web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Che Alias Mungkin Kekal Calon PAS Di Kemaman - Takiyuddin

Politik Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 29 Sep 2023 8:17PM

PRU15, Che Alias memenangi kerusi Parlimen Kemaman selepas memperoleh sebanyak 65,714 undi menewaskan Datuk Seri Ahmad Said yang mendapat undi sebanyak 38,535 dengan majoriti 27,179 undi. - gambar Facebook

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Penyandang kerusi Parlimen Kemaman, Che Alias Hamid berkemungkinan besar akan dinamakan semula sebagai calon di kerusi berkenaan.

Menurut Setiausaha Agung PAS, Datuk Seri Takiyuddin Hassan, pihak parti akan meneliti semula keputusan mahkamah sebelum ini yang membatalkan kemenangan di parlimen tersebut.

Katanya, sekiranya nama Che Alias tidak disebut sebagai pengamal rasuah seperti yang diputuskan mahkamah, maka besar kemungkinan PAS akan menamakan semula beliau sebagai calon di kerusi berkenaan.

"Kami nak lihat apa hakim putuskan di Kemaman.

“Kalau hakim kata ada amalan rasuah tapi dia (Che Alias) tidak namakan (sebagai yang mengamalkan rasuah), maknanya calon kami di Kemaman boleh kekal bertanding, mungkin (parti) akan buat keputusan, (kita) terus PRK (pilihan raya kecil) macam di Kuala Terengganu juga," katanya ringkas di dalam satu sidang media di Pejabat PAS Pusat, Jalan Raja Laut hari ini.

Takiyuddin berkata demikian bagi mengulas isu Mahkamah Pilihan Raya Kuala Terengganu membatalkan kemenangan Che Alias yang mewakili Perikatan Nasional (PN) pada Pilihan Raya Umum ke-15 lalu.

Keputusan Hakim Mahkamah Pilihan Raya, Datuk Anselm Charles Fernandis, pada 26 September lalu dibuat selepas pihak pempestiyen berjaya membuktikan wujudnya unsur rasuah ketika kempen PRU15.

Mahkamah turut memerintahkan pihak responden membayar kos sebanyak RM30,000 kepada pihak pempestiyen.

Pempestisyen diwakili, Datuk Mohd. Hafarizam Harun, Amin Othman dan Norhazira Abu Hayan manakala Che Alias pula diwakili Wan Rohimi Wan Daud dan Saifuddin Othman.

Bagaimanapun mahkamah bersetuju untuk menangguhkan pemakluman kepada Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) bersabit keputusan mahkamah sehingga 3 Oktober depan sementara menunggu tindakan atau rayuan daripada pihak responden. – Getaran, 29 September 2023

Sorotan

1

PH Belum Putuskan Nama Menteri Besar Johor, Fokus Menang Pilihan Raya

2

Pemandu Iriz Larikan Diri Selepas Nahas Diburu

3

2 Kemalangan Dalam Tempoh Sejam Ragut 4  Nyawa di Pahang, Bakal Pengantin Antara Yang Maut

4

Krisis Pemakanan Ancam Masa Depan Modal Insan Negara

5

Wanita Didakwa Bunuh Warga Indonesia

6

PRN Johor: Rekod Pentadbiran BN Jadi Sandaran Utama - Onn Hafiz

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Aksi Ganas Di Kantin, Pelajar Digantung Sekolah

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 1 hari yang lalu

Wanita Didakwa Bunuh Warga Indonesia

oleh Sophia Ahmad

Politik 1 hari yang lalu

PRN Johor: Rekod Pentadbiran BN Jadi Sandaran Utama - Onn Hafiz

oleh Wartawan Getaran

Semasa 17 jam yang lalu

2 Kemalangan Dalam Tempoh Sejam Ragut 4  Nyawa di Pahang, Bakal Pengantin Antara Yang Maut

oleh Amirah Abu Bakar