web statsweb stats

Berita Terkini

16 jam yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 16 jam yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Hari Malaysia: Lagu 'Bertuah Negaraku' Bawa Mesej Kebangkitan Negara

Refleksi Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 14 Sep 2022 2:00PM

Para peserta persembahan giat melakukan latihan pesat bagi Sambutan Hari Malaysia 2022 Peringkat Kebangsaan pada tinjauan di Dataran Memorial Pengisytiharaan Kemerdekaan dekat Banda Hilir, semalam. - Gambar Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

MELAKA - Lagu 'Bertuah Negaraku' yang akan dipersembahkan oleh Akademi Arjunasukma menerusi dikir barat pada sambutan Hari Malaysia 2022 di sini Jumaat ini membawa mesej kebangkitan negara dalam Fasa Peralihan ke Endemik selepas kira-kira dua tahun berdepan cabaran ekonomi akibat COVID-19.

Pengarah Urusan Akademi Arjunasukma, Mohd Sulhie Yusuf berkata masyarakat dunia berdepan dengan ketidaktentuan ekonomi di peringkat global akibat pandemik yang mula dikesan pada penghujung 2019 itu.

"Ketika pandemik berlaku, semua orang dalam keadaan sukar. Ada yang kehilangan pekerjaan dan sebagainya namun Malaysia kembali bangkit atas kecekapan pimpinan negara menyelesaikan masalah berkaitan,” katanya ketika dihubungi Bernama hari ini.

Mengenai persembahan pada sambutan yang akan diadakan di Dataran Memorial Pengisytiharan Kemerdekaan itu, Mohd Sulhie yang mesra disapa Abe Yie berkata ia melibatkan 10 pemuzik dikir barat termasuk pemain rebana ibu dan anak, gong dan canang serta 'jogho' (penyanyi) daripada akademi itu.

Beliau berkata awak-awak pula terdiri daripada artis budaya Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara (JKKN).

Sebagai penggiat muzik tradisional, Abe Yie berkata beliau bangga dengan peluang diberikan untuk membuat persembahan di peringkat kebangsaan.

"Ini kali pertama kami (Akademi Arjunasukma) membuat persembahan di pentas sebegini sekali gus mengangkat dikir barat ke satu tahap yang lebih tinggi," katanya.

Sambutan Hari Malaysia 2022 yang menampilkan keunikan dengan tema busana era 50-an dan 60-an dijangka dihadiri kira-kira 20,000 pengunjung bagi memeriahkan sambutan julung kali diadakan di Semenanjung. - Bernama

Sorotan

1

Diperdaya Sindiket Kerja Sambilan Dalam Talian, Suri Rumah Rugi Hampir RM100,000

2

Puteri Thailand Mangkat Selepas Komplikasi Kesihatan Berpanjangan

3

Mengapa Ramai Rasa Letih Walaupun Cukup Tidur? Jadual Tidur Mungkin Bukan Jawapan

4

PAS Sahkan Pertemuan Dengan RESET Dan Hamzah, Butiran Lanjut Diumum Esok 

5

PRN Johor 11 Julai, PRN Negeri Sembilan 1 Ogos - SPR

6

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

Disyorkan untuk anda

Gaya 14 jam yang lalu

Mengapa Ramai Rasa Letih Walaupun Cukup Tidur? Jadual Tidur Mungkin Bukan Jawapan

oleh Rahayu MN