Berita Terkini

5 jam yang lalu: Dakwaan rasuah OCPD: SPRM tahan 3 lagi polis 5 jam yang lalu: Kerjasama Malaysia-Indonesia mudahkan produk sijil halal tembus pasaran kedua negara 5 jam yang lalu: Malaysia di posisi baik manfaat potensi sebagai pengeluar hidrogen hijau - MOSTI 5 jam yang lalu: Lelaki disyaki dera bayi perempuan teman wanita ditahan 5 jam yang lalu: Syarikat korporat perlu melabur untuk sistem keselamatan siber - Fahmi

IKUTI KAMI


Ahli Politik Remehkan Perjuangan PAS Tidak Matang Berpolitik - Hadi

Politik Dikemaskini 2 minggu yang lalu · Diterbitkan pada 23 May 2023 12:11PM

Abdul Hadi Awang mendakwa, semua anggapan tersebut dibuat tanpa melihat kepada perjalanan PAS dalam mengurus hal ehwal rakyat di negeri dinaungi mereka - Gambar Fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Ahli politik yang sering meremehkan perjuangan dibawa PAS dan menyifatkan parti itu tidak peduli dengan kebajikan rakyat dianggap sebagai tidak matang untuk berpolitik secara tabii.

Presiden PAS, Tan Sri Abdul Hadi Awang mendakwa, semua anggapan tersebut dibuat tanpa melihat kepada perjalanan parti tersebut dalam mengurus hal ehwal rakyat di negeri dinaungi mereka. 

Menurut beliau, PAS menghadapi banyak sekatan oleh kerajaan pusat, bermula dengan Kelantan sejak Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menyandang portfolio Menteri Kewangan.

“Urusan kewangan yang wajib mengikut perlembagaan, perjanjian, dan prinsip demokrasi tidak dihormati.

“Royalti petroleum tidak dinafikan kepada Sarawak dan Sabah, tetapi dinafikan kepada negeri yang diperintah oleh PAS. Adakah kerana prinsip Islam yang dipegang oleh PAS? Kini, penafian hak ini diikuti pula oleh negeri Terengganu, Kedah, dan Perlis yang dilengah-lengahkan dengan berbagai-bagai dalih bukannya dalil,” katanya menerusi hantaran di Facebook.

Jelas Hadi, PAS telah membuktikan keupayaan dan prinsip integriti serta tadbir urus beramanah walaupun dengan sumber kewangan yang terhad. 

“Sila lihat bahawa UMNO-BN yang kini bersama DAP pernah memerintah Kelantan pada tahun 1978–1990 dahulu, pada masa mereka bersama kerajaan pusat. UMNO-BN juga lebih lama di Terengganu dan Kedah pada masa semuanya memiliki kemudahan kewangan.

“Mengapa masalah itu tidak diselesaikan dan terus berkekalan? Apabila PAS mengambil alih pentadbiran, PAS diperlakukan dengan begitu banyak sekatan atau birokrasi dilengah-lengahkan,” katanya.

Dakwa Ahli Parlimen Marang itu, perkara tersebu tidak pula berlaku kepada Singapura ketika berada dalam Malaysia dahulu dan terkini kepada Pulau Pinang.

“PAS tidak lupa, kerana kami bukan Melayu yang mudah lupa. PAS mula bertindak pada tahun 1990 dengan membatalkan premis perjudian dan penjualan arak hanya dibenarkan kepada orang bukan Islam sahaja. 

“Dalam keadaan sekarang, lesennya di bawah Kementerian Kewangan yang menterinya ialah Perdana Menteri terkini yang berslogankan madani, tetapi beliau tidak membantu dan tidak bertindak sama mengikut Islam, “ katanya.

Dakwa Abdul Hadi lagi, DAP  pula lantang menentang PAS, walaupun langkah dan tindakan yang dilakukan oleh partinya berkait dengan penganut Islam sahaja tanpa gangguan terhadap orang bukan Islam.

“Begitu juga apabila PAS berta‘awun dengan UMNO mencadangkan pindaan Rang Undang-Undang Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) atau RUU 355 bagi meminda hukuman sebatan kepada hukum Islam yang mendidik, bukan sebatan yang menyeksa mengikut undang-undang Barat. 

“Tiba-tiba, usaha ini mendapat tentangan daripada sebahagian UMNO, DAP, dan rakan-rakannya daripada PKR, PAN, dan lain-lain. Maka, sangat wajar jika UMNO kini bersekongkol dengan DAP membelakangi prinsip perjuangannya,” katanya. - Getaran, 23 Mei 2023

Sorotan

1

336,592 Pelajar Perempuan Belum Disuntik Vaksin HPV

2

Malaysia-Indonesia Capai Kata Sepakat Pertahan Kepentingan Kelapa Sawit - PM

3

Jenaka Chia Tidak Gambarkan Pendirian Singapura, Kami Mohon Maaf - Pesuruhjaya Tinggi

Disyorkan untuk anda

Sukan 16 jam yang lalu

PKBM Tidak Tahu Perbincangan Antara Azizulhasni Dengan MSN – Amarjit

oleh Faizal Salim

Semasa 1 hari yang lalu

Wanita Rugi Lebih RM132,000 Terpedaya Beli Kereta Terpakai Tidak Wujud Melalui Facebook

Semasa 14 jam yang lalu

LCS: PAC Lawat TLDM Lumut, Mula Prosiding Sabtu Ini

Semasa 1 hari yang lalu

Isteri Halang Saya Naiki Pesawat Ujian SAF - Abang Johari