Berita Terkini

20 jam yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 1 hari yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut 1 minggu yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 1 minggu yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 2 minggu yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok.

IKUTI KAMI


Tak Mahu Gemuk Sampai Mati

Lonjakan kes COVID-19 juga meletakkan golongan obesiti dalam kategori berisiko tinggi. Ini sedikit sebanyak menimbulkan persoalan bagaimanakah caranya untuk mengekalkan kesihatan tubuh badan pada tahap paling optimum?

Refleksi Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 11 Jul 2021 11:52AM

Gambar: Andres Ayrton, Pexels

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

“Umur hampir 30. Takkan nak gemuk sampai mati? Nanti mati pun menyusahkan orang untuk angkat sebab berat. Belum campur kalau banyak dosa, tambah lagi berat”.

Bagi mereka yang tidak pernah mengalami masalah obesiti, ayat ini kedengaran agak keterlaluan. Mungkin juga sedikit lucu.

Namun, hakikatnya inilah yang tersemat di fikiran Mohamad Haziq Mohd Ridzuan, 30, lantas memacu semangatnya sehingga berjaya menurunkan berat badan lebih 50 kg dalam masa 21 bulan.

Berasal dari Tanjung Karang, Selangor, anak muda yang mesra disapa dengan nama Haziq ini berkata, kesukaran untuk bersolat, melakukan aktiviti berat dan cepat berasa letih antara nikmat yang pernah hilang pada dirinya sebelum ini.

“Jika sebelum ini waktu bersolat khususnya ketika duduk tahiyat akhir, saya berasa tidak selesa. Alhamdulillah, sekarang saya dapat merasa kembali nikmat untuk solat dengan sempurna.

“Saya juga kerap mengalami sakit belakang sehingga tidak dapat bangun dan cepat berasa letih kerana tidak mampu menampung berat badan sendiri. Doktor menasihatkan masalah ini tiada ubat melainkan mengurangkan berat badan dan itu adalah solusi terbaik buat diri saya” katanya kepada Bernama.

Mohamad Haziq Mohd Ridzuan berjaya menurunkan berat sebanyak 57kg
Mohamad Haziq Mohd Ridzuan berjaya menurunkan berat sebanyak 57kg

Guru Bahasa Inggeris di Sekolah Menengah Kebangsaan Sungai Ranggam, Perak ini berkata faktor usia dan kesihatan juga mempengaruhinya nekad berubah dengan mula mengamalkan gaya hidup lebih sihat.

“Bermula pada akhir lewat 20-an dengan  berat 141 kg, saya kini berjaya mencapai berat 84 kg dan masih dalam usaha untuk menurunkan beberapa kilogram lagi bagi mencapai BMI normal sekitar 81 kg sesuai dengan ketinggian 181 cm,” jelas Haziq yang juga seorang novelis sambilan.

Di Malaysia, hasil Tinjauan Kebangsaan Kesihatan dan Morbiditi (NHMS) 2019 mendapati 30.4 peratus daripada orang dewasa mempunyai berat badan berlebihan manakala 19.7 peratus adalah obes. 

Harus difahami bahawa terminologi berlebihan berat badan dan obes adalah dua kategori berbeza.

Bagi berlebihan berat badan, NHMS 2019 mendefinisikan ia berdasarkan Indeks Jisim Tubuh (IJT) melebihi 25kg/m2 manakala untuk obes kadar IJT melebihi 30kg/m2.

Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr Adham Baba ketika membentangkan tinjauan NHMS 2019 berkata, seorang daripada lima orang dewasa di Malaysia atau kira-kira 3.9 juta orang berumur 18 tahun ke atas menghidap diabetes, antara penyakit yang sering dikaitkan dengan berat badan berlebihan.

Lonjakan kes COVID-19 juga meletakkan golongan obesiti dalam kategori berisiko tinggi.

Ini sedikit sebanyak menimbulkan persoalan bagaimanakah caranya untuk mengekalkan kesihatan tubuh badan pada tahap paling optimum?

Bagi Murni Mat Nasri, 46, beliau berjaya menurunkan 32 kg dengan hanya melakukan senaman ‘brisk-walking’ dan mengamalkan gaya pemakanan sihat iaitu diet suku-suku separuh bermula November 2017 dengan berat badan 112 kg pada ketika itu.

Murni Mat Nasri berjaya menurunkan berat sebanyak 32kg
Murni Mat Nasri berjaya menurunkan berat sebanyak 32kg

”Saya pernah mengalami kecederaan lutut sebelum ini kerana aktif bermain bola jaring dan apabila berat badan semakin naik, lutut menjadi semakin sakit, cepat letih dan menyukarkan pergerakan harian,” katanya yang pernah menyertai program kecergasan selama enam minggu sebelum ini.

Murni berkongsi melihat anaknya yang masih kecil pada ketika itu serta memikirkan tahap kesihatan masa hadapan antara pendorong dirinya mengurangkan berat badan dan kekal cergas.

Masih dalam usaha untuk menurunkan 10kg lagi bagi mencapai BMI yang ideal, Murni merasakan kualiti kehidupan beliau lebih baik dan merasa lebih berkeyakinan, apatah lagi kini beliau mampu berlari sehingga 10 km tanpa henti.

“Nasihat saya, mulakan hari ini. Jangan berdolak-dalih. Kesihatan dan antibodi yang kuat adalah paling utama dalam keadaan pandemik yang melanda sekarang ini.

“Bayangkan begini. Jika kita konsisten bermula hari ini, Insyaallah tahun depan kita dapat kurangkan 10 kg, tetapi ia tidak mungkin akan berlaku jika kita tidak bermula. Berat badan akan tetap kekal dan mungkin bertambah,” katanya.

Sementara itu, jurulatih kecergasan bebas Aidy Syazreef Johan, 32, berkata pada tahun 2008 beratnya hampir mencecah 100 kg, mengakibatkan beliau hilang keyakinan keluar rumah dan berhadapan dengan orang ramai.

Aidy Syazreef Johan berjaya menurunkan berat sebanyak 24kg
Aidy Syazreef Johan berjaya menurunkan berat sebanyak 24kg

“Alhamdulillah dengan berat saya kini sekitar 76 kg, saya dapat bersukan, berenang, berlari dan naik turun tangga tanpa masalah. Mencari pakaian juga senang,” kata Aidy.

Malah beliau turut “terjebak” dalam industri kecergasan hasil daripada inisiatif dan pengalaman membuat pelbagai kajian dan menjalani kursus serta seminar berkenaan kecergasan dan sains sukan. 

“Zaman sekolah selalu overweight dan pada waktu itu nekad untuk berubah dengan bersenam hari-hari tanpa ilmu. 

“Kini saya faham angka di penimbang itu tidak berapa tepat untuk mengukur tahap kesihatan seseorang. Paling penting ukur peratus body fat dan otot serta ukur lilit pinggang,” katanya yang juga bekerja sebagai perunding hartanah di sebuah syarikat swasta di Kuala Lumpur.

Aidy berkata beliau mahu menyebarkan ilmu dan memberi kesedaran kepada orang ramai bahawa kecergasan dan mendapatkan berat badan ideal adalah mudah jika mempunyai ilmu serta melakukannya dengan kaedah yang betul. -- BERNAMA

Semua gambar, kecuali tertera: fotoBernama

Isu Pada

Inkarnasi Joe Flizzow

10 Jul 2021

Berita Berkaitan

1

Refleksi 1 bulan yang lalu

Jangan Tolak Rawatan Gigi Meskipun Berpuasa

2

Kisah Kita 3 bulan yang lalu

Kisah Bendera Putih, Cebisan Bukti Keluhuran Hati Al-Sultan Abdullah

3

Semasa 3 bulan yang lalu

COVID-19: Pemakaian Pelitup Muka Masih Digalakkan Di Sekolah - Wong

4

Semasa 3 bulan yang lalu

20 Kes Baharu COVID-19 Dikesan Libatkan Mangsa Di PPS Terengganu, Kelantan - Dr Dzulkefly

Sorotan

1

KPU Indonesia Isytihar Prabowo, Gibran Presiden Dan Naib Presiden 2024-2029

2

Amalan Pemakanan Tidak Sihat, Kurang Aktiviti Fizikal Punca Utama Obesiti - Dr Dzulkefly

3

642 Pegawai, Anggota Polis Selangor Bertugas Pastikan Kelancaran PRK Kuala Kubu Baharu

4

Jamaica Secara Rasmi Iktiraf Palestin Sebagai Sebuah Negara

5

Tragedi Helikopter: Kerajaan Perak Akan Bincang Bentuk Bantuan Kepada Waris

6

Prestasi Malaysia Dalam Laporan Amnesty International Buruk

7

Harimau Muda Tutup Kempen Di Qatar Tanpa Sebarang Kemenangan

Disyorkan untuk anda

Refleksi 1 hari yang lalu

Ketahui 4 Manfaat Membersihkan Rumah

oleh Rahayu MN

Gaya 23 jam yang lalu

BNM Keluarkan Syiling Peringatan Sempena 50 Tahun Lembaga Pertubuhan Peladang

Ia datang dalam bentuk set 2 dalam 1 iaitu syiling yang diperbuat dengan perak sterling berwarna dan emas Nordic Brilliant Uncirculated.

oleh Fida Ruzki