web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


‘Tumpu Bantu Rakyat, Nanti Parlimen Mula Bawalah Nombor Anda, Jangan 4D Sudahlah…’

Politik Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 07 May 2023 7:10AM

Ketua Pemuda UMNO, Dr Mohamad Akmal Saleh meminta Ahli Parlimen kerajaan dan pembangkang supaya memberi tumpuan kepada keperluan membantu rakyat, berbanding merebut kuasa. - Gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Ahli Parlimen kerajaan dan pembangkang perlu memberi tumpuan kepada keperluan membantu rakyat, berbanding merebut kuasa.

Ketua Pemuda UMNO, Dr Mohamad Akmal Saleh berkata, usaha itu perlu menjadi keutamaan, termasuk sebelum sidang Dewan Rakyat bermula.

“Jadi sekarang ini sebelum sidang dewan, baik kerajaan dan pembangkang kita fokus dulu isu nak bantu rakyat ye.

“Isu ekonomi, isu kesihatan, isu air itu lebih penting dari sibuk nak rebut kuasa,” katanya menerusi hantaran di Facebook.

Beliau berkata, apabila Dewan Rakyat mula bersidang, ia boleh dijadikan platform untuk Ahli Parlimen mengusulkan sebarang perkara, termasuk berkaitan jumlah undi yang dimiliki mereka.

“Nanti dah ada sidang dewan, bawalah nombor apa yang ada…Jangan bawa nombor 4D sudah,” katanya berseloroh.

Dr Mohamad Akmal berkata, beliau bersyukur apabila Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menyatakan keberanian untuk meminta pihak yang mempunyai nombor jumlah sokongan mengemukakannya di Parlimen.

Dr Mohamad Akmal Saleh
Dr Mohamad Akmal Saleh

“Alhamdulillah Perdana Menteri dah nyatakan keberanian beliau untuk minta mana-mana pihak yang ada nombor boleh bawa ke Parlimen.

“Dan berjanji tidak akan menggantung Parlimen untuk mengekalkan kuasa seperti Perdana Menteri sebelum ini,” katanya.

Anwar ketika berucap pada Majlis Rumah Terbuka Malaysia MADANI di Universiti Teknologi MARA (UiTM) Pulau Pinang semalam, mencabar mana-mana pihak yang mendakwa mempunyai sokongan cukup bagi menumbangkan Kerajaan Perpaduan supaya membawa usul berkenaan ke sidang Parlimen bulan ini.

Ahli Parlimen Tambun itu berkata, beliau bukan Perdana Menteri yang takut seperti pimpinan negara terdahulu, apabila memilih menangguhkan sidang Parlimen dan mengisytiharkan darurat bagi mengelak 'bertempur'.

Katanya, pihak yang yakin mempunyai sokongan cukup Ahli Parlimen bagi menukar kerajaan boleh membawa usul undi percaya kepada Perdana Menteri bagi mendapatkan keabsahan.

“Sebab itu bila ada pertelingkahan mengenai kestabilan dalam negara, saya tegas menyatakan saya bukan mantan Perdana Menteri yang elak berdepan berentap dalam mendapatkan keabsahan.

“Mantan Perdana Menteri dulu memilih isytihar darurat dan tangguh Parlimen. Perdana Menteri dan Kerajaan Perpaduan sekarang memilih berdepan dan bertempur di Parlimen jika mereka ada angka cukup seperti dikatakan.

“Jadi dengan kenyataan ini, saya mahu matikan sebarang kenyataan yang ganggu gugat kestabilan negara, saya yakin kita ada angka ampuh, kita masih bertahan dengan angka 148 (Ahli Parlimen) dan jika mahu dicabar, cabar di Parlimen,” katanya. - Getaran, 7 Mei 2023

Sorotan

1

Jurujual Mengaku Salah Tetak Penunggang Motosikal Di Lebuh Raya Persekutuan

2

Onn Hafiz Dijangka Pertahan Kerusi Machap, Kekal Fokus Bangunkan Johor

3

Rombakan Barisan Pemimpin PN: Azmin Ali, Radzi Jidin Gugur Daripada Senarai 

4

CEO Perbadanan Stadium Malaysia Didakwa Minta, Terima Rasuah RM1.45 Juta

5

PRN Johor: Calon Dipilih Berdasarkan Khidmat Terbaik - Onn Hafiz 

6

Memacu Masa Depan Lestari: Transformasi Tenaga Dan Aspirasi Sifar Bersih Malayssia

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

2 Lelaki Maut, Kereta Bertembung Lori Bawa Durian

oleh Sophia Ahmad

Politik 4 jam yang lalu

PRN Johor: Rekod Pentadbiran BN Jadi Sandaran Utama - Onn Hafiz

oleh Wartawan Getaran

Semasa 1 hari yang lalu

Polis Tahan 4 Suspek Kes Rogol Remaja Di Lahad Datu

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 4 jam yang lalu

Op Soga XI: 58 Ditahan, Polis Perhebat Tindakan Terhadap Sindiket Judi Piala Dunia 

oleh Sophia Ahmad