web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


PRK: Calon Agresif Pikat Pengundi Pulai, Simpang Jeram Guna Kempen Maya

Politik Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 01 Sep 2023 12:29PM

Calon PRK Pulai turut menggunakan kaedah kempen secara maya untuk mendekati pengundi. - gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

JOHOR BAHRU - Memasuki hari ketujuh kempen Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Pulai dan Dewan Undangan Negeri Simpang Jeram, calon masih dilihat selesa menggunakan kaedah tradisi turun padang dan menyantuni pengundi setempat dalam skala yang kecil.

Namun dalam masa yang sama, kesemua calon yang di kedua-dua kawasan itu, dilihat turut agresif menggunakan kaedah kempen secara maya bagi menguar-uarkan visi dan misi mereka jika terpilih sebagai wakil rakyat selain tentang pergerakan mereka sepanjang tempoh kempen.

Calon Pakatan Harapan (PH) bagi kerusi Parlimen Pulai Suhaizan Kaiat, misalnya memanfaatkan akaun Facebook dan Tik Tok, menggunakan nama ‘Suhaizan Kayat’ dan @suhaizan_kayat  yang mempunyai 48,000 dan 6,543 pengikut bagi memaklumkan tentang program-program kempen yang dilakukan.

Begitu juga dengan calon Perikatan Nasional, Zulkifli Jaafar yang mempunyai 5,300 pengikut di Facebook dan 1,461 pengikut di akaun Tik Tok, turut aktif menggunakan dua platfom berkenaan dari semasa ke semasa.

Bagi Pensyarah Kanan Komunikasi Liberal di Fakulti Komunikasi Dan Pengajian Media Universiti Teknologi Mara Dr A. Aziz Azizam, trend berkempen parti politik pada masa kini, tidak boleh lari daripada penggunaan media baharu kerana kos yang rendah selain keberkesanan capaian kepada kumpulan sasar dengan lebih baik dan mudah.

“Namun, platform media (sosial) hanyalah tools ataupun alat. Masyarakat lebih mementingkan bahan ataupun kandungan yang dibawa tersebut.

“Kandungan mesti memberikan masyarakat keyakinan dan keselesaan terhadap sesuatu perkara, itu akan menjadi keutamaan untuk rakyat untuk memilih sesebuah parti,” katanya kepada Bernama ketika dihubungi hari ini.

Menurutnya kumpulan utama pengguna media sosial adalah mereka yang berusia 18 hingga 40 tahun, namun tidak ada bukti bahawa kumpulan dewasa iaitu yang berumur 41 ke atas tidak terkesan dengan maklumat di media sosial.

Katanya kekuatan sesebuah isu itu akan menjadi magnet untuk pengundi itu mengikuti perkembangan kempen di media sosial.

Penganalisis politik Dr Mohammad Tawfik Yaakub pula berpendapat pendekatan di platform media sosial merupakan kaedah yang lebih kontemporari dan boleh mendapat khalayak yang lebih meluas dalam pilihan raya.

Beliau berkata PN, misalnya juga menggunakan jenteranya untuk berkempen menerusi maya seperti dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) di enam negeri baru-baru untuk PRK kali ini, namun beliau percaya kaedah itu tidak akan sehingga menjejaskan peluang calon PH untuk memenangi PRK Pulai.

“Ini adalah kerana kerana populasi pengundi bukan Melayu adalah tinggi di Parlimen Pulai, media sosial masih tidak mampu menggugat pendirian politik bukan Melayu secara keseluruhan,” katanya.

Sementara itu, Penolong Profesor di Fakulti Media dan Komunikasi Strategik, Oklahoma State University, Amerika Syarikat, Dr Nuurrianti Jalli berkata antara mesej atau isu yang dilihat disampaikan calon-calon yang bertanding menerusi akaun media sosial ialah tentang mereka adalah pemimpin yang boleh didekati, retorik Islam, transformasi dan isu ekonomi.

“Melihat kepada keaktifan calon di media sosial, kemungkinan untuk mempengaruhi (pengundi) agak rendah tetapi tidak mustahil pengundi dapat dipengaruhi menerusi hantaran daripada pengguna lain, malah kempen juga dapat dilihat menerusi akaun parti dan pengguna lain,” katanya yang dihubungi melalui aplikasi WhatsApp.

Menurut satu kajian syarikat pembekal proksi ProxyRack yang berpangkalan di Amerika Syarikat, Malaysia berada di tempat kedua bagi negara yang paling banyak menggunakan platform media sosial di dunia, berkongsi kedudukan dengan rakan serantau, Filipina,

Parlimen Pulai yang mempunyai 166, 653 orang pengundi dengan kumpulan terbesar terdiri daripada pemilih berusia 21 hingga 29 tahun iaitu sebanyak 21.05 peratus, diikuti mereka berusia 30 hingga 39 tahun (20.54 peratus) dan pengundi berusia 40 hingga 49 tahun (19.36 peratus).

Sementara itu, Simpang Jeram yang mempunyai 40,379 pengundi, pengundi berusia 30 hingga 39 tahun membentuk kumpulan terbesar sebanyak 23.1 peratus, diikuti pemilih berusia 21 hingga 29 tahun (22.6 peratus) dan mereka berusia 40 hingga 49 tahun (17.62 peratus).

Suruhanjaya Pilihan Raya menetapkan pengundian awal bagi kerusi Pulai dan Simpang Jeram pada 5 Sept, manakala pengundian pada 9 Sept. - BERNAMA

Sorotan

1

PH Belum Putuskan Nama Menteri Besar Johor, Fokus Menang Pilihan Raya

2

Pemandu Iriz Larikan Diri Selepas Nahas Diburu

3

2 Kemalangan Dalam Tempoh Sejam Ragut 4  Nyawa di Pahang, Bakal Pengantin Antara Yang Maut

4

Krisis Pemakanan Ancam Masa Depan Modal Insan Negara

5

Wanita Didakwa Bunuh Warga Indonesia

6

PRN Johor: Rekod Pentadbiran BN Jadi Sandaran Utama - Onn Hafiz

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Op Soga XI: 58 Ditahan, Polis Perhebat Tindakan Terhadap Sindiket Judi Piala Dunia 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

1 Daripada 4 Remaja Malaysia Alami Depresi, Cenderung Bunuh Diri - NHMS 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Remaja 15 Tahun Diserang Dan Disamun, Polis Gerak Unit K9 Buru Suspek 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 10 jam yang lalu

MUKMIN Mahu Kukuh Perpaduan Komuniti India Muslim Tempatan

oleh Sophia Ahmad