web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 5 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 7 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Puasa 6: Secara Berturutan Atau Boleh Dipisahkan?

Adakah amalan sunat puasa enam di bulan Syawal perlu dilakukan secara berturut-turut ataupun boleh diasingkan?

Refleksi Dikemaskini 5 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 14 May 2021 2:25PM

Gambar: Syeda Imran

oleh

Zaidi Che

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Antara amalan sunat yang boleh dilaksanakan apabila tibanya Hari Raya Aidilfitri adalah melakukan ibadah puasa sunat enam hari di bulan Syawal.

Menurut laman sesawang Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan  dalam sebuah hadis riwayat Muslim daripada Abu Ayub al-Ansari RA yang mana Rasulullah SAW telah bersabda:

مَنْ صَامَ رَمَضَانَ ثُمَّ أَتْبَعَهُ سِتًّا مِنْ شَوَّالٍ كَانَ كَصِيَامِ الدَّهْرِ

Maksudnya: Barang siapa yang berpuasa di bulan Ramadan kemudian diikuti dengan enam hari di bulan Syawal, ianya bersamaan dengan berpuasa sepanjang tahun.

Riwayat Muslim (1164)

Al-Iman al-Nawawi Rahimahullah ketika mensyarahi hadis di atas menyebutkan bahawa hadis ini menjadi dalil bagi mazhab Syafie, Hanbali dan Daud (al-Zahiri), disunatkan untuk berpuasa enam pada bulan Syawal. 

Manakala fadilat (kelebihan) seumpama berpuasa sepanjang tahun adalah berdasarkan hadis Nabi SAW yang lain di mana menyebutkan bahawa setiap kebaikan itu dibalas dengan 10 kali ganda (Al-Minhaj Syarh Sahih Muslim). 

Gambar: Michael Burrows, Pexels
Gambar: Michael Burrows, Pexels

 

Puasa enam perlu dilakukan secara berturutan? Atau berasingan?

Ramai yang masih tertanya-tanya, adakah puasa yang enam itu perlu dilakukan secara berturutan ataupun boleh dilakukan secara berasingan?

Mengenai persoalan ini, al-Imam al-Nawawi Rahimahullah di dalam kitab al-Majmu’ ada menyebutkan: “... dan disunatkan untuk berpuasa secara berturutan di awal Syawal.”

“Sekiranya dipisahkan (tidak berpuasa enam hari berturut-turut) ataupun diakhirkan puasa tersebut di dalam bulan Syawal, maka ia dibolehkan...” (Al-Majmu’ Syarh al-Muhazzab)

Gambar: Mentatdgt, Pexels
Gambar: Mentatdgt, Pexels

 

Kesimpulan

Berdasarkan pendapat-pendapat alim ulama, bolehlah disimpulkan yakni puasa enam boleh dilakukan sama ada secara berturutan, mahupun dipisahkan. Diawalkan atau dilewatkan. Tidak menjadi masalah, selagi mana puasa enam tersebut masih dilakukan di dalam bulan Syawal. 

Di dalam kemeriahan kita menyambut Hari Raya Aidilfitri, sudah pasti akan ada jamuan makan-makan bersama keluarga dan sanak saudara terdekat. 

Maka tidak menjadi masalah serta penghalang untuk anda menunaikan puasa enam kerana terdapat fleksibiliti di dalam kaifiat (syarat tertib) menunaikannya (Datuk Dr. Zulkifli Bin Mohamad Al-Bakri). – Getaran, 14 Mei 2021



 

Berita Berkaitan

1

Pendidikan 3 bulan yang lalu

24,761 Calon UPKK 2025 Dapat 9A

2

Rencana 3 bulan yang lalu

Ramadan: Waktu Menyemai Disiplin Jiwa, Pembebasan Hati

3

Semasa 3 bulan yang lalu

Rakyat Manfaat SARA Untuk Persiapan Tahun Baharu Cina, Ramadan

4

Semasa 2 tahun yang lalu

Bekalan Bahan Mentah Mencukupi Sepanjang Syawal - KPKM

Sorotan

1

Perlombongan Emas Haram: Kelantan Rampas 45 Jentera Pengorek

2

Harga RON97, RON95 Tanpa Subsidi Dan Diesel Turun Bagi Tempoh 4 Hingga 10 Jun

3

Pemandu GTI Didakwa Sebabkan Kematian Remaja

4

Pertemuan Aminuddin-Tuanku Muhriz Cetus Teka Teki Tarikh PRN Negeri Sembilan

5

Kereta Langgar Paip Air, 5 Sekeluarga Termasuk Bayi Maut

6

Nahas Simpang Renggam: Reman Pemandu Punca Kejadian Dilanjut Sehari Lagi