web statsweb stats

Berita Terkini

18 jam yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 18 jam yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Cenderahati, Barangan Antik Kemerdekaan Negara Jadi 'Harta' Berharga Buat Prakash

Refleksi Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 17 Aug 2022 5:00PM

J. Prakash menunjukkan barang-barang antik berkaitan kemerdekaan negara. - Gambar Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

GEORGE TOWN - Mengumpul barangan antik lazimnya hanya sekadar hobi, namun bagi J.Prakash, 44, ia lebih daripada itu kerana koleksi barangan antiknya membolehkan beliau mengimbau peristiwa penting negara terutama berkaitan kemerdekaan yang dicapai pada 31 Ogos 1957.

Pengumpul barang antik dari Pulau Pinang itu memiliki pelbagai cenderahati dan barangan antik seperti baju, cawan, gambar, bendera, buku tulis, pensel, pin, poskad, sampul surat dan setem yang dikeluarkan sempena memperingati Hari Kebangsaan.

Prakash berkata walaupun beliau memiliki lebih 1,000 barangan antik terdiri daripada peralatan dapur, perhiasan dan pelbagai dokumen lama dari tahun 1880 hingga 1970, namun koleksi barangan berkaitan sejarah kemerdekaan negara adalah yang paling berharga buatnya.

Menurutnya sebagai pengumpul barangan antik, niat awal beliau hanya ingin menyimpan barang-barang lama yang mempunyai nilai tersendiri tetapi segalanya berubah apabila memperoleh satu bendera lama Pulau Pinang.

"Ketika belajar di Preston, United Kingdom (UK) saya suka pergi ke pasar menjual barangan lama sama seperti pasar karat di Malaysia dan pada 2002 saya terjumpa bendera Union Jack yang mempunyai logo pokok Pinang.

"Selepas bersembang, peniaga di pasar tersebut mendakwa bendera itu merupakan bendera Pulau Pinang lama iaitu sebelum Malaya mencapai kemerdekaan. Bendera itu diberikan kepada saya secara percuma selepas beliau tahu saya dari Pulau Pinang," katanya kepada Bernama di sini baru-baru ini.

Menurut Prakash bendera berukuran 116 sentimeter (cm) panjang dan 58 cm lebar itu dibuat di Liverpool, UK pada 1950 berdasarkan kepada lambang yang dicetak pada tepi bendera.

Katanya bermula dari situ, beliau semakin berminat mengumpul koleksi barangan memperingati hari kemerdekaan negara seperti gambar Perdana Menteri pertama Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj, gelas kaca, poskad, baju dan pin.

"Setiap kali melihat koleksi tersebut, saya dapat rasakan keghairahan masyarakat dulu dalam menyambut Hari Kebangsaan dengan kebanyakan syarikat mengeluarkan cenderahati khas bagi memperingati hari yang cukup penting kepada negara itu. 

"Ia menggambarkan sambutan Hari Kebangsaan pada ketika itu sangat meriah, rakyat sayang negara dan kemerdekaaan. Malangnya, kini pengeluaran cenderahati sedemikian semakin berkurangan dan saya rasa semangat kecintaan kepada negara perlu disemai serta dibugarkan lagi dalam kalangan masyarakat," katanya.

Prakash juga berharap sambutan Bulan Kebangsaan dipelbagaikan dengan aktiviti dan program untuk semua peringkat masyarakat bukan hanya tertumpu kepada sekolah dan agensi kerajaan.

"Walaupun saya lahir selepas negara mencapai kemerdekaan, saya dapat lihat perbezaan sambutan dulu dan sekarang menerusi barangan lama yang saya kumpul. Tiada lagi cenderahati keluaran khas oleh syarikat, kalau pasang bendera pun seperti dipaksa seolah-olah semangat kemerdekaan semakin terhakis," katanya. - Bernama

Sorotan

1

Diperdaya Sindiket Kerja Sambilan Dalam Talian, Suri Rumah Rugi Hampir RM100,000

2

Puteri Thailand Mangkat Selepas Komplikasi Kesihatan Berpanjangan

3

Mengapa Ramai Rasa Letih Walaupun Cukup Tidur? Jadual Tidur Mungkin Bukan Jawapan

4

PAS Sahkan Pertemuan Dengan RESET Dan Hamzah, Butiran Lanjut Diumum Esok 

5

PRN Johor 11 Julai, PRN Negeri Sembilan 1 Ogos - SPR

6

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

Disyorkan untuk anda

Gaya 16 jam yang lalu

Mengapa Ramai Rasa Letih Walaupun Cukup Tidur? Jadual Tidur Mungkin Bukan Jawapan

oleh Rahayu MN