web statsweb stats

Berita Terkini

2 hari yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 2 hari yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


PAS Sekarang Bukan Yang Asli - Anwar

Politik Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 08 Aug 2023 8:00AM

Anwar Ibrahim menyampaikan ucapan pada Ceramah Jelajah Perpaduan MADANI DUN Kota Lama - gambar BERNAMA

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

PASIR MAS - Pengerusi Pakatan Harapan (PH) Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata PAS kini bukanlah ‘asli' seperti dahulu yang memperjuangkan Islam sebagai dasar utama parti itu.

Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) itu berkata PAS kini sudah 'bercampur' bukan sahaja dengan Bersatu malah Gerakan yang sebelum ini mencabar undang-undang hudud.

"Sekarang ini (Gerakan) rakan PAS... (dahulu) Gerakan bawa usul (cabar hudud) ke mahkamah, dia melawan PAS.

"Kerajaan Perikatan Nasional (PN) bukan PAS, kena ingat dan yang teruknya, dia ambil Gerakan, kita kawan dengan DAP, dia marah," katanya ketika menyampaikan ceramah di kawasan Dewan Undangan Negeri Chetok dekat sini malam tadi.

Beliau berkata PN turut meletakkan 20 calon Gerakan termasuk di kawasan Melayu di Pulau Pinang.

Anwar juga berkata PAS menuduh gabungan PH-Barisan Nasional (BN) mengkhianati Islam sedangkan Kerajaan Perpaduan telah menyalurkan pelbagai peruntukan untuk pembangunan agama itu.

Justeru, beliau meminta pengundi terutama golongan muda berfikir sedalam-dalamnya sebelum membuat pilihan pada 12 Ogos ini.

Anwar Ibrahim (dua, kiri) menyantuni penyokong parti yang hadir pada Ceramah Jelajah Perpaduan MADANI DUN Kota Lama di Medan Parkir KB - gambar BERNAMA
Anwar Ibrahim (dua, kiri) menyantuni penyokong parti yang hadir pada Ceramah Jelajah Perpaduan MADANI DUN Kota Lama di Medan Parkir KB - gambar BERNAMA

Sesi ceramah malam ini dihadiri lebih 2,000 orang meskipun hujan lebat dan mereka tidak berganjak walaupun kawasan di mana ia berlangsung digenangi air.

Sementara itu, ketika berucap pada Ceramah Jelajah Perpaduan MADANI di kawasan Dewan Undangan Negeri  Kota Lama, Perdana Menteri berkata Kerajaan Perpaduan lebih memikirkan penyelesaian masalah dihadapi rakyat seperti isu kemiskinan tegar.

"Kita tidak izinkan mana-mana menteri mengambil saham, kontrak kerajaan atau sakau duit rakyat, jika ada, mereka akan dibuang keluar.

Kita kena ada perasaan dan hati nurani untuk bantu dan selesaikan segala masalah yang membabitkan rakyat," katanya.

Anwar yang juga Menteri Kewangan berkata beliau turut mengarahkan kementerian dan agensi terlibat untuk segera menyelesaikan masalah kerosakan tandas di sekolah dan klinik daif di seluruh negara. - BERNAMA

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 hari yang lalu

Malaysia Destinasi Akhir Pendatang Tanpa Izin Kerana Jaringan Keluarga

2

Politik 1 hari yang lalu

Cubaan Jatuhkan Tok Min, Kerajaan Negeri Tak Boleh Diterima - Anwar

3

Semasa 1 hari yang lalu

‘Pelarian Rohingya, Patuhi Undang-Undang Atau Berdepan Tindakan’ - PM 

4

Semasa 4 hari yang lalu

PM Diberi Sambutan Rasmi Di Pejabat Takaichi

Sorotan

1

PRN Johor Dijangka Sengit, 10 Kerusi Panas Jadi Tumpuan

2

Malaysia Destinasi Akhir Pendatang Tanpa Izin Kerana Jaringan Keluarga

3

8 Rumah Musnah, Kebakaran Awal Pagi Di Kuala Perlis 

4

Cubaan Jatuhkan Tok Min, Kerajaan Negeri Tak Boleh Diterima - Anwar

5

SPRM ‘Mengganas’ Lagi, 3 Tokoh Politik Bakal Didakwa Minggu Depan?

6

PAS Sahkan Pertemuan Dengan RESET Dan Hamzah, Butiran Lanjut Diumum Esok 

Disyorkan untuk anda

Semasa 2 jam yang lalu

Video Belasah Pembantu Rumah Tular, 2 Pasangan Suami Isteri Ditahan

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Malaysia Destinasi Akhir Pendatang Tanpa Izin Kerana Jaringan Keluarga

Semasa 1 hari yang lalu

‘Pelarian Rohingya, Patuhi Undang-Undang Atau Berdepan Tindakan’ - PM 

oleh Wartawan Getaran

Semasa 1 hari yang lalu

Ribut Petir, Hujan Lebat Di KL, Labuan Dan 9 Negeri Malam Ini