web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 5 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 7 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Wanita Hazara Pakistan Dan Seni Pertahankan Diri

Benar, karate tidak mampu menghentikan serangan bom, tetapi untuk wanita-wanita Hazara di Pakistan, ia membantu membina keyakinan diri. Ini kisah mereka.

Refleksi Dikemaskini 5 tahun yang lalu ยท Diterbitkan pada 16 Apr 2021 2:25PM

Gambar: Banaras KHAN / AFP

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Ratusan wanita Hazara Pakistan kini sedang belajar sepakan sisi dan pukulan siku dengan kebangkitan minat seni mempertahankan diri di dalam komuniti terpinggir ini.

Kumpulan etnik Hazara, kebanyakannya beragama Islam Syiah, telah berdepan dengan keganasan akibat perbezaan antara taifah berkurun lamanya di barat daya Quetta. Mereka tinggal dalam dua enklaf berpagar dengan titik semakan dan pengawal bersenjata untuk melindungi mereka.

Para wanitanya terpaksa berdepan dengan gangguan seksual sehari-hari daripada lelaki setempat dan kes raba di kawasan umum seperti pasar dan kenderaan awam berleluasa.

“Kami tidak boleh menghentikan letupan bom dengan karate, tapi dengan seni mempertahankan diri, saya rasa lebih yakin,” kata Nargis Batool, 20 tahun, kepada AFP.

“Semua orang di sini tahu saya ke kelab karate. Tak ada sesiapa berani berkata apa-apa kepada saya di luar.”

Lebih kurang 4,000 orang menghadiri kelas di 25 kelab di sekitar daerah Balochistan, menurut Ishaq Ali, ketua Persatuan Wushu Kung Fu Balochistan. Quetta adalah pusat daerah ini.

Dua akademi terbesar bandar itu, yang melatih kira-kira 250 orang setiap satu, memberitahu AFP bahawa majoriti pelajar mereka adalah wanita muda Hazara.

Anak muda Hazara sedang belajar seni mempertahankan diri bersama guru mereka, Mubarak Ali Khan. Gambar: Banaras KHAN / AFP
Anak muda Hazara sedang belajar seni mempertahankan diri bersama guru mereka, Mubarak Ali Khan. Gambar: Banaras KHAN / AFP

Ramai yang belajar seni mempertahankan diri untuk menyertai pelbagai pertandingan dan meraih wang daripada pertandingan-pertandingan itu.

Namun ia sebenarnya masih janggal untuk wanita bersukan di Pakistan kerana rata-rata keluarga di sana masih konservatif. Tetapi menurut guru seni mempertahankan diri, Fida Hussain Kazmi, banyak pengecualian telah dibuat.

“Secara amnya, wanita masih tidak boleh bersenam dalam masyarakat kami, tetapi atas nama bela diri dan demi keluarga, ia dibenarkan.”

Peningkatan minat ini juga timbul kerana dua juara nasional, Nagis Hazara dan Kulsoom Hazara telah memenangi pelbagai pingat di peringkat antarabangsa.

Kazmi berkata, dia telah melatih ratusan wanita sejak tahun-tahun kebelakangan ini selepas mempelajari sukan itu daripada seorang guru China di timur Lahore.

Guru berumur 41 tahun ini menawarkan kelas dua jam sehari, enam hari seminggu pada harga 500 rupee ($3) tetapi memberikan kelas percuma kepada para wanita yang kehilangan anggota keluarga akibat keganasan militan.

“Komuniti Hazara berdepan dengan banyak masalah, tetapi dengan karate, kami merasa semakin selamat,” kata Syeda Qubra, seorang pelajar berusia 18 tahun. Abangnya terbunuh dalam kejadian letupan bom pada tahun 2013. – AFP

Berita Berkaitan

1

Semasa 6 hari yang lalu

Malaysia Kekalkan Prinsip, Selesaikan Semua Konflik Dengan Diplomasi - PM

2

Semasa 8 bulan yang lalu

Langgar Syarat Berpakaian, Wanita Tak Puas Hati Dihalang Masuk Hospital

3

Semasa 11 bulan yang lalu

Pakistan-India Diharap Mampu Cari Penyelesaian, Wujudkan Semula Keamanan - PM

4

Semasa 1 tahun yang lalu

Malaysia, Pakistan Sepakat Terus Zahir Solidariti Kepada Penduduk Gaza

Sorotan

1

Perlombongan Emas Haram: Kelantan Rampas 45 Jentera Pengorek

2

Harga RON97, RON95 Tanpa Subsidi Dan Diesel Turun Bagi Tempoh 4 Hingga 10 Jun

3

Pemandu GTI Didakwa Sebabkan Kematian Remaja

4

Pertemuan Aminuddin-Tuanku Muhriz Cetus Teka Teki Tarikh PRN Negeri Sembilan

5

Kereta Langgar Paip Air, 5 Sekeluarga Termasuk Bayi Maut

6

Nahas Simpang Renggam: Reman Pemandu Punca Kejadian Dilanjut Sehari Lagi