Berita Terkini

2 jam yang lalu: Pencari madu lebah maut jatuh pokok setinggi 30 meter di Kampung Meranto, Gua Musang 2 jam yang lalu: KDN salur peruntukan lebih RM2.3 juta untuk pembaikan penjara, PPD di Kedah 2 jam yang lalu: Rumah terbakar: Seramai 76 penghuni Rumah Selunsin, Pakan dalam Bahagian Sarikei terjejas 2 jam yang lalu: MAHB kekal untung selepas merekodkan untung bersih suku pertama RM58.19 juta 2 jam yang lalu: Hanya 35 peratus atau seramai 176,883 suri rumah carum bawah Skim Keselamatan Sosial Suri Rumah (SKSSR)

IKUTI KAMI


Guling Kerajaan Tidak Mustahil Tetapi Sukar, Ini Kerana…

Politik Dikemaskini 3 minggu yang lalu · Diterbitkan pada 04 May 2023 1:27PM

Dr Mohammad Agus Yusoff pembangkang hanya berjaya mencipta kelesuan dan keresahan politik di negara ini - Gambar Hiasan

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR – Desas-desus mengenai usaha pembangkang untuk menggulingkan Kerajaan Perpaduan tidak mustahil boleh berlaku tetapi ia sukar dilakukan.

Ketua Pengarah Jabatan Komunikasi Komuniti (J-KOM), Prof Datuk Dr Mohammad Agus Yusoff berkata, ia kerana Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mendapat sokongan daripada Raja-Raja Melayu.

Menurutnya, Anwar berhati-hati dalam mengendalikan hal ehwal Melayu-Islam malah agenda Malaysia Madani juga mula meresap dalam sanubari bangsa Malaysia.

Katanya, Anwar yang juga Ahli Parlimen Tambun juga seorang pemimpin berkarisma dalam soal mengangkat martabat rakyat, melawan perasuah dan menoktahkan kemiskinan.

“Kembali kepada angka 126, boleh jatuhkah kerajaan perpaduan ini? Saya baharu selesai membaca monograf terbaharu Kai Otswald yang diterbitkan oleh ISEAS pada 2 Mei 2023 bertajuk Why Malaysia’s Unity Government will (probably) survive?

“Dapatan beliau hampir sama dengan pandangan saya. Sukar jikapun tidak mustahil,” katanya dalam hantaran di Facebook, hari ini.

Pada masa sama, beliau berkata, Perikatan Nasional (PN) gagal menjadi pembangkang untuk mengkritik secara konstruktif dasar kerajaan dan menjalankan peranan semak dan imbang.

Katanya, pembangkang hanya berjaya mencipta kelesuan dan keresahan politik di negara ini.

“Tetapi, jika melihat kepada keyakinannya bahawa kerajaan ini tumbang, saya katakan cara pembangkang berangan dan bermimpi, ular pun boleh keluar kaki. Nakal sungguh pembangkang,” katanya.

Susulan itu, Mohammad Agus Parti menasihati parti pembangkang supaya berhenti berangan dan bermimpi untuk kembali berkuasa di Putrajaya, sebaliknya fokus kepada usaha membangunkan negara.

Beliau berkata, desas-desus mengenai usaha menggulingkan Kerajaan Perpaduan menunjukkan pembangkang seolah-olah tidak bosan untuk berbuat demikian.

“Kelmarin, apabila ahli Majlis Pimpinan Tinggi BERSATU memberi bayangan angka '126' dalam satu hantaran di Facebooknya, ahli politik kecoh dengan mengaitkan angka itu sebagai jumlah Ahli Parlimen yang akan menjatuhkan Kerajaan Perpaduan.

“Saya bertanya, tidak bosankah pemimpin pembangkang setiap hari berangan untuk kembali berkuasa? Masa berkuasa 33 bulan dahulu pun gagal sehingga rakyat terpaksa menaikkan bendera putih, dan sekarang ini hendak cuba tebuk atap 2.0 pula,” katanya.

Tegas beliau, sekiranya pembangkang mahu menguji pengaruh, mereka sepatutnya membangkitkan perkara itu di Dewan Rakyat dan membuat usul undi tidak percaya.

Namun, jika pemimpin PN tidak yakin untuk melakukannya, Mohammad Agus menasihati mereka supaya menerima hakikat gabungan itu adalah parti pembangkang.

“Cukuplah bermimpi ke Putrajaya, fokus dahulu kepada usaha untuk membangunkan negara. Rakyat mahukan kestabilan dan kemajuan ekonomi. Kalau kerap berpolitik begini, pelabur pun segan untuk datang.

“Saya tidak faham dengan pembangkang ini. Jika PMX yang bercita-cita untuk menjadikan Malaysia negara bebas rasuah pun hendak ditumbangkan, apa lagi yang boleh diharapkan dengan orang politik ini, terutamanya yang mendakwa memperjuangkan Islam,” katanya.

Sementara itu, Mohammad Agus turut menggesa pembangkang supaya memberi ruang kepada Perdana Menteri untuk menguruskan negara.

“Cukuplah apa yang berlaku sebelum ini. Tunggulah Pilihan Raya Umum ke-16 (PRU-16) supaya kita serahkan semula mandat kepada 20 juta pengundi untuk membuat keputusan. Itu lebih absah,” katanya.

Terdahulu, Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi BERSATU, Dr Muhammad Faiz Na'aman, dilaporkan memberi bayangan gerakan bagi menumbangkan Kerajaan Perpaduan bukan satu spekulasi, malah ia diketahui pimpinan tertinggi dalam kerajaan.

Beliau dilaporkan turut menyifatkan angka '126' yang dimuat naik dalam satu hantarannya di Facebook baru-baru ini, sebagai signifikan sehingga mencetuskan kemarahan penyokong Kerajaan Perpaduan.

“Saya kira, angka ini signifikan hingga ramai cyber troopers prokerajaan meroyan di laman Facebook saya.

“Saya fikir pihak sebelah sana (Kerajaan Perpaduan) pun tahu kebenarannya,” katanya.

Baru-baru ini, Muhammad Faiz memuat naik catatan di Facebooknya dengan menulis '126 dah…jika benar Alhamdulillah'.

Hantaran itu menimbulkan persoalan dengan ada yang mengaitkan angka itu sebagai jumlah Ahli Parlimen yang memberi sokongan kepada parti pembangkang.

Beliau bagaimanapun terus mengunci mulut sama ada angka berkenaan merujuk kepada jumlah Ahli Parlimen atau sebaliknya. – Getaran, 4 Mei 2023

Sorotan

1

Jurugambar Ditahan Bantu Siasatan Amang Seksual Di Sepang

2

Pilih Bulu, RapidKL ‘Dibelasah’ Benarkan VVIP Guna MRT Tanpa Pelitup Muka

3

Dakwaan Pulau Pinang Milik Kedah, Sanusi Perlu Faham Perlembagaan - Anwar

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Sering Gagal Bahagi Masa, Dr Malar Sayu Tinggalkan Anak Sakit Untuk Hadiri Majlis 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Kes Gaduh Tampoi: Lima Lelaki, Seorang Wanita Direman 4 Hari

oleh Wartawan Getaran

Politik 9 jam yang lalu

Dakwaan Pulau Pinang Milik Kedah, Sanusi Perlu Faham Perlembagaan - Anwar

Semasa 1 hari yang lalu

Kos Operasi Masyair Kekal Hingga 2025