web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


RUU Kekalkan Kuasa Kerajaan Hingga Akhir Penggal Perlu Dibentang Di Parlimen - Ahmad Zahid

Politik Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 13 Jan 2024 4:32PM

Ahmad Zahid Hamidi dalam sidang media selepas menghadiri Bengkel Pemukiman KKDW hari ini - gambar BERNAMA

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR  - Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi mencadangkan supaya satu rang undang-undang bagi mengekalkan sesebuah kerajaan mentadbir negara sehingga ke akhir penggal dibentangkan di Parlimen.

Beliau yang juga Presiden UMNO berkata ia bagi memastikan peristiwa terdahul seperti pertukaran perdana menteri sebanyak tiga kali pada penggal Parlimen ke-14 tidak berulang pada masa hadapan.

"Kesannya (ketika itu) adalah kepada rakyat apabila pertumbuhan ekonomi kita tidak dapat dipertingkatkan. Kebetulan turut mengalami COVID-19, pengalaman yang cukup pahit untuk negara kita kerana pelabur perlukan kestabilan politik.

"Saya ingin menyarankan supaya satu rang undang-undang dibentangkan bahawa jika sesebuah kerajaan itu diwujudkan sama ada atas sesebuah parti dominan atau gabungan parti dan mendapat perkenan Yang di-Pertuan Agong, maka ia harus kekal hingga ke akhir penggal.

"Jika tidak, akan mengalami (berulang) perkara terdahulu dan ia tidak baik untuk negara dan rakyat secara keseluruhanannya," katanya kepada pemberita selepas menghadiri Bengkel Pemukiman Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW), di sini hari ini.  

Beliau yang juga Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah berkata demikian sebagai merujuk kepada gerakan "Langkah Dubai" yang dikatakan bertujuan untuk menjatuhkan Kerajaan Perpaduan pimpinan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Mengulas lanjut, Ahmad Zahid berkata harus ada perubahan dalam minda ahli politik bahawa sesuatu gabungan parti politik yang telah diperkenan oleh Yang di-Pertuan Agong untuk membentuk kerajaan, mestilah diberi laluan mentadbir negara sehingga penggal terakhir Parlimen.

"Kita (ahli politik) harus bertindak dan berfikiran positif dalam perkara ini (saranan rang undang-undang itu). Biarpun politik itu sangat dinamik dan pragmatik, dalam hal ini kita harus lebih praktikal untuk menjaga sebuah negara.

"Boleh berbeza pendapat, tetapi untuk kepentingan negara, kita tidak harus menjadikan rakyat sebagai satu bahan uji kaji demi kepentingan nafsu politik dalam kalangan ahli politik. Cukuplah untuk kita belajar daripada pengalaman yang lalu," katanya.

Beliau berkata Kerajaan Perpaduan juga perlu terus dipertahankan kerana kestabilan politik wujud di bawah pentadbiran kerajaan yang telah dibentuk atas titah perkenan Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah, pasca Pilihan Raya Umum ke-15. - BERNAMA

Berita Berkaitan

1

Politik 2 minggu yang lalu

Desak Letak Jawatan: ‘Saya Jumpa Presiden Untuk Mohon Maaf Secara Peribadi’ - Onn Hafiz 

2

Politik 4 minggu yang lalu

Politik Melayu Akan Lemah Jika Terus Dibelenggu Perpecahan - Ahmad Zahid

3

Kolum 1 bulan yang lalu

Mampukah Zahid Bergelar Perdana Menteri? 

4

Politik 1 bulan yang lalu

UMNO Tidak Pernah Berhasrat Jadi Pembangkang Di Negeri Sembilan - Ahmad Zahid

Sorotan

1

Lelaki Guna Pembesar Suara Cetus Kebimbangan, Dakwa Kononnya COVID-19 Kembali Menular

2

Kanak-Kanak Perempuan Maut, Abang Kritikal Jatuh Dari Pangsapuri

3

PM Puji Keberkesanan Kementerian Komunikasi Perjelas Pelaksanaan BUDI95

4

Gempa Bumi 8.2 Landa Mindanao, Pihak Berkuasa Keluarkan Amaran Tsunami

5

Dikurung Dalam Stor Beberapa Minggu, Polis Selamatkan Kanak-Kanak Mangsa Dera Ibu Angkat

6

Sebuah Kerajaan Bukan Hadiah Untuk Dirampas

Disyorkan untuk anda

Semasa 23 jam yang lalu

Warga SPRM Wajib Isytihar Harta Dalam Tempoh Sebulan - KP SPRM

Luar Negara 3 jam yang lalu

Gempa Bumi Selatan Filipina: Angka  Korban Meningkat 37, Ribuan Gempa Susulan Menanti Penyelamat

oleh Wartawan Getaran

Politik 2 jam yang lalu

PRN Johor: 2.7 Juta Layak Mengundi, Lebih 40,000 Petugas Pilihan Raya Dilantik

Semasa 1 hari yang lalu

PM Puji Keberkesanan Kementerian Komunikasi Perjelas Pelaksanaan BUDI95