

Manakala, kaum Yahudi yang menganut ajaran Nabi Musa a.s. dianggarkan berjumlah 20 suku dan suku yang terkenal ialah Bani Quraizah, Bani Nadhir dan Bani Qainuqa’. Masyarakat Madinah mempunyai cara hidup tersendiri dan mempunyai ikatan sosial yang terpisah daripada satu kelompok dengan kelompok yang lain. 

Penghijrahan ini mengubah komposisi penduduk Madinah menjadi tiga kelompok besar iaitu kaum Arab Mekah, kaum Arab Madinah dan Yahudi. Kaum Arab Mekah yang beragama Islam merupakan kaum pendatang dikenali sebagai Muhajirin manakala kaum Arab Madinah yang menganut Islam dikenali sebagai Ansar. 

Gambar: Boim, Unsplash
Gambar: Boim, Unsplash

Di Madinah, Baginda SAW telah melakukan perubahan penting untuk menstruktur semula masyarakat baru tersebut. 

Antara langkah-langkah yang dilakukan Baginda SAW adalah seperti mendirikan masjid. Masjid Quba’ merupakan masjid pertama yang telah dibina oleh Rasulullah SAW. Masjid ini dibina sewaktu persinggahan Rasulullah SAW di Quba’ pada 8 Rabiulawal sebelum tiba di Madinah. 

Masjid An-Nabawi merupakan masjid kedua yang dibina dalam sejarah Islam. Masjid ini bukan sahaja digunakan untuk beribadat malah menjadi tempat perbincangan, pusat pentadbiran, pusat pengajian, kegiatan sosial dan aktiviti-aktiviti lain. 

Seterusnya, Baginda SAW mempersaudarakan masyarakat Islam supaya saling membantu dan mempunyai ikatan persaudaraan Islam yang kukuh. Persaudaraan yang dilakukan oleh Rasulullah SAW merangkumi persaudaraan antara golongan Ansar dengan Muhajirin dan Muhajirin sesama Muhajirin.

Persaudaraan Muhajirin terdiri daripada seseorang yang berkedudukan tinggi dengan seorang yang lebih rendah kedudukannya. Hal ini bertujuan menghapuskan jurang perbezaan yang menjadi amalan masyarakat Quraisy jahiliah dalam menentukan darjat yang berbeza-beza dalam setiap suku kaum. 

Di samping itu, persaudaraan dalam kalangan golongan Ansar terdiri daripada suku kaum Aus dan Khazraj.

Langkah ke tiga, pembentukan Piagam Madinah iaitu perjanjian antara masyarakat Islam dengan bukan Islam.

Madinah terdiri daripada masyarakat majmuk yang memerlukan sebuah perjanjian untuk membina hubungan yang baik dalam masyarakat.  Oleh itu, Baginda SAW menggariskan beberapa perkara yang perlu diberi keutamaan.

Hal tersebut adalah mengariskan hak dan tanggungjawab masyarakat Islam serta penduduk tempatan Madinah, memuliakan masyarakat Islam yang berhijrah, persefahaman dengan masyarakat bukan Islam terutama kaum Yahudi, penyusunan sistem politik dan pertahanan Madinah dan bayaran pampasan terhadap kerugian, kehilangan nyawa dan harta yang dialami oleh golongan Muhajirin angkara kaum Quraisy Mekah.

Gambar: Adli Wahid, Unsplash
Gambar: Adli Wahid, Unsplash

Baginda SAW telah menulis Piagam Madinah yang menerangkan perhubungan golongan Muhajirin dan Ansar serta perjanjian dengan kaum Yahudi. Perjanjian ini menggariskan peranan dan kewajipan setiap kelompok masyarakat dalam mempertahankan negara. 

Misalnya, suku kaum Yahudi sebagaimana termaktub dalam Piagam Madinah ialah Bani ‘Auf, Bani al-Najjar, Bani al-Harith, Bani Saidah, Bani Jusyaim, Bani al-Aus, Bani Tha’labah, Bani Jafnah dan Bani Shutaibah.

Manakala, masyarakat Islam dari Madinah terdiri daripada Bani Auf, Bani al-Harith, Bani Sa’idah, Bani Jusyam, Bani al-Najjar, Bani ‘Amru bin ‘Auf, Bani al-Nabiet dan Bani Aus.

Piagam ini merupakan model yang dimanifestasi daripada al-Qur’an kemudian diterjemahkan dalam realiti kehidupan. Oleh sebab itu, piagam ini bercirikan pemerintahan yang komprehensif yang memenuhi kehendak masyarakat majmuk. 

Hal ini berikutan Rasulullah SAW mengiktiraf masyarakat Islam dan bukan Islam sebagai warganegara melalui konsep ummah.

Rasulullah SAW meletakkan konsep ummah dalam Fasal 2 iaitu “bahawa mereka adalah satu ummah (bangsa/ nation) berbeza daripada manusia-manusia lain”.

Fasal 25 pula menjelaskan bahawa, “Kaum Yahudi daripada Bani ‘Auf adalah satu ummah bersama orang mukmin. Mereka bebas dengan agama mereka sendiri. Orang Islam dengan agama mereka, begitu juga orang yang bersekutu dengan mereka serta begitu juga diri mereka sendiri. Melainkan sesiapa yang zalim dan berbuat dosa. Maka, hal itu tidak akan menimpa melainkan dirinya dan keluarganya sendiri.”

Fasal 25 hingga 34, suku kaum Yahudi disebut satu persatu bagi menjelaskan kedudukan mereka sebagai satu ummah bersama-sama masyarakat Islam. 

Pelaksanaan konsep ummah berjaya menghapuskan sistem kasta yang merosakkan sistem masyarakat. Namun begitu, terdapat tiga suku kaum utama Yahudi iaitu Bani Quraizah, Bani Nadhir dan Bani Qainuqa’ telah melanggar perjanjian dan diusir dari Madinah. 

Bani Qainuqa’ telah melakukan pengkhianatan pertama terhadap masyarakat Islam dan melanggar syarat perjanjian sehingga hubungan kerjasama terbatal. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Politik 4 hari yang lalu

DAP Disaran Minta Maaf Kepada Umat Islam, Orang Melayu, ‘Jika Enggan…’

2

TARA 1 minggu yang lalu

AirAsia X  Sambung Kembali Penerbangan Ke Jeddah, Gerbang Utama Ke Kota Suci Makkah

3

Selebriti 1 minggu yang lalu

Siapa Pun Yang Memerintah Negara, Lakukan Perubahan Yang Baik - Norman Hakim, Siti Saleha, Yonniboii 

4

Semasa 1 bulan yang lalu

Hati-Hati Gayakan Fesyen Bollywood, Jangan Sampai Tersasar - Dr  Malar

Sorotan

1

Nurul Izzah Positif COVID-19, Mohon Maaf Tidak Dapat Sertai Majlis Kesyukuran

2

Indra, Zii Jia Berpisah

3

SME Corp Perkasa PKS Menerusi Anugerah E50

Disyorkan untuk anda

Teknovasi 5 jam yang lalu

Apple Ancam Keluarkan Twitter Daripada App Store, Kata Elon Musk