web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


PN Nafi Keluar Kenyataan Agong Berkenan Terima Menghadap

Politik Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 07 Jan 2024 8:51AM

Kenyataan ringkas Perikatan Nasional (PN) berhubung satu kenyataan media palsu yang didakwa dikeluarkan oleh Setiausaha Agungnya, Datuk Seri Hamzah Zainudin. - gambar media sosial

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR – Perikatan Nasional (PN) menafikan kenyataan media mendakwa gabungan itu telah diperkenan untuk menghadap Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah.

Ia susulan satu kenyataan media yang tular di media sosial, didakwa dikeluarkan oleh Setiausaha Agung PN, Datuk Seri Hamzah Zainudin, bertarikh semalam.

Kenyataan ringkas penafian dengan hanya perkataan ‘palsu’ pada imej kenyataan media yang tular sebelum ini, dikongsikan melalui aplikasi WhatsApp malam tadi.

Melalui kenyataan media yang tular sebelum ini, memaklumkan bahawa Al-Sultan Abdullah memberi perkenan untuk kesemua 118 Ahli Parlimen bersama Akuan Bersumpah masing-masing.

“Perikatan Nasional menjunjung kasih Ke Bawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong yang telah memberi perkenaan mengadap kesemua 118 Ahli Parlimen bersama Akuan Bersumpah masing-masing.

“Perikatan Nasional merafak syukur kerana usaha untuk menyelamatkan negara mendapat ihsan DYMM Seri Paduka,” menurut kenyataan palsu berkenaan.

Al-Sultan Abdullah bakal menamatkan pemerintahan berkuat kuasa 30 Januari sebelum Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar, dimasyhurkan sebagai Yang di-Pertuan Agong ke-17 dan akan bersemayam selama lima tahun, berkuat kuasa 31 Januari ini.

Sebelum ini, pemimpin BERSATU serta PAS didakwa melakukan apa yang dikatakan sebagai ‘Langkah Dubai’, bertujuan menjatuhkan kerajaan pimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Dakwaan itu didedahkan Timbalan Ketua Pengarah (Komunikasi Komuniti) Jabatan Komunikasi Komuniti (J-KOM), Datuk Ismail Yusop, baru-baru ini. – Getaran, 7 Januari 2024

Sorotan

1

PH Belum Putuskan Nama Menteri Besar Johor, Fokus Menang Pilihan Raya

2

Pemandu Iriz Larikan Diri Selepas Nahas Diburu

3

2 Kemalangan Dalam Tempoh Sejam Ragut 4  Nyawa di Pahang, Bakal Pengantin Antara Yang Maut

4

Krisis Pemakanan Ancam Masa Depan Modal Insan Negara

5

Wanita Didakwa Bunuh Warga Indonesia

6

PRN Johor: Rekod Pentadbiran BN Jadi Sandaran Utama - Onn Hafiz

Disyorkan untuk anda

Semasa 21 jam yang lalu

2 Kemalangan Dalam Tempoh Sejam Ragut 4  Nyawa di Pahang, Bakal Pengantin Antara Yang Maut

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 1 hari yang lalu

Aksi Ganas Di Kantin, Pelajar Digantung Sekolah

oleh Amirah Abu Bakar

Politik 1 hari yang lalu

PRN Johor: Rekod Pentadbiran BN Jadi Sandaran Utama - Onn Hafiz

oleh Wartawan Getaran

Semasa 1 hari yang lalu

1 Daripada 4 Remaja Malaysia Alami Depresi, Cenderung Bunuh Diri - NHMS 

oleh Sophia Ahmad