web statsweb stats

Berita Terkini

4 jam yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 4 jam yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


PRN: Anwar Serahkan Kepada Kebijaksanaan Pimpinan Negeri Mulakan Rundingan Kerusi

Politik Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 08 May 2023 7:09AM

Anwar Ibrahim pada sidang media selepas mempengerusikan mesyuarat Majlis Perundingan Pimpinan Kerajaan Perpaduan di Menara Dato Onn, Kuala Lumpur, malam tadi. - Gambar Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Persiapan antara parti gabungan Kerajaan Perpaduan bagi menghadapi enam Pilihan Raya Negeri (PRN) akan diputuskan dalam tempoh terdekat.

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata ini termasuklah mengenai rundingan pembahagian kerusi, calon dan strategi kempen.

Bagaimanapun menurutnya bagi negeri yang dikuasai mutlak oleh gabungan tertentu seperti Pakatan Harapan (PH) di Selangor dan Pulau Pinang, rundingan mengenai pengagihan kerusi harus dimulakan oleh kepimpinan negeri sebelum hasil rundingan itu dikemukakan kepada pusat. 

“Tadi kita bincang tiada masalah (pengagihan kerusi di negeri yang dikuasai mutlak parti tertentu). Macam beberapa negeri dipimpin oleh UMNO kita terima dan beberapa negeri lain yang dipimpin oleh komponen PH juga kita terima.

“Saya ingat ini bukan isu yang dipertikai tapi saya serah kepada kebijaksanaan kepimpinan di negeri yang harus memulakan rundingan secara lebih kemas dan kemudian mengemukakan (hasilnya) kepada pimpinan pusat,” kata beliau dalam sidang media selepas mempengerusikan Mesyuarat Majlis Perundingan Pimpinan Kerajaan Perpaduan malam tadi.

Mesyuarat kira-kira dua jam itu turut dihadiri beberapa pemimpin utama Kerajaan Perpaduan antaranya Pengerusi Barisan Nasional (BN) yang juga Presiden UMNO Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi; Ketua Whip Gabungan Parti Sarawak (GPS) Datuk Seri Fadillah Yusof dan Setiausaha Agung DAP Anthony Loke Siew Fook.

Enam negeri sebelum ini sepakat membubarkan DUN masing-masing pada dua minggu terakhir Jun ini bagi memberi laluan kepada PRN iaitu Selangor, Negeri Sembilan, Pulau Pinang, Kelantan, Kedah dan Terengganu.

Mengulas lanjut, Anwar yang juga Pengerusi PH berkata meskipun persiapan PRN kali ini banyak melibatkan BN dan PH namun parti yang mempunyai cawangan atau gerakan di Semenanjung Malaysia turut dilibatkan sama dalam perbincangan sebagai menggambarkan kesepaduan dan kerjasama dalam Kerajaan Perpaduan.

Mengenai isu lain, Anwar berkata Konvensyen Nasional Kerajaan Perpaduan yang diadakan pada 14 Mei ini adalah percubaan pihaknya untuk terus mewujudkan semangat kemuafakatan dalam kalangan kaum dan wilayah di negara ini. 

"Mesej kita ke seluruh negara ini ialah suatu percubaan yang unik dalam sejarah  yang mengulangi usaha untuk mewujudkan kemuafakatan kaum dan wilayah bermula sejak peringkat awal kemerdekaan, kemudian pada zaman Tunku Abdul Rahman dan oleh Tun Abdul Razak.

"Kita harap percubaan (usaha) ini berkesan dan berhasil bagi menjamin kesinambungan, kelangsungan dan yang paling penting agenda rakyat itu dapat dilaksanakan dengan cukup berkesan," katanya. - Bernama

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

KLSICCI Miliki Potensi Besar, Mampu Kembali Cipta Pengaruh - Rajasekaran

oleh Sophia Ahmad

Semasa 23 jam yang lalu

Polis Sahkan Tiada Unsur Buli Dalam Kes Pelajar Terjatuh Dari Bangunan Sekolah

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 1 hari yang lalu

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

oleh Sophia Ahmad

Politik 3 jam yang lalu

PRN Johor 11 Julai, PRN Negeri Sembilan 1 Ogos - SPR

oleh Sophia Ahmad