web statsweb stats

Berita Terkini

10 jam yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 10 jam yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Umno Perlu Tingkatkan Usaha, Pastikan Satu Hala Tuju - Azalina

Politik Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 14 Aug 2023 8:59PM

Ketua Penerangan UMNO, Datuk Seri Azalina Othman Said. gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Tiada keperluan untuk menuding jari, sebaliknya UMNO perlu meningkatkan usaha dalam memastikan penjajaran satu hala tuju iaitu bertunjangkan aspirasi perpaduan diperjelaskan lagi kepada anggota parti itu.

Ketua Penerangan UMNO, Datuk Seri Azalina Othman Said berkata gabungan perpaduan yang berjaya mengekalkan status quo di tiga negeri dan Barisan Nasional (BN) yang sebelum ini bukan sebahagian daripada kerajaan negeri, sudah menjadi sebahagian daripada pembentukan kerajaan negeri.

“Kita (UMNO) ucapkan terima kasih kepada pengundi-pengundi yang memberi sokongan kepada aspirasi perpaduan, selain beri kepercayaan kepada gabungan ini untuk membentuk kerajaan di tiga negeri.

“Sambil itu, kita juga akan ambil kira setiap maklum balas untuk BN meningkatkan prestasi, pendekatan dan pelaksanaan khidmat untuk rakyat di seluruh negara,” katanya menerusi kenyataan hari ini.

Menurut Azalina beliau bersetuju bahawa Kerajaan Perpaduan perlu meneliti dan mempertingkatkan pemilihan calon, jentera, manifesto, polisi dan atur kerja kempen menjelang Pilihan Raya Umum ke-16 (PRU16) nanti.

"Masa yang lebih panjang ini pasti akan memanfaatkan semua peringkat akar umbi dalam memastikan penjajaran serta kefahaman dapat dibentuk dengan lebih kukuh pada masa akan datang," katanya.

Beliau berkata tempoh singkat lapan bulan sejak pembentukan gabungan perpaduan BN-Pakatan Harapan selepas berpuluh tahun di arena pilihanraya sebagai seteru politik, adalah ujian pertama kesefahaman gabungan ini dan ia berjaya dilalui dengan baik.

Menurut Azalina ini diperkukuhkan lagi dengan angka diperoleh iaitu gabungan Perpaduan berjaya meraih 49.58 peratus iaitu 3,399,472 undi di keseluruhan enam negeri berbanding Perikatan Nasional yang ketinggalan 17,000 undi pada 3,382,455 (49.33 peratus). - BERNAMA

Sorotan

1

Diperdaya Sindiket Kerja Sambilan Dalam Talian, Suri Rumah Rugi Hampir RM100,000

2

Puteri Thailand Mangkat Selepas Komplikasi Kesihatan Berpanjangan

3

Mengapa Ramai Rasa Letih Walaupun Cukup Tidur? Jadual Tidur Mungkin Bukan Jawapan

4

PAS Sahkan Pertemuan Dengan RESET Dan Hamzah, Butiran Lanjut Diumum Esok 

5

PRN Johor 11 Julai, PRN Negeri Sembilan 1 Ogos - SPR

6

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

PDRM Sokong Larangan Menyeluruh Vape, Bimbang Penularan Dadah ‘Piu Piu’

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 1 hari yang lalu

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

Semasa 8 jam yang lalu

Diperdaya Sindiket Kerja Sambilan Dalam Talian, Suri Rumah Rugi Hampir RM100,000

oleh Amirah Abu Bakar

Luar Negara 8 jam yang lalu

Puteri Thailand Mangkat Selepas Komplikasi Kesihatan Berpanjangan

oleh Amirah Abu Bakar