web statsweb stats

Berita Terkini

14 jam yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 14 jam yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Gelandangan Semakin Meningkat, Bangunan Operasi ‘Soup Kitchen’ Baharu Diperlukan! 

Kechara Soup Kitchen rayu bantuan agar dapat membantu golongan terpinggir di Kuala Lumpur.

Refleksi Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 09 Sep 2022 6:00PM

KSK mendapati jumlah golongan yang memerlukan bantuan sosial dan makanan semakin meningkat di ibu kota. - Gambar ihsan Kechara Soup Kitchen

oleh

Zaidi Che

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Kechara Soup Kitchen (KSK) menyeru bantuan orang ramai dan swasta untuk mendapatkan sebuah premis operasi bagi pusat makanan dan kebajikan sosial di tengah-tengah Kuala Lumpur.

Bagi mereka yang belum mengetahui, KSK merupakan sebuah organisasi bukan kerajaan yang mengamalkan konsep dapur percuma atau ‘soup kitchen’ terbesar dan tertua di Malaysia.

Gambar ihsan Kechara Soup Kitchen
Gambar ihsan Kechara Soup Kitchen

Tanpa mengira bangsa dan agama, badan sukarelawan ini telah menyediakan bantuan makanan dan keperluan asas untuk golongan kurang bernasib baik di Kuala Lumpur secara percuma.

Menurut tinjauan yang dijalankan, KSK mendapati jumlah golongan yang memerlukan bantuan sosial dan makanan semakin meningkat di ibu kota.

Justin Cheah memerlukan ruang sekitar 10,000 kaki persegi untuk menampung keperluan masyarakat rentan yang telah meningkat sejak pandemik melanda negara. - Gambar oleh Kechara Soup Kitchen
Justin Cheah memerlukan ruang sekitar 10,000 kaki persegi untuk menampung keperluan masyarakat rentan yang telah meningkat sejak pandemik melanda negara. - Gambar oleh Kechara Soup Kitchen

Pengarah Operasi KSK, Justin Cheah berkata bangunan yang tidak digunakan lagi di pusat bandar Kuala Lumpur amat sesuai untuk disumbangkan menjadi bangunan operasi baharu KSK.

“Buat masa ini, kami beroperasi di dua bangunan. Pejabat utama kami di Jalan Imbi telah digunakan sebagai soup kitchen yang menyediakan bantuan makanan dan kebajikan sejak 2019.

“Sementara itu, Pusat Pemerkasaan Bank Makanan milik kami di Setapak hanya akan beroperasi sehingga Ogos 2023 sahaja. 

“Lokasi di tengah-tengah Kuala Lumpur, contohnya di Chow Kit atau Jalan Petaling adalah sangat sesuai,” ujar Cheah. 

KSK menganggarkan ia memerlukan ruang sekitar 10,000 kaki persegi untuk menampung keperluan masyarakat rentan yang telah meningkat sejak pandemik melanda negara. 

“Bangunan baharu ini akan membolehkan kami beroperasi secara mampan dalam tempoh 10 tahun akan datang,” tambah Cheah lagi.

Sukarelawan KSK memberi latihan kepada mereka yang memerlukan untuk memperbaiki taraf ekonomi mereka. - Gambar ihsan Kechara Soup Kitchen
Sukarelawan KSK memberi latihan kepada mereka yang memerlukan untuk memperbaiki taraf ekonomi mereka. - Gambar ihsan Kechara Soup Kitchen

Lokasi di Tengah Bandar: Mudah Diakses Golongan Rentan

Cheah percaya pemilihan lokasi di tengah bandar ini lebih mudah diakses oleh golongan gelandangan dan miskin bandar untuk mendapatkan sumbangan, kelas latihan dan bantuan lain.

Dia turut menjelaskan KSK sangat memerlukan sebuah bangunan kosong terpakai yang besar bagi menerima dan menyimpan barangan dan makanan sumbangan secara pukal.

Gambar ihsan Kechara Soup Kitchen
Gambar ihsan Kechara Soup Kitchen

“Dari segi logistik, ruang yang besar memberi kami lebih banyak masa untuk menghabiskan bekalan secara efisien dan boleh menyimpan bekalan dalam tempoh masa yang lebih lama.

“Lokasi strategik di tengah-tengah bandar juga akan memudahkan organisasi serta individu untuk memberikan sumbangan mereka.

“Kami juga dapat menyakinkan lebih banyak syarikat pengeluar makanan untuk memberi produk mereka yang hampir tamat tempoh, sekaligus dapat mengurangkan pembaziran makanan. 

“Bangunan baharu ini turut dapat menyediakan ruang tambahan untuk kami menyediakan perkhidmatan sosial yang lain seperti program celik kewangan dan sesi kaunseling,” jelas Cheah. 

Gambar ihsan Kechara Soup Kitchen
Gambar ihsan Kechara Soup Kitchen

Selain peningkatan kos operasi, Cheah turut berkongsi bilangan sumbangan, terutamanya dari segi kewangan telah menurun secara ketara sewaktu pasca pandemik.

“Kami amat bergantung pada derma dan sumbangan. Malah kami kini menggunakan wang simpanan kami sendiri bagi memastikan organisasi ini dapat menjalankan usaha murni ini. 

“Kami merayu kepada semua penderma, baik pihak korporat, mahupun individu untuk terus bersama kami bagi meneruskan kelangsungan KSK,” ucapnya.

Bagi mereka yang ingin menyumbangkan bangunan, menderma atau menjadi sukarelawan KSK, layari  www.kecharasoupkitchen.com untuk maklumat lanjut. – Getaran, 9 September 2022

Berita Berkaitan

1

Semasa 3 tahun yang lalu

Kerajaan Diminta Utamakan Kebajikan Golongan Rentan Hadapi Banjir Luar Biasa

2

Semasa 4 tahun yang lalu

Bayaran Bil Air Golongan Rentan Perlu Dibantu

3

Semasa 4 tahun yang lalu

Lelaki Maut Terjun Dari Tingkat 5

4

Semasa 4 tahun yang lalu

COVID-19: Kerajaan Setuju Laksana Pemberian Dos Ketiga Vaksin - PM

Sorotan

1

Diperdaya Sindiket Kerja Sambilan Dalam Talian, Suri Rumah Rugi Hampir RM100,000

2

Puteri Thailand Mangkat Selepas Komplikasi Kesihatan Berpanjangan

3

Mengapa Ramai Rasa Letih Walaupun Cukup Tidur? Jadual Tidur Mungkin Bukan Jawapan

4

PAS Sahkan Pertemuan Dengan RESET Dan Hamzah, Butiran Lanjut Diumum Esok 

5

PRN Johor 11 Julai, PRN Negeri Sembilan 1 Ogos - SPR

6

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

Disyorkan untuk anda

Gaya 13 jam yang lalu

Mengapa Ramai Rasa Letih Walaupun Cukup Tidur? Jadual Tidur Mungkin Bukan Jawapan

oleh Rahayu MN